Wednesday, April 29, 2020

Malaysia - Movement Control Order (MCO) / Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Sempena PKP4. Tak nak simpan kat FB, nak keep in mind di blog sendiri. 

Kenangan. 

PKP1 - Kerja selang hari, rotate 50% seperti yang dikehendaki MITI
PKP2 - Masih bekerja sendirian sebab rakan sekerja lain kena datang hari lain
PKP3 - Penuh dan meriahnya company selepas 4 minggu separuh  saja datang kerja. Siap kena warning. Kurang jugak 50% dan ada dua syif plak dah. Macam-macam hal duniawi.
PKP 4 - Hari ini sambung lagi. Tapi sebab menteri dah umum boleh kerja seperti biasa, jadi makin ramai la rakyat jelata di atas jalan. 

Jangan duk sibuk sangat sesiapa yang tak kerja. Update status lagi betapa ramai nya rakyat tak mematuhi PKP. Dah suruh pergi kerja, nak buat macam mana? Nak suruh semua orang jalan kaki ke pejabat ke pulak. 

Satu company ada lebih kurang 300 orang. Semua pergi kerja dengan kenderaan masing-masing. Jadi, kira sendiri la semua yang masih di rumah. Tu baru satu kilang. Kalau semua essential services claim, lebih 10 kilang kut yang beroperasi. Jadi sudah tentu la jalan pun penuh, weiiiiiii...................

Oleh itu, bersyukur saja, anda semua dapat duk senyap di rumah.

Moga COVID-19 dapat dihapuskan.
________________________________________________________________________________

#copypasteFBpost

HARINI 29 APRIL BERMULANYA PKP FASA 4.

Nak simpan kat FB jugak la. Kenangan yang takkan di lupakan. Untuk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur 😢😢
Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind.
18 MAC - 31 MAC 2020 (PKP FASA 1)
01 APR - 14 APR 2020 (PKP FASA 2)
15 APR - 28 APR 2020 (PKP FASA 3)
29 APR - 12 MEI 2020 (PKP FASA 4)
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾!
📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar ramadhan tiada terawih di masjid.
📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.
📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun, tiada bunga api mewarnai mlm raya.
📍Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group whatsapp.
📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dengan meletak tangan di dada.
📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.
📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.
📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.
📍 Konsert, pelancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sebelum ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.
📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tapi diganti dengan kahwin online.
📍Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.
📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
📍Taman permainan kanak - kanak ditutup.
📍Kekurangan stok penutup muka, PPE suit,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
📍Rak - rak di kedai menjadi kosong.
📍Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.
📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 malam.
📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

Thursday, April 23, 2020

ZIKIR RAMADHAN

Esok (24 April 2020) bermulanya bulan puasa untuk kita. Mungkin ramai yang duduk di rumah sempena PKP, boleh la memperbanyakkan bacaan zikir sempena bulan mulia ini.

Antara zikir yang pernah dan selalu saya lakukan ketika ramadhan mahupun hari-hari biasa, senaraikan di bawah. Sebagai peringatan dan rujukan semua umat.

Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna







Sumber rujukan: google dan https://shafiqolbu.wordpress.com/

Wednesday, April 22, 2020

DOA MENYAMBUT RAMADHAN

Bersawangnya...

Begitu lama laman ini terbiar. Bukan tidak terlintas di hati untuk kembali menulis, cuma masa selalu sangat mencemburui. Terlalu banyak yang perlu diberi perhatian lebih kepada laman usang ini.

Diam tak diam, Syaaban hampir ke hujung. Ramadhan pula menjelang. Lagi dua hari saja lagi, kita semua kena bangun sahur dah. Cepatnya masa berjalan.

Untuk permulaan setelah lama tak menjenguk blog sendiri, kita mulakan dengan doa menjelang Ramadhan. Sempena bulan mulia ini, berharap sangat agar dapat menulis di sini semula walau sepotong ayat sehari. 

Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna.  Berilah kekuatan dan kesungguhan untuk khatam Al-Quran dan memperbanyakkan zikir. Moga dapat menghabiskan masa dengan amalan yang Engkau redhai. Aamin





CUBA BENDA BARU

 Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...