Posts

Showing posts from 2014

Hari Raya Aidil Adha 2014 yang lalu

Image
Hari Raya Aidil Adha 2014 yang lalu...
Cerita lapuk dah kalau blogger lain. Bukan malas, tapi asyik tertunda saja masa yang ada. Macam ada banyak kerja yang nak dibuat sampai kerja update blog ini dilupakan seketika.
Sudah 2 tahun, mak mertua buat korban di rumahnya. Dengar cerita memang syok la tapi bila buat sendiri, agak penat jugak la seisi rumah. Namun, yang penting semua orang 'happy'.
Yang paling 'happy' mestilah budak berdua ni. Farees dan Irfan memang menunggu nak tengok 'sembelih' lembu daripada awal lagi. Sehari sebelum pun dah 'round' taman tengok lembu-lembu yang dikorbankan tu diikat. Siap pi pegang lagi. Mujur la tak mengamuk lembu tu. 
Untuk proses sembelihan kali ini pun dibuat di tempat lain. Barulah bahagian-bahagian korban itu dibawa ke rumah untuk dilapah dan dibahagi. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan gotong-royong melapah daging juga dibuat dengan cepat.

The Best Aloe for the Best Products - Forever Living

Image
Aloe Barbadensis Miller. It’s a mouthful, but it’s a name worth knowing. 

There are around 400 species of aloe plants. They are all succulents found in arid regions throughout the world. They’re each beneficial in their own ways, but there is only one species that has been recognized for millenia for its magically soothing abilities—Aloe Barbadensis Miller. 

Records of this plant exist on Sumerian clay tablets from as early as 2200 BC. Aloe’s cosmetic and medical benefits were prized the by ancient civilizations of Egypt, China, Greece, Rome, India, and Arabia. Just like these ancient civilizations, Forever Living reveres aloe for its soothing, nurturing properties. 

We rely on the most valuable, most exclusive aloe vera to enhance our health and beauty products. We own all the aloe plantations used to make our products, so we can guarantee the purity and potency of all our products. 

Our aloe vera products were the first to be awarded The International Aloe Science Council’s Seal of Appr…

TEMPAT-TEMPAT YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA DI MASJIDIL HARAM

ASTAGHFIRULLAH, lamanya entri ini tersimpan dalam draft. Baca blog ustaz saad ni masa nak pergi umrah dulu., kelam kelibut cam ner ntah, sampai sekarang terbengkalai pulak di draft. Satu perkara yang rugi jika tidak di'share'.
Satu mesej yang amat berguna bagi yang mahu menunaikan umrah atau haji. Bagi yang menunaikan haji, mungkin kurang kemampuan tu sebab terlalu umat manusia di sana. Jadi bila termampu tu, elok la dilakukan.Bagi yang ingin menunaikan umrah, lebih baik la cuba untuk pergi ke tempat2 yang disebut. Cari masa dan peluang untuk kita berdoa seperti disaran. Walaupun doa itu didengar walau di mana jua kita berada tapi rasanya tak salah jika usaha sikit untuk melaksanakannya. Saya juga tak mampu membuat semuanya tapi yang mana boleh, saya telahpun mencuba. Alhamdulillah, puas hati dengan usaha sendiri.

Bacaan lanjut boleh ke Panduan Umrah

Antara tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa di Masjidil Haram ialah:

1. Di Multazam iaitu suatu kawasan antara Hajar Aswad de…

Think, Think, Think

Image
Malam ni tak tau la nak tido pukul berapa, jam 10 mlm baru nak start buat keja semula. Kat opis...kat opis la, tapi kat rumah pun kena buat jugak. Rajin nya,,,, poooooh... tak ada nya rajin. Kat opis aku la orang paling meluat berada di opis. Paling suka datang lambat dan balik awal. Terpaksa jer ni... sebab kerja tu ibadah... tanggungjawab kena buat.

Balik awal pun, kebelakangan ni kerap sangat terpaksa bukak pc kat rumah continue keja. Kat opis mana ntah orang bijak pandai block USB connection  sampai system pun kena block. Pastu bila kita ngadu kat IT department, buat budus... salahkan sistem plak... System memang slow giler tapi slow-slow pun kat rumah boleh access... So bukan salah sistem le kan... yang lawaknya berkerja di sini, bagitau macam tu pun tetap sistem tu salah, siap suruh contact certificate owner la..memacam. Malas nak layan. Time rajin, boleh bawa keja balik, time malas, bagi email 10 kali sehari kat depa pulak... kalau tak bolayan jugak, cc jer bos. Wah, seminit le…

Zikir Penenang Hati

Image
Setiap perkara yang kita lakukan mulakan @ akhirilah dengan zikir.

p/s: Lately, tekanan kerja @ rutin di rumah menyesakkan fikiran. Mohon keampunan dariMu Ya Allah, Kau tunjukkan jalan yang Kau pilih untukku.. Amin


Bila Waktu telah terhenti-Opick

Masih kah kita terleka dengan duniawi?

GAJI NAIK SEBAB GST TAHUN DEPAN?

Gaji pekerja mesti dinaikkan berikutan pelaksanaan GST tahun depan

KPMG Malaysia menggesa sektor awam dan swasta supaya menaikkan gaji pekerja mereka secara berperingkat-peringkat berikutan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) April tahun depan. Rakan Pengurusan baharu dilantik Johan Idris mencadangkan kenaikan 6% setahun bagi membantu pekerja menangani kos sara hidup yang tinggi di Malaysia. Lagi di - http://my.news.yahoo.com


SETUJU??? Setujula  sangat. Kalau bab naik gaji mesti la semua pekerja di Malaysia ni setuju. Tapi pelaksanaannya, mungkin terlalu sukar. Sedangkan kenaikan gaji ke RM900 yang dah setahun berlalu tu pun masih ada majikan yang merangkak-rangkak nak buat.

Bercakap pasai gaji ni, pada pendapat aku gaji setiap tahun perlu ada kenaikan. Bagus untuk motivasi pekerja dan baik untuk keperluan sekeluarga yang semakin hari semakin meningkat. Bagi syarikat IKS mungkin la satu perkara yang agak susah dipenuhi. Pekerja kena la terima keadaan syarikat mereka seadany…

SEMPENA TAHUN BARU

Image
Tak berapa nak sihat lagi, bila la nak sihat ni. Dalam kepala semakin banyak benda nak buat. Plan semakin memanjang list. Betul ke, nak buat semua ni. Insya Allah Tapi dengan kesihatan yang tidak mengizinkan, di tambah pulak dengan anak-anak yang semakin suka menyemak rumah...Adusss, makin pening la mama. Tolong, bibik nak import, mahal pulak. Takut pulak memacam jadinya. Yang muka bukan main baik pun tetiba lari (kes abang sendiri ni, kenal lama lak tu), nak gaji orang M'sia, tak dak pulak yang nak jadi bibik. Nak resign??????(huh), sapa nak bagi gaji???? Tetiba makin pening kepala Bila nak hilang selesema dan batuk ni. Sakit badan dah ni... V V V V V V V Tapi bila rehat, badan ni makin sakit pulak. Apa nak buat?

DUGAAN ALLAH, Mungkin sifat mazmumah masih banyak di dalam diri ini (terutamanya Syarrut ta‘am & Syarrul kalam). Masa untuk reset diri dan minda. Mungkin ada rahmat di sebaliknya. Menyerah padaNya, Memohon pada Nya, Moga dipermudahkan Aminn Sempena Tahun Baru