Posts

Showing posts from 2013

Hukum Puasa Hari Jumaat

Hukum Puasa Hari Jumaat
Di dalam mahzab Syafie, hukum berpuasa sunat pada hari Jumaat tanpa disertakan puasa sunat pada hari Khamis atau tidak disertakan puasa sunat pada hari Sabtu adalah makruh.

Dari Muhammad bin Abbad bin Ja’far, “Aku pernah bertanya kepada Jabir: Adakah Nabi melarang berpuasa sunat pada hari Jumaat ? Jabir menjawab: Ya." (HR Muslim).

Dari Juwairiah, “Bahawa Rasulullah SAW masuk kepada saya pada hari Jumaat sedang saya berpuasa. Maka sabdanya: “Adakah engkau sudah berpuasa kelmarin? Saya menjawab: Tidak.Sabdanya: Adakah engkau akan berpuasa esok? Saya menjawab: Tidak. Baginda bersabda:Hendaklah engkau berbuka.” (HR Bukhari)

Nabi bersabda, “Hari Jumaat itu adalah hari Eid (hari raya), maka janganlah jadikan Eid kamu itu sebagai hari kamu berpuasa, kecuali kamu berpuasa sebelumnya atau sesudahnya.” (HR Ahmad)

Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu berpuasa pada Jumaat, kecuali bersama satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya". (H…

THE WORLD OF BREAD

Image
THE WORLD OF BREAD
Perlu catat ni, tarikh 15hb December 2013, 9 am- 6 pm
Once in the lifetime.. kena juga pergi kelas membaking ni. Pernah buat..pernah,,... pernah baking..of course, pernah jadi...yes... pernah tak jadi...lagi le selalu. Hahaha...sebab tu la terkinja-kinja nak gi kelas...tambah excited sebab ada Chef Azuan Kamarudin.. dan yang lagi seronok sebab jumpa kengkawan cyber yang tak pernah bersua muka. 
Seronok...seronok...seronok... (walaupun hb tak seronok kena jaga anak dari kul 9 pagi - 7 petang..hehe, sorry ler, sekali sekala ler...qada masa kena tinggal dia main badminton tu...okeis ler tuh)
Apa yang best bila kita attend class: kongsi ilmu, walaupun banyak ilmu kita leh dapat daripada internet sekarang tapi bila di dalam kelas tu lain rasanya sebab kita boleh tanya sendiri semua benda yang kita nak tau..immediately dapat jawapan. practical, teori sure kita boleh membaca jer tapi bila dpat buat secara live, baru la tahu kenapa ada masa yang tak jadi tu terjadi.there is…

Jangan terpedaya dengan produk tiruan @ tidak berdaftar

Image
Sekarang ni banyak sangat lambakan produk2 berasaskan tradisional dan natural di pasaran. Macam-macam nama, macam-macam kegunaan. Untuk bertambah sihat, untuk kurus, untuk gout dan macam2. Kalau tengok iklan2 kat web la, mungkin jugak boleh kata, tak kan ada orang kat Malaysia ni akan pergi jumpa doktor... hehe. Tapi kuasa Allah, siapa boleh lawan?????? Cuma saya nak share kat blog ni pengetahuan yang saya ada untuk produk farmaseutikal (Medicinal products). Produk ubatan dibahagi kepada Generic (scheduled poisons / non-scheduled poisons), Health Supplements, Natural Products (Herbal/Traditional),New Drug Products / NCE, Biologics/Biotech (Vaccine, Blood products, recombinant proteins, etc) atau FDI (Food Drug Interface Products). Banyak kategori ubatan ni tapi cuma nak tekankan untuk ubatan suplement dan natural products. Perlu diingatkan bahawa setiap produk tradisional atau natural atau herbal atau supplement juga perlu didaftarkan ke Kementerian melalui Biro Pengawalan Farmaseutika…

SAKIT ITU RAHMAT, DUGAAN ITU NIKMAT

Image

Sambungan entri http://eracorner.blogspot.com/2013/12/kesihatan-yang-tidak-mengizinkan.html.Nak masuk 4 minggu dah, kesihatan diri tak begitu memberansangkan. Selesema dan batuk tak hilang-hilang. Jenuh dah cuba try macam2 petua lama, dan ubat-ubatan baru tapi tak juga lega. Rasanya dah berbotol2 ubat ditelan. Orang kata itu, orang kata ini, semua try. Nampaknya Tuhan belum mengizinkan untuk kembali sihat. Seminggu pertama, ada training di KL, tambah la seksanya rasa badan ni. Bila balik SP jer, terus berulang-alik pulak ke klinik setiap hari amibil nebulizer (yang dah 15 tahun tak ambik). Pastu batuk non-stop sampai muntah-muntah. Tambah pulak kerja di opis yang berlambak setelah outstation dan MC. Memang rasa tak selesa.

