Monday, January 30, 2012

Entry Terakhir dan Ebook ke-6 JintanManis.com

Entry Terakhir dan Ebook ke-6 JintanManis.com di Ros jintanmanis.com

Sekadar mewar-warkan info dari web JMC yang katanya adalah entry terakhir. Sedih kan sebab salah satu sumber rujukan masakan mula nak menarik diri, sebagai salah seorang pembaca tetap rasa sedihnya. Kalau tak setiap kali ada entry baru web pages yang kita likes tentu excited giler... tak sabar nak tengok apa pulak yang dipersembahkan.. dan JMC ni adalah salah satu web yang mempunyai gambar2 terbaekkk...

Anyway, Good Luck to Ros. Moga anak Ros cepat sembuh dan Ros mungkin ada masa juga untuk update blog. Kalau bukan pasal masakan pun tak apa....

Kepada kengkawan yang lain...ni nak share link untuk rujukan masa depan

Sunday, January 29, 2012

André Gide


André Paul Guillaume Gide (French pronunciation: [ɑ̃dʁe pɔl ɡijom ʒid]) (22 November 1869 – 19 February 1951) was a French author and winner of the Nobel Prize in literature in 1947. Gide's career ranged from its beginnings in the symbolist movement, to the advent of anticolonialism between the two World Wars. -- more at wikipedia




Who is he? Well, i also dunno at first but most of his quote fascinating... (in my point of view). So sekarang kan senang... Tak tau, just google it. Actually, quotations banyak membantu diri meneruskan perjalanan ini juga. Especially when feeling so down, and no one is there for you.. well this words actually brings me up! Funny... entahlah.

I like reading, most of quotation is actually interests me a lots. Some of them are from this author. Here are some of his famous quotes...(ambil dari several quotation's webpages)

“The true hypocrite is the one who ceases to perceive his deception, the one who lies with sincerity.” 


“It is better to be hated for what you are than loved for what you are not.”  (probably the best quotes)


“Believe those who are seeking the truth. Doubt those who find it.” 


Be faithful to that which exists within yourself.” 


“Everything's already been said, but since nobody was listening, we have to start again.” 


“Work and struggle and never accept an evil that you can change.” 


“Dare to be yourself” 


“People cannot discover new lands until they have the courage to lose sight of the shore.” 

Wednesday, January 25, 2012

Kejahatan Ibu Bapa Terhadap Anak

Info dipetik dari blog My Help Desk


4 Kejahatan Ibu Bapa Terhadap Anak

Info ini saya rujuk dari majalah MIDI. Semoga apa yang terkandung di dalam posting saya kali ini dapat dijadikan panduan untuk kita semua terutamanya kepada mereka yang telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak. Sekurang-kurangnya terdapat 4 jenis kejahatan yang sering dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka iaitu

1. Kejahatan Pertama – Memberi Nama Yang Buruk Kepada Anak

Kejahatan yang terjadi apabila seseorang ibu atau bapa menilai kekurangan anaknya dan memaparkan setiap kebodohannya. Lebih jahat lagi jika ia dilakukan di hadapan teman-teman si anak.Termasuk dalam kategori ini ialah memberi nama yang buruk kepada si anak.

Rasullullah S.A.W sangat menekankan agar ibu bapa memberi nama yang baik kepada anak-anak.

Rasullullah S.A.W bersabda
“Sesungguhnya kalian akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama-nama kalian dan nama ayah kalian, maka perbaikilah nama kalian.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)

Jadi adalah sebuah bentuk kejahatan apabila ibu bapa memberi dan memanggil anak dengan sebutan yang buruk, apatah lagi dengan tujuan menghina diri si anak.


2. Kejahatan Kedua – Tidak Adil Dalam Pembahagian Kasih Sayang

Memberi perhatian lebih kepada anak kesayangan dan mengabaikan anak yang lain ialah salah satu bentuk kejahatan ibu bapa kepada anaknya. Sikap ini merupakan salah satu faktor pendorong kepada putusnya hubungan silaturahim anak dengan ibu bapanya dan pangkal permusuhan antara saudara.

Puncak ketidak adilan dan kezaliman terhadap anak adalah apabila ibu bapa tidak dapat memunculkan perasaan kasih sayang terhadap anak yang mempunyai kekurangan, contohnya kekurangan dari segi rupa paras, kepintaran dan anggota badan. Padahal, kekurangan-kekurangan itu bukanlah kemahuan si anak, apalagi ia bukanlah satu bentuk dosa atau kejahatan

Setiap kekurangan pada diri si anak sepatutnya menjadi pendorong kepada ibu bapa untuk lebih mencintai dan membantunya

Rasullullah S.A.W bersabda
“Semoga Allah mengasihi orang tua yang membantu anaknya atas kebaikan.” (Hadis Riwayat: Ibnu Hibban)


3. Kejahatan Ketiga – Mendoakan Keburukan Kepada Si Anak

Boleh jadi kebencian terhadap si anak, menjadikan seseorang ibu atau bapa tidak kering lidah memaki, melaknat dan menyumpah kata-kata kecelakaan kepada si anak.

