Saturday, February 12, 2011

Ku cuba BUNUH engkau

Tetiba teringat satu sajak yang aku pernah baca waktu zaman sekolah dulu. Sajak ini aku ingat sebab aku pernah baca untuk review tentang bahasa dia waktu tu. Yang paling aku ingat 1st rangkapnya... Hayati la sajak ni. Boleh dikatakan one of my fave

Ni aku cari dalam internet tetiba tersinggah ke blog rezzawashere so aku copy and paste jer

Ku Cuba Bunuh Engkau

Kucuba bunuh engkau
tapi engkau tidak mati
kucuba bunuh diriku
tapi aku masih hidup

Ku cuba bunuh engkau
kerana engkau adalah kesedihan
kerana engkau mengenangkan perpisahan
kerana engkau isteriku

Kucuba bunuh engkau
engkau tidak mati
kerana engkau adalah sejarah
sejarah tidak mati

Ku cuba bunuh diriku
aku masih hidup
kucuba bunuh kesedihan
kesedihan menghitam segala-galanya

Engkau adalah sejarahku, dik
seperti sejarah manusia lainnya
sejarah adalah kenangan dan pengalaman
sejarah menyorot kesilapan dan kebenaran

Perpisahan kita kerana sengketa
setiap manusia dengan sengketanya sendiri
sengketa tidak dapat dielakkan
kegagalannya perpisahan

Perpisahan kita penyayat kalbu
kerana kasih sedang membunga
lalu patah tangkainya
oleh ribut ganas bernama nasib

Aku dapat merasakan hangatnya air matamu
aku dapat merasakan hangatnya air mataku
bagaikan tiada bertemu kembali
bagaikan entah ke mana...

Ya duka itu di mana-mana
duka kita kerana perpisahan
duka Vietnam kerana peperangan
duka Palestin kerana penindasan

Sia-sia kucuba bunuh engkau
kerana engkau tidak mati
kerana engkau adalah sejarah
sejarah tidak mati


Nukilan Nahmar Jamil, Perlis 30 Sept 1970
(Dewan Sastera, Mac 1970)


p/s: If anything or anyone can be erased... my life would be easier and wonderful!

No comments: