Tuesday, May 24, 2011

CHEESYYY TART... YUMMY

Cheese tart ni sebelum ni favorite aku.. tetapi sekarang dah jadi fave anak pulak. Seperti mana yang pernah aku cakap dulu.. i loooooveeeee cheese. Semua resepi ada cheese kalau boleh nak buat. Dan anak aku sorang ni pulak.. panggil tart ni, kek yang ada lukis-lukis tu...hehehe...popularnya nama dia bagi, kan.

Jadi share dulu resepi ni.. copy paste dari HaSue jer sebab memang guna resepi ni pun. Sedap dan senang. Bagi yang tak pernah try pun boleh ikut dan mungkin selepas 2-3 kali try.. korang semua boleh buat jual pulak... Pernah jamu kat kawan opis.. dan memang ada pun yang nak order... hehe. Tapi sorry ler buat masa sekarang.. akak ni bz tahap gaban sekarang. Jadi tengok resepi dan try sendiri nanti,., ok.

Kat blog HaSue ni juga ada cara-cara teknik melorek tart ni... boleh la refer sendiri yer. Tak rugi kalau masuk blog dia ni

sebelum bakar

Comotnya,.. tapi tak per janji sedap. Gambar ni masa 1st try. dulu2

Macam2 design hasil creativity anak and mama


Cheese Tart
Source:Rossitamz@AzitaKitchen
Sharing By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

3 comments:

HaSue said...

suka cheese yer..senang laa mama dia buatkan menu cheese dah anak beranak suke,kan..hehe..
dah cun lorekan tu..tq sbb sudi ngetag kat FB..suka tengok! :)

Erani Zuhran Mohd Nor said...

TQ.. cekgu dtg melawat kawasan ni...hihi

haaz said...

sedap la hehehehhee