Sesungguhnya perbuatan ibu bapa tersebut amat bodoh kerana setiap kata-kata negatif itu merupakan satu doa buat si anak yang boleh saja dikabulkan Allah.

Rasullullah S.A.W bersabda
“Ada tiga doa yang dikabulkan: doa orang teraniaya, doa musafir dan doa (keburukan) orang tua atas anaknya.” (Hadis Riwayat: Tirmidzi)

Doa keburukan ke atas si anak boleh menjadi hukuman kepada ibu bapa. Maksudnya, jika ibu bapa asyik memaki anak dengan mengatakan beliau anak derhaka, boleh jadi ia akan menderhaka kepada ibu bapanya di kemudian hari.

4. Kejahatan Keempat – Tidak Memberi Pendidikan Kepada Anak

Bentuk perhatian tertinggi ibu bapa kepada anaknya adalah memberi pendidikan yang baik. Ia merupakan perintah Allah yang diberikan secara umum kepada ketua keluarga tanpa memperhatikan latar belakang pendidikan dan kelas sosial si bapa.

Setiap bapa wajib memberi pendidikan agama kepada anaknya supaya dapat menjadi benteng dari kejahatan dunia dan memberi pendidikan dunia untuk membolehkan si anak berdikari dalam menjalani kehidupan.

Perintah mendidik anak disebut secara umum oleh Allah s.w.t dalam firmannya
“Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya daripada manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim: ayat 6)

Jadi, adalah satu bentuk kejahatan ibu bapa terhadap anak jika mereka tenggelam dalam kesibukan dunia sehingga lupa memberikan pendidikan kepada si anak terutamanya pendidikan mengenai agama seperti solat.


==> Selalu kita fikir anak2 yang selalu buat salah dengan ibu bapa, tapi tak pernah kot terfikir kita sebagai ibu bapa pun ada buat salah jugak

Aku memang baran tapi aku tak suka cakap yang bukan2 dengan anak2. Cukup kalau aku tengking, jerit macam gorilla dengan anak2 aku. Mungkin sebab didikan mak dulu memang tak pernah cakap lebih kurang dengan anak2 dia.
Orang cakap apa ibu bapa cakap tu satu doa untuk anak2.. jadi kalau dah mak bapak pun suka panggil anak “Anak haram / Budak ni nak mampus dengan aku / Macam monyet / Baik bela beruk dari bela hangpa…. dll,” Bukan satu doa ke? Satu pernyataan yang pada aku menyedihkan. Kalau aku jadi anak pun aku tak respect dah mak bapa tu. Tapi benda ni la yang jadi kat masyarakat kita.. Kerap kan kita dengar orang cakap macam ni dengan anak2.
Cakap pasal respect pun… Aku harap la ibu bapa saling membantu untuk pupuk respect dalam diri anak2. Ni tak, kekadang bila mak melenting sket.. bapak lak memandai jer cakap.. Mak tu tak tau apa… Jangan peduli mak! Habis tu macam mana ler anak2 nak hormat dengan mak tu kalau si bapak pun asyik condemned mak diorang.
Apapun, anak2 tanggungjawab ibu bapa nak didik. Kalau ibu bapa pun kena dididik macam mana nak didik anak. Fikir2 kan la…

SENDIRI MAU INGAT LA..

p.s: Cakap kat mulut nak didik anak berlandas agama tapi diri sendiri pun tak mengikut landasan yang betul… Habis macam mana????

Tuesday, January 24, 2012

NOTHING AT ALL


image google
 Not me... Today is just the same day to me...
But tak faham dengan orang2 yang macam ni... Hari tak buat, esok tak payah buat ke? Or..... esok buat baru bos nampak rajin.. sebab kerja semalam tak buat... Kerja berlambak la esok... Aicehhh... hipokrit... tapi bila cakap depan muka, marah... siap cakap.. saya tak suka la orang hipokrit ni... Anda bagaimana?????? Apa kah anda tulus, yang mulus sangat?

p/s: Sorry... Tengah mood 'Frust'

Friday, January 20, 2012

(Offical video ) Sami Yusuf - Healing ( lyrics ) مترجمة للعربيّة


Healing, a simple act of kindness brings such meaning.... Heal and you will be healed

So good if everyone things the same... World will be a better place if it fill with kindness. But is it so hard to be kind?




