Sunday, September 3, 2023

ISU POLIGAMI ABANG TESLA

ISU POLIGAMI



Kes Abang Tesla memang betul-betul menyentuh jiwa wanita dan para isteri. Apa tidaknya, jika minta izin nak kahwin satu lagi pun nak dijadikan content Tiktok, rasanya tidak adil kut pada isteri pertamanya. Yang paling pelik isteri pun mengikut. Tak kisah jadi content suami yang gila nak menikah dua. 

Entahlah, pendapat masing-masing. Tapi hakikatnya, bukan isu poligami yang jadi masalah. Isunya pada aku ada lah maruah seorang isteri itu lagi besar. Sebagai isteri,memang kita menurut kata suami tapi biarlah berpada-pada nak ikut pun. Kenang la juga diri dan hati kita sebagai seorang wanita. Jaga la perasaan sendiri jika dah tahu suami tak mampu nak jaga hati nurani si isteri. Tetapkan lah maruah diri lebih besar daripada pengorbanan yang perlu kita lakukan jika suami nak kahwin lain. 

 Jangan pula terlebih sangat muhasabah diri cari kesilapan diri sendiri dulu sampai kau tak nampak salah suami tu macam mana.  Jangan la berpaut pada sunnah yang terngiang-ngiang dalam kepada lelaki bila cakap pasai kawin lebih ni, pasai payung emas la, pahala lebih la, jika suami kita tupun loglak tak tentu lagi solat, amal ibadat dan ilmu agamanya. 

Terlebih emosi pulak yer pasai isu ni. Jika tanya pendapat aku, aku tak terima. Sebab:

  • Suami kena ada ilmu agama yang tinggi jika guna alasan sunnah. Apa yang sunah tu yang ikut sangat tu? Buat dulu sunnah lain. Ni orang cakap makan kurma sunnah nabi, haramm tak makan pun. Bulan puasa lagi la, cari ais sejuk dulu kut sebelum nasi. Kurma...beli la buat perhiasan, last2 bini jugak lenyek2 buat kek:) Tu pun ada hati cakap sunnah
  • Suami kena adil dan berkemampuan. Mampu ke tiada dari segi zahir tu, awal-awal lagi tahu dah. Jika selama ni setakat belanja dapur je boleh bagi, nafkah zahir tak pernah bagi, jangan mimpi nak dapat lepas ada dua. Entah-entah duit dapur pun lesap.
  • Suami kena asing duit isteri dan anak-anak (bagi yang ada anak). Jangan pula bagi Rm500 rasa cukup dah belanja sebulan anak2 dan isteri combined!!! Kena pandai sikit mengira dan matematik yer kalau anak ada ramai. Kalau kata 2 orang anak pun, rasanya cukup ke belanja 500 tu sebulan?
  • Suami tolong ukur baju di badan sendiri. Kalau tersergam rumah sebijik habis bayar,  kereta sebijik pun habis bayar; duit bulanan 4 angka, termasuk la bahagian duit belanja anak sorang2 kau boleh bagi ----- mungkin la ko mampu. Tapi kalau tak ada, maknanya memang tak mampu la kan. Tu belum lagi cakap pasai masa atau tanggungjawab sebagai bapa nak bahagi-bahagi lagi. 

Kita tengok pulak la dari segi hukum Islam. Rupanya poligami ni pun boleh jadi semua syarat hukum yang ada. 

Penerangan ringkas seperti dibawah yang dipetik dari penjelasan mufti. Keterangan lanjut boleh klik di link bawah👇

Kredit kepada https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3742-al-kafi-1398-hukum-isteri-melarang-suami-berkahwin-lain


Jika kita melihat daripada sudut fiqh, ternyata poligami pada hukum asalnya adalah diharuskan sahaja. Namun begitu dalam beberapa hal yang mendatang, hukumnya boleh berubah kepada tiga (Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 4/25-26;

  • Disunatkan: Ini sekiranya lelaki itu mempunyai keperluan untuk berkahwin lain jika beristeri satu tidak dapat menjadikan dirinya afif (menjaga syahwatnya daripada zina dan maksiat), atau isteri itu sakit, atau mandul tidak dapat mengandung, sedangkan suami itu inginkan anak, dalam keadaan suami itu memiliki keyakinan untuk berlaku adil antara isteri-isterinya. Ini kerana terdapat keperluan yang diraikan Syarak seperti meramaikan anak, dan inilah yang menjadi pedoman ramai Sahabat Rasulullah ﷺ, Para Tabi’ie dan generasi selepas mereka.
  • Dimakruhkan: Jika semata-mata untuk berlazat-lazat dan berhibur, atau syak terhadap kemampuannya untuk berlaku adil antara isteri-isteri. Ini kerana tidak ada keperluan untuknya. Juga kerana terdapat kemungkinan berlakunya mudarat ke atas isteri-isteri kerana tidak mampu berlaku adil. Berkata Imam al-Khatib al-Syirbini: “Dan disunatkan untuk tidak menambah isteri lebih satu tanpa ada keperluan yang zahir.“ Rujuk Mughni al-Muhtaj (3/127).
  • Diharamkan: Jika diyakini bahawa lelaki tidak mampu berlaku adil lantaran kelemahannya, atau kerana hilangnya kepercayaan terhadap dirinya daripada bertindak bias dan pilih kasih, atau kerana keadaannya yang fakir. Ini kerana poligami itu akan mengakibatkan mudarat kepada orang lain. Daripada Ibn Abbas R.Anhuma bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

Maksudnya: “Tidak boleh mendatangkan mudarat dan membalas mudarat dengan mudarat yang lain.”

Riwayat Malik (31) dalam al-Muwatto’

Ini sesuai dengan firman Allah ﷻ:

فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُو

Maksudnya: Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”

(Surah al-Nisa’: 3)


Apa apa pun pilihan, terpulang pada diri masing-masing. 

No comments:

CUBA BENDA BARU

 Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...