Mungkin cuti seminggu dan bermalas-malasan di rumah, akan buat diri ini lebih bertenaga. Tapi kalau dah dasar tak boleh dok diam, mungkin niat jer nak rehat tapi tangan kaki asyik gerak sana sini bila di rumah. Memang dah dasar mak budak kot, bila di rumah sendiri …

Kesihatan yang tidak mengizinkan

Image
Masih di ambang kesihatan yang tidak begitu mengizinkan... Aktiviti terbaru, cuma berBW jer... tambah kenalan sebab mood untuk menaip juga tidak begitu efisien.

Next week, cuba all out menghadap dan menghapdet helaian di sini

FOREVER LIVING - ALOE VERA GEL

Image
Aloe Vera Gel
Imagine slicing open an Aloe leaf and consuming the gel directly from the plant. Our Aloe Vera Gel is as close to the real thing as you can get. 

The miraculous aloe leaf contains 200 compounds, including 20 minerals, 18 amino acids and 12 vitamins. A product of our patented aloe stabilization process, our gel is favored by those looking to maintain a healthy digestive system and a natural energy level. 

The first to receive certification by the International Aloe Science Council, this rich cocktail of pulp and liquid authenticates this product just as nature intended. Taken daily, either alone or mixed with pure fruit juice, it is one of the best nutritional supplements available! 

• The power of aloe – from the inside out 
• The first of its kind to be certified by the International Aloe Science Council 
• Contains over 200 compounds 
• Beneficial for maintaining a healthy digestive system
INGREDIENTS Aloe Vera Gel, Sorbitol, Ascorbic Acid (Antioxidant), Citric Acid, Potassium …

AMALAN SUNAT DI BULAN MUHARRAM

Entry ni copy paste jer dari http://www.al-azim.com/masjid/muharram/amalan.htm


Sempena bulan baik memang patut kita share perkara baik dengan semua orang. Mungkin ramai yang tahu tapi mungkin juga ada sorang dua yang tidak begitu arif. Harap-harap ia akan jadi amalan kita  setiap tahun. Insya Allah.

AMALAN-AMALAN SUNAT
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kaliBerdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kaliEmpat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram): Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan mela…

AZAM TAHUN BARU - SALAM MUHARRAM 1435

Image
Walaupun sudah 3 hari berlalu, tapi masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Salam Awal Muharram 1435. Sibuk menyibukkan diri dengan bercutisampai 5hb, masuk saja kerja…. Haa wallaaa la. Menimbun, bertimbun memang menyesakkan kepala jer. Tapi tinggal jer kerja-kerja tu… bukan tinggal terus yer. Kerja kena siapkan jugak tapi kena pelahan-lahan kayuh… nak masuk gear.. tak tau la kenapa minggu ni agak lembap sket…
Sempena Tahun baru Islam ni, apa azam kome??? (Mentang-mentang baru balik kampung, keluar ler bahasa2 perak, sampai anak2 pun mengajuk mama ni>>> Nak minum ayo ke? Lempor je baju dalam bakul)
Saya… saya insan yang baru belajar. Terlalu kerdil rasa diri ini dibandingkan dengan umat-umat lain. Namun, azam tahun ni lebih sket dari tahun lepas.. Setiap tahun kena la UP kan ibadah kita
ØNak banyak kan amalan puasa sunat (alhamdulillah hari ini< Khamis pertama Muharram dah boleh puasa)
ØNak jadikan solat dhuha rutin (walaupun di pejabat ketika ini, tapi akan cuba juga unt…

HARAM 'WISHING YOU HAPPY DIWALI'

Image
HAVE A HAPPY DAY FOR DIWALI

Satu kebiasaan di Malaysia, mengucapkan Happy Deepavali, Happy Chinese New Year ada satu kelaziman untuk semua kerana negara kita yang bermasyarakat majmuk. Sah-sah ramai kawan-kawan kita daripada golongan India dan Cina.

Jadi bila sampai waktu hari kebesaran mereka, kita sinonim untuk merai kan sekali perayaan mereka. Aku juga begitu. Namun, sejak akhir-akhir bila masa acap kali dikhabarkan tentang menyambut Valentine itu HARAM, terus terfikir apakah selama ini menyambut Deepavali or