Thursday, January 19, 2012

Satu Minit untuk Mengingat Allah

Dah lama dah sebenarnya dapat email ni... Memang pada mulanya malas nak layan.. email2  fwd2 ni malas nak baca. Tapi ditelitikan semula, bila berada di alam pekerjaan yang mencabar minda, masa untuk bertenang memang perlu. Perlu sesangat supaya mengajar diri ini sabar dengan karenah manusia yang berperangai yang pelik2.

Jadi, kepada sesapa yang seangkatan dengan saya, amalkan la bacaan ini. Insya Allah, segala masalah yang dihadapi dapat kita tangani dengan hati yang tenang... Ameen

** Yang penting adalah Step 1 & 2...  yang lain2 tu akan menambah pahala anda jika dilakukan


Satu Minit untuk Mengingat Allah


1 minit untuk mengingat Allah

* Langkah 1

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANALLAH

* * ALHAMDULILLAH

* * LA I LAHA ILLALLAH

* * ALLAHU AKBAR

* * ASTAGHFIRULLAH

* * LA ILAHA ILLALLAH, MUHAMMADUN RASULULLAH

* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI WA SAHBIH AJMAEEN


* Langkah 2:

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan


* Langkah 3:

* Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang yang anda kasihi.


* Hasil 1:

* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.


* Hasil 2:

* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.


* Hasil 3:

* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat....

Thursday, January 12, 2012

SOLAT SUNAT (SOLAT DHUHA)

Solat Sunat Dhuha dan fadhilatnya..
Dipetik dari blog ustazah Azimah ustazah azimah . Tazkirah pagi2 Jumaat ni... bukan untuk apa.. sekadar untuk bacaan umum diri yang kerdil ini juga di kemudian hari....

Hadis pertama : Dari Abu Hurairah r.a berkata : Nabi Mohd saw menasihati aku untuk mengerjakan 3 perkara dan jangan ku tingalkan sehingga aku mati iaitu:
1. Puasa 3 hari pd pertengahan bulan
2. Shalat Dhuha
3. Solat sunat Witir sebelum tidur

Hadis kedua: Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda :
Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.

Hadis ketiga: Sabda Nabi saw :
Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.

Hadis keempat: Diriwayatkan oleh Tabrani Rasullullah bersabda: Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha” maka jika telah datang pada hari kiamat , berserulah (malaikat) “manakah orang2 yang selalu bersolat dhuha ? inilah pintu kamu silakan lah masukke dalamnya dgn rahmat Allah swt.

Kesimpulannya banyak sangat fadilat dan kelebihan apabila kita mengamalkan solat sunat dhuha dalam hidup kita seharian. Solat sunat dhuha itu dilakukan dgn 2 rakaat mcm solat sunat yg lain. Waktu nya selepas waktu syuruk dari 7.30 hingga 11.00pg.

Cara solat dhuha:

1.Pada rakaat pertama selepas fatihah baca surah Assham dan rakaat kedua selepas fatihah baca surah Addhuha.

2. Pada rakaat pertama selepas fatihah baca surah Addhuha dan rakaat kedua selepas fatihah baca surah al ikhlas

3. Yang tebaik selepas fatihah rakaat pertama baca ayat kursi 10x dan pada rakaat kedua selepas fatihah baca surah alikhlas 10x juga.


Sebenarnya dapat bacaan doa selepas solat Dhuha masa dalam kelas mengaji hari sabtu lepas, tapi masih tak sempat nak mengamalkan. Mungkin bila2 senang akan cuba untuk scan doa2 yang dipelajari untuk tatapan di sini,. Moga semua akan dapat manfaatnya nanti. INSYA ALLAH.

Friday, January 6, 2012

huss...pusss...hisss....huhhh...

Jenuh jugak ler selepas 2 bulan tak berkemas rumah usang ni..hehe. Bukan tak mau... Bukan Katakan 'TAK NAK' tapi hamba tak berdaya...  nanti boleh la cerita balik sket2 tapi nak catch sekali gus.. mungkin tidak..

Apa dia aku merapu ni... Keadaan aku memang merapu beberapa menjak ni.. dengan semua yang berlaku... mungkin UJIAN untuk aku... Namun, anggap jer la DUGAAN. Tak pernah nak mengharap orang mengerti, cuma cukup la memerhati jer selama ini.

Apapun.. Harap Tuhan Permudahkan Perjalanan hidup ini.... AMIN.


Tapi....


Belum lambat lagi kan untuk Ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua.. Harapan aku,.. semoga aku dan keluarga dan kengkawan semua akan beroleh kebahagiaan, murah rezeki dan kesihatan yang berangsang untuk menghadapi semua perkara di tahun ini... Insya ALLAH.

Surah Yasin (Full) ( Saad Al-Ghamidi )