Thursday, January 12, 2012

SOLAT SUNAT (SOLAT DHUHA)

Solat Sunat Dhuha dan fadhilatnya..
Dipetik dari blog ustazah Azimah ustazah azimah . Tazkirah pagi2 Jumaat ni... bukan untuk apa.. sekadar untuk bacaan umum diri yang kerdil ini juga di kemudian hari....

Hadis pertama : Dari Abu Hurairah r.a berkata : Nabi Mohd saw menasihati aku untuk mengerjakan 3 perkara dan jangan ku tingalkan sehingga aku mati iaitu:
1. Puasa 3 hari pd pertengahan bulan
2. Shalat Dhuha
3. Solat sunat Witir sebelum tidur

Hadis kedua: Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda :
Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.

Hadis ketiga: Sabda Nabi saw :
Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.

Hadis keempat: Diriwayatkan oleh Tabrani Rasullullah bersabda: Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha” maka jika telah datang pada hari kiamat , berserulah (malaikat) “manakah orang2 yang selalu bersolat dhuha ? inilah pintu kamu silakan lah masukke dalamnya dgn rahmat Allah swt.

Kesimpulannya banyak sangat fadilat dan kelebihan apabila kita mengamalkan solat sunat dhuha dalam hidup kita seharian. Solat sunat dhuha itu dilakukan dgn 2 rakaat mcm solat sunat yg lain. Waktu nya selepas waktu syuruk dari 7.30 hingga 11.00pg.

Cara solat dhuha:

1.Pada rakaat pertama selepas fatihah baca surah Assham dan rakaat kedua selepas fatihah baca surah Addhuha.

2. Pada rakaat pertama selepas fatihah baca surah Addhuha dan rakaat kedua selepas fatihah baca surah al ikhlas

3. Yang tebaik selepas fatihah rakaat pertama baca ayat kursi 10x dan pada rakaat kedua selepas fatihah baca surah alikhlas 10x juga.


Sebenarnya dapat bacaan doa selepas solat Dhuha masa dalam kelas mengaji hari sabtu lepas, tapi masih tak sempat nak mengamalkan. Mungkin bila2 senang akan cuba untuk scan doa2 yang dipelajari untuk tatapan di sini,. Moga semua akan dapat manfaatnya nanti. INSYA ALLAH.

No comments: