Posts

Showing posts from December, 2013

Hukum Puasa Hari Jumaat

Hukum Puasa Hari Jumaat
Di dalam mahzab Syafie, hukum berpuasa sunat pada hari Jumaat tanpa disertakan puasa sunat pada hari Khamis atau tidak disertakan puasa sunat pada hari Sabtu adalah makruh.

Dari Muhammad bin Abbad bin Ja’far, “Aku pernah bertanya kepada Jabir: Adakah Nabi melarang berpuasa sunat pada hari Jumaat ? Jabir menjawab: Ya." (HR Muslim).

Dari Juwairiah, “Bahawa Rasulullah SAW masuk kepada saya pada hari Jumaat sedang saya berpuasa. Maka sabdanya: “Adakah engkau sudah berpuasa kelmarin? Saya menjawab: Tidak.Sabdanya: Adakah engkau akan berpuasa esok? Saya menjawab: Tidak. Baginda bersabda:Hendaklah engkau berbuka.” (HR Bukhari)

Nabi bersabda, “Hari Jumaat itu adalah hari Eid (hari raya), maka janganlah jadikan Eid kamu itu sebagai hari kamu berpuasa, kecuali kamu berpuasa sebelumnya atau sesudahnya.” (HR Ahmad)

Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu berpuasa pada Jumaat, kecuali bersama satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya". (H…

THE WORLD OF BREAD

Image
THE WORLD OF BREAD
Perlu catat ni, tarikh 15hb December 2013, 9 am- 6 pm
Once in the lifetime.. kena juga pergi kelas membaking ni. Pernah buat..pernah,,... pernah baking..of course, pernah jadi...yes... pernah tak jadi...lagi le selalu. Hahaha...sebab tu la terkinja-kinja nak gi kelas...tambah excited sebab ada Chef Azuan Kamarudin.. dan yang lagi seronok sebab jumpa kengkawan cyber yang tak pernah bersua muka. 
Seronok...seronok...seronok... (walaupun hb tak seronok kena jaga anak dari kul 9 pagi - 7 petang..hehe, sorry ler, sekali sekala ler...qada masa kena tinggal dia main badminton tu...okeis ler tuh)
Apa yang best bila kita attend class: kongsi ilmu, walaupun banyak ilmu kita leh dapat daripada internet sekarang tapi bila di dalam kelas tu lain rasanya sebab kita boleh tanya sendiri semua benda yang kita nak tau..immediately dapat jawapan. practical, teori sure kita boleh membaca jer tapi bila dpat buat secara live, baru la tahu kenapa ada masa yang tak jadi tu terjadi.there is…

Jangan terpedaya dengan produk tiruan @ tidak berdaftar

Image
Sekarang ni banyak sangat lambakan produk2 berasaskan tradisional dan natural di pasaran. Macam-macam nama, macam-macam kegunaan. Untuk bertambah sihat, untuk kurus, untuk gout dan macam2. Kalau tengok iklan2 kat web la, mungkin jugak boleh kata, tak kan ada orang kat Malaysia ni akan pergi jumpa doktor... hehe. Tapi kuasa Allah, siapa boleh lawan?????? Cuma saya nak share kat blog ni pengetahuan yang saya ada untuk produk farmaseutikal (Medicinal products). Produk ubatan dibahagi kepada Generic (scheduled poisons / non-scheduled poisons), Health Supplements, Natural Products (Herbal/Traditional),New Drug Products / NCE, Biologics/Biotech (Vaccine, Blood products, recombinant proteins, etc) atau FDI (Food Drug Interface Products). Banyak kategori ubatan ni tapi cuma nak tekankan untuk ubatan suplement dan natural products. Perlu diingatkan bahawa setiap produk tradisional atau natural atau herbal atau supplement juga perlu didaftarkan ke Kementerian melalui Biro Pengawalan Farmaseutika…

SAKIT ITU RAHMAT, DUGAAN ITU NIKMAT

Image

Sambungan entri http://eracorner.blogspot.com/2013/12/kesihatan-yang-tidak-mengizinkan.html.Nak masuk 4 minggu dah, kesihatan diri tak begitu memberansangkan. Selesema dan batuk tak hilang-hilang. Jenuh dah cuba try macam2 petua lama, dan ubat-ubatan baru tapi tak juga lega. Rasanya dah berbotol2 ubat ditelan. Orang kata itu, orang kata ini, semua try. Nampaknya Tuhan belum mengizinkan untuk kembali sihat. Seminggu pertama, ada training di KL, tambah la seksanya rasa badan ni. Bila balik SP jer, terus berulang-alik pulak ke klinik setiap hari amibil nebulizer (yang dah 15 tahun tak ambik). Pastu batuk non-stop sampai muntah-muntah. Tambah pulak kerja di opis yang berlambak setelah outstation dan MC. Memang rasa tak selesa.

Mungkin cuti seminggu dan bermalas-malasan di rumah, akan buat diri ini lebih bertenaga. Tapi kalau dah dasar tak boleh dok diam, mungkin niat jer nak rehat tapi tangan kaki asyik gerak sana sini bila di rumah. Memang dah dasar mak budak kot, bila di rumah sendiri …

Kesihatan yang tidak mengizinkan

Image
Masih di ambang kesihatan yang tidak begitu mengizinkan... Aktiviti terbaru, cuma berBW jer... tambah kenalan sebab mood untuk menaip juga tidak begitu efisien.

Next week, cuba all out menghadap dan menghapdet helaian di sini