Saturday, January 8, 2011

PENAT

PENAT!

PENAT..penat..penat. skrg dah pukul 11.08 pm, tapi aku dah lembik. tak larat sangat dah tapi gagahkan jugak menaip ni. sebab kalau penat sangat, aku ni bukan boleh tidur pun. nanti guling sini, guling sana, last2 aku bangun tgk tv jugak.

Weekend aku memang selalunya memenatkan. Dengan seorang heroin dan 2 orang hero dalam rumah ni, aku pi mai, pi mai depan belakang rumah aku lebih 50 kali kot.. tu jer pun dah penat. tu belum lagi yang buat kes.. kalau dah start bergaduh.. Adusss... pening kepala den! time ni ler aku nak jadi tarzan, jerit bagi satu taman dengar. Peduli apa... kalau aku tak jerit diorang buat dek jer! So, antara nak bagi anak dengar ckp aku ke atau aku takut orang lain dengar jeritan aku??? Pilihan.. no others choice la. Jerit jer la.. ada aku peduli! Janji aku boleh handle anak2 dengan baik dan semoga mereka jadi orang yang baik.

p/s: Kalau ada orang masih nak ngata aku, maknanya diorang ada di kalangan orang yang tak baik. Amin, gandakan lah pahala aku...ehem..ehem

No comments: