Wednesday, January 12, 2011

BACK TO SCHOOL...........!!!!!!!!!!!!!!!

BACK TO SCHOOL

Malam ini letih giler membasuh baju dan menjahit lencana sekolah anak. Aduss... lamanya tak pegang kapur kasut, lamanya tak membasuh baju sekolah, lamanya tak menyental baju sekolah warna putih, lamanya tak menyidai uniform sekolah, lamanya tak jahit badge sekolah kat tudung ni... HAKIKATNYA...
lamanya dah aku tinggalkan zaman persekolahan.. masa berlalu pantas, rasa macam baru semalam jer meninggalkan zaman persekolahan...

Cewah... hahahahahahaha... terbahak2 aku gelak waktu ni! Lama ke aku tinggalkan sekolah.. mesti la lama sebab aku grad pun dah lebih 10 tahun berlalu.. sekolah apatah lagi. Tapi diingat balik, zaman sekolah dulu seronok ke? Seronok la jugak... pergi balik jumpa kengkawan, jumpa cikgu, masuk kelas, keluar kelas, makan minum di kantin.. wah nostalgia nya!

Tapi ada jugak waktu tak seronok kan.. Tambah lak waktu subjek cikgu garang. Kalau boleh, nak ponteng jer memanjang waktu tu.. dan yang paling sakit hati... selalunya waktu2 cikgu yang macam ni yang lamanya... or mungkin aku sendiri kot yang rasa lama dari subjek2 lain. Atau time gaduh dengan kawan sendiri... kadang2 bila difikirkan balik, sket2 nak gaduh.. sket2 nak gaduh. Tambah lak kalau gaduh pasai pakwe...eeeeeeeeeee... tak kuasa!

Pengalaman zaman sekolah memang menyeronokkan. Walaupun tension exam brape puluh kali setahun pun, hidup tetap enjoy waktu tu. Masalah...Zero, cuma diri sendiri jer cari pasai.

Sekarang zaman anak2 lak yang akan menempuh zaman itu sebelum bergelar dewasa....

p/s: Hehehe... cikgu2 di sekolah rendah, sekolah menengah.. ampun beribu ampun.. tak ada maknanya garang pun... semua cikgu saya baik2 belaka.... (????betul ke ni????)

No comments: