Friday, December 27, 2013

Hukum Puasa Hari Jumaat


Hukum Puasa Hari Jumaat


Di dalam mahzab Syafie, hukum berpuasa sunat pada hari Jumaat tanpa disertakan puasa sunat pada hari Khamis atau tidak disertakan puasa sunat pada hari Sabtu adalah makruh.

Dari Muhammad bin Abbad bin Ja’far, “Aku pernah bertanya kepada Jabir: Adakah Nabi melarang berpuasa sunat pada hari Jumaat ? Jabir menjawab: Ya." (HR Muslim).

Dari Juwairiah, “Bahawa Rasulullah SAW masuk kepada saya pada hari Jumaat sedang saya berpuasa. Maka sabdanya: “Adakah engkau sudah berpuasa kelmarin? Saya menjawab: Tidak.Sabdanya: Adakah engkau akan berpuasa esok? Saya menjawab: Tidak. Baginda bersabda:Hendaklah engkau berbuka.” (HR Bukhari)

Nabi bersabda, “Hari Jumaat itu adalah hari Eid (hari raya), maka janganlah jadikan Eid kamu itu sebagai hari kamu berpuasa, kecuali kamu berpuasa sebelumnya atau sesudahnya.” (HR Ahmad)

Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu berpuasa pada Jumaat, kecuali bersama satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya". (HR Muslim).


Copy & paste dari TAZKIRAH_hukum puasa hari jumaat


Puasa di hari jumaat memang tak pernah saya lakukan. Dulu arwah mak selalu peringatkan tentang perkara ini, tapi tak ada la pulak hadis atau dalil yang disertakan. Cuma tau makruh jer. Kebetulan bila ada opismate yang berpuasa di hari jumaat, saya cuba menegur. Katanya, dia tak pernah belajar pun pasai perkara ini.

Aikk... sudah tukar ka??????? Sebabnya saya memang diajar begitu. Jenuh juga nak dijawab pertanyaan macam tu sedangkan kita bukan mualimah, atau ustazah, apatah lagi ulamak.

Perkara di atas sudah pun menjawab soalan tersebut. Alhamdulillah.

Namun, ada tambahannya. Makruh puasa di hari jumaat adalah untuk puasa sunat. Bagi puasa qadha pula, pendapat membolehkannya sebab qadha puasa adalah wajib. Namun, lebih elok rasanya ikut sunnah, kapit kan dengan hari khamis atau sabtu.  Wallahualam...

p/s: Kenapa nak puasa hari jumaat jer sedangkan ada 6 hari lain dalam seminggu walaupun tahu perkara itu makruh? Kekadang niat orang tu buat kita tak faham?????????? Tepuk dada tanya iman, mana satu lebih penting. Keluar lunch dengan kawan atau mengerjakan yang wajib?



No comments:

CUBA BENDA BARU

 Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...