Thursday, April 28, 2011

Kenapa Buat Neraka?

Salam Hari Jumaat....

Sempena hari jumaat ni, baik kita mulakan hari kita dengan membaca tazkirah. Artikel ni, mula-mula dapat dalam email. Tapi tak ingat dah mana email tu, kebetulan ler jumpa balik masa tengah jengok iluvislam.com. Banyak artikel menarik didalam tu... nanti bila2 senang, kita post lagi artikel dari situ. Elok juga untuk pengetahuan kawan2, sedara mara dan anak2 kita nanti. 1st one....


Kalau Allah Itu Maha Baik, Kenapa Buat Neraka?

Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Meayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.

Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda.

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.

Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.
Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.

Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?

Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.

Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.

Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.

Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.

Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.

Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.

Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.

Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.

Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.

"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.

Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.

Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.

Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.

Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."


- Artikel iluvislam.com



Wednesday, April 27, 2011

Adele - Rolling In The Deep




ROLLING IN THE DEEP
There's a fire starting in my heart
Reaching a fever pitch, and it's bringing me out the dark
Finally I can see you crystal clear
Go ahead and sell me out and I'll let your ship bare
See how I leave with every piece of you
Don't underestimate the things that I will do
There's a fire starting in my heart
Reaching a fever pitch
And it's bringing me out the dark
The scars of your love remind me of us
They keep me thinking that we almost had it all
The scars of your love they leave me breathless
I can't help feeling
We could have had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside your hands
And you played it
To the beat
Baby, I have no story to be told
But I've heard one of you
And I'm gonna make your head burn
Think of me in the depths of your despair
Making a home down there
It reminds you of the home we shared
The scars of your love remind me of us
They keep me thinking that we almost had it all
The scars of your love they leave me breathless
I can't help feeling
We could have had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside your hands
And you played it
To the beat
We could have had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside your hands
And you played it
To the beat
Rolling in the deep
You had my heart inside your hands
but you played it
with the beating
Throw your soul through every open door
Count your blessings to find what you look for
Turn my sorrow into treasured gold
You pay me back in kind and reap just what you sow
We could have had it all
We could have had it all
It all, it all it all,
We could have had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside your hands
And you played it
To the beat
We could have had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside your hands
but you played it, you played it, you played, you played it
To the beat


== This song tak ada kaitan dengan aku... tak ada maknanya. Saja nak remind yang aku cuma suka lagu ni.. that'a all. Kekadang dengan orang ni kena cakap terus terang sebab depa selalu salah anggap. Bila suka lagu je, mula ler kata ada kena mengena dengan dia ler tu.. sebab tu dia suka. Mmmmm.... mulut orang dan hati orang susah nak duga.

For me, lagu ni simple. Liriknya pun senang. Direct language yang boleh buat orang faham maksud lagu ni.. dan muzik dia pun best. Tak mendayu-dayu cam dengan lagu frust menonggeng..

TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN AKAN MENGGONCANG DUNIA... Women should be strong.. espsecially without men beside.

Sunday, April 24, 2011

Asyik Demam Jer...

Tak tau ler sebab apa, si Faez ni kerap demam lak. Aritu dah cuti bawak dia pergi balik klinik 2-3 kali. Arini pun demam lagi.... Abis ler cuti mama ni.

Cepatler sembuh, sayang. Rindu adik tengok adik dok senyum-senyum sorang2....

Dan sebab anak2 mama tak sihat ler.. aktiviti mama pun terganggu. tak sempat ler nak menjelajah dan visit blog2 dan FB... blog ni pun lama tak bersentuh.. baru nak start jer, ada dah bunyi macam2 kat belakang... so keja blogging ni pun kena amik MC dulu...cuti sakit!

Tapi kengkawan tetap akan dilawati bila berkesempatan... nak tau jugak apa korang buat.


Friday, April 15, 2011

HARI INI AKU....

Hari Sabtu dah arini. Nak jalan2.. mungkin tidak ler... lebih baik dok rumah. Tenang sket fikiran.

Macam biasa, hari sabtu memang keja rumah ni banyak sangat nak buat. Tapi harini rasa cam rajin sket... so plan nak buat kek and tart. Jadi ke tak, tak tau lagi.. tapi akan diusahakan atas permintaan anak2.

Ok la.. stop dulu nak buat keja...just continue with.....


Quote of the Day
When what we are is what we want to be, that's happiness.







RINDUNYA KAT ABANG

 MUHAMMAD FAREES ZUHAIR,


Rindunya mama kat abang... Rasa macam dah lama tak jumpa abang. Walaupun mama macam biasa kul 7.30 pergi office tapi rasa tak cukup jer arini. Something is missing. 

Selalu pagi2 kul 6.30, mama dah buat susu untuk abang. Kejutkan abang bangun tido.. walaupun payah nak suruh abang bangun, tapi setiap hari sekolah, mesti mama paksa jugak abang bangun. Mandikan abang, pakaikan baju sekolah. Paksa pulak pakai kasut... dan selalunya abang akan tunggu mama depan pintu "Nak mama pakaikan."

Mama ni banyak keja lain la... nak angkat beg kakak, adik & abang sekali masuk dalam kereta. Angkat barang2 mama lagi... Kelam kabut pagi-pagi. Jadi selalunya pakaikan kasut last2 sekali mama buat sebelum mama dukung adik.

Tapi hari ini, pukul 4 pagi abang dah abah kejutkan. Bangun nak ikut abah pergi Melaka. Abang ni tinggalkan mama, kakak dengan adik. Abang ponteng sekolah hari ini. Angkat barang2 dalam kereta macam ada jer benda missing... barang2 abang nak ke nursery tak bawak sebab abang tak pergi nursery. Kakak pulak nangis sebab abang dengan abah tinggalkan dia. Kakak cakap abah janji nak bawak dia. Tak boleh la sebab ari ahad kakak sekolah.

Kul 8 pagi, mama sampai opis, mama called abang. Dah sampai Shah Alam. Tak lama lagi ler nak sampai Melaka. Tengah hari tadi abang sampai, Abang pulak call mama suruh cari tempat kereta lembu... Sedih betul; ler...Called mama sebab tak dapat cari lembu...

Sekarang dah pukul 3 petang... Mama rindunya kat abang.... cepat lah balik...


Pak Lawak
p/s: Bila kat rumah, penat layan dia ni.. bila tak ada rasa sunyi pulak

Thursday, April 14, 2011

Yuk Buat Roti...TQ Ros

This n3 is specially dedicated to blogger Ros. TQ for the e-book yang u buat untuk semua ni...dan Tahniah la sebab dah sampai ke angka 1,000,000 access. Congrat dear sis. Baru jer kenal blog dia ni... tapi nice blog.

So sapa yang yang download e-book roti boleh pi sini Ros . Boleh try buat roti sendiri.. asyik beli kedai jer, it is time for D.I.Y. Alah bisa tegal biasa... mula2 mmg rasa susah gak tapi bila dah selalu...mesti tak rasa kepayahan nya nanti... so Yuk kita try buat roti cara Ros..

Nice dan happy sangat dengan orang yang tak kedekut ilmu ni... Alhamdulillah, sebab ilmu ini akan berkembang juga nanti... kita tak rugi apa2 pun kalau share apa yang kita tau dengan semua orang. Sebab tu la, lebih suka melawat blog ke blog ni. Banyak info yang boleh kita gunakan untuk diri dan orang lain nanti...

Kebetulan citer pasai kedekut ilmu.. tetiba teringat makcik sorang ni masa kat kampung ni. Memang dia orang luar kampung dan selalu dapat info lebih dari orang lain. Makcik2 kampung, termasuklah mak aku pun camtu gak.. kalau banding dgn dia memang la macam katak bawah tempurung... tapi yang tak boleh tahan bila ada orang puji ler masakan dia ke fesyen baju dia bagus sket... punyala nak berahsia. Macam2 dolak dalih dia tak mau kasi tau... lebih2 lak resepi. biskut ke/ kuih ke/ lauk-pauk... semuala.. langsung dia tak bagi. Yang tak tahan sebab dia makin ramai orang tanya, makin riak ler ayat2 jawapan dia..Pelbagai alasan dia bagi... tambahlak biskut raya. kalau boleh agaknya dia tak mau bagi sebab dia nak orang dtg rumah dia kot.. tapi sebab dia ni nyombong sangat bila orang tanya resepi kat dia, last2 semua orang tak pi langsung rumah dia... kesian lak. Kesian sebab anak dia tu, member sekolah sekali... Pengajarannya... kalau nak kedekut ilmu, ingatlah kat anak2... nanti dengan anak2 sekali orang boikot!

Wednesday, April 13, 2011

APA LA DEPA NI...

Tension pepagi ni... Tengah kelam kabut kejar waktu punch card boleh ler ada sorang minah ni keluar simpang tetiba... dah la kita ni bawak laju... dia lak tak tengok kiri kanan... macam jalan tu dia sorang yang punya.. boleh lak bawak slow motion.... adusss... dik non... tolong la sedar sket...Jalan raya bukan untuk bebudak main-main... tambah lak waktu2 orang nak pi keja. Jangan ler buat dunno pleaseeeee.....

Nasib baik ler keta akak brek makan... kalau ler lori yang lalu... memang kena sapu ler keta kancil awak tuh...

ok ler... dimulakan n3 sakit ati arini.

p/s: Teringin bawak keta besar sket, nak sodok orang2 yang tak berhati perut di jalan raya nih

MOOD METER


Minggu ni mood aku masih bercampur2.. caca merba. Penat, Letih, Malas, Bosan, Benci, Meluat...yang penting tadak mood yang bagus... senang cerita. Tu yang malas sangat nak menaip. Kerja pun buat sebab terpaksa... malas tapi kalau tak buat, nanti aku juga yang kena buat. Sebelum keja tu berlambak-lambak, lebih baik abis kan dulu.. setakat yang mampu pada minggu ni.

Mungkin sebab tahap kesihatan masih di paras beku.. belum ok lagi... sebab tu perasaan macam2. Kemalasan masih di tahap maksima, tahap rajin masih minimum jer..Kalau boleh 90% dari masa yang ada ni, aku nak zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz... Member2 aku cakap pergi berurut... akan dipertimbangkan selepas ini..

Get well soon... sebab there are a lots of things yang tulis kat sini...and a lots of thing to do... tapi mood mesti OK dulu...

Sunday, April 10, 2011

TELUR pun TIRUAN...




Gambar ehsan google

Rupanya sebiji macam telur ayam tetapi rupa-rupanya ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.
Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar, demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini Selasa.
Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.
“Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya.
Mohamed Idris berkata kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.


Cara mengenal telur ayam tiruan:

  • Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  • Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  • Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  • Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  • Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  • Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  • Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  • Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
  • Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia.

Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.


SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.


Tu dia.... telur pun orang buat tiruan. Macam tak sangka tapi bila baca artikel ini dan bukti dgn gambar sekali, tak kan tak percaya, kan.

kat sini boleh baca banyak lagi tentang telur tiruan ni ==> Info Telur Tiruan di sini

So kengkawan... berhati2 yer... sebab makanan yang kita makan akan jadi darah daging kita! Jangan ler terkena...

p/s: Telur sumber makanan yang mesti ada di dalam petiais di rumah ini....mmmmmm.....

Thursday, April 7, 2011

MC akhirnye

Selepas 2 minggu sakit tekak ler.. selesema ler.. macam2 ler... akhirnya arini aku MC jugak akhirnya. 1st MC of the year... nanti kira brapa byk MC aku nak amik tahun ni...hehe

p/s: off...to bed...zzzzzzzzzzzzzz

Tuesday, April 5, 2011

TO NORH... the conclusion is

My friend said dlm post di blog dia norh that:

Rule no. 1: The boss is always right!


Rule no. 2: If the boss is wrong, see rule no. 1

But.. see rule no. 1 is means:

Rule No. 3: The boss is wrong if the boss is always right... tak gitu????


p/s: Words can be manipulative sometimes...hehehe

Quote of the Day

"Arriving at one goal is the starting point to another." – John Dewey

Monday, April 4, 2011

GENG 8...

Tak sempat lagi nak follow-up segmen BA tuh tetiba ramai geng-geng dari group dah singgah jenguk. So kengkawan semua yang singgah, akan saya jengah dan terjah jugak blog2 anda semua... See You soon... Kepada yang dah singgah... TQ and Nice to meet You All

p/s: 100 blog... akan amik masa seminggu jugak baru abis nak gegar nih...

Sunday, April 3, 2011

MUSIM MELAWAT KLINIK

Mentang2 cuti arini, tetiba jer demam pun datang. Alahai.. kalau tau, tak yah ambik cuti.. amik MC jer..hehee...
Pergi klinik tadi ramai la pulak orang. bawak kakak sebab dia tak mau pergi nursery.. so tak per la. tengok kat list form nama orang yang pergi klinik.. Tu dia!!!!!!!! Ramai nye warga kerja company aku... semua orang sakit ke? Ntah la. Ada yang sakit teruk tapi gagah pergi kerja. Ada yang sakit skit jer tapi gayanya mengalahkan orang kena admit ke hospital... macam2 perangai kan. Tapi sakit tekak aku makin menjadi2.......Dah macam rockstar dah suara ni....

Hope to get some good rest this evening. Morning banyak keja jugak macam biasa...

p/s: Ntah bila masa ler aku ni betul2 nak rest?

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA -


Kebetulan aku cuti arini, so ada mood masukkan entry untuk join benashaari punya blog. So Ben, nice to meet to you... Sekali sekali teringin jugak join orang popular macam dia ni...KASI GEGAR!

p/s: Menggegar donia...

Friday, April 1, 2011

Awatnya


Courtesy from Google
Hahaha.. Patut aaaaaaaaaaaaa aku malas buat keja arini... Arini ini hari jumaat dah!!!!!!!!!!!!!!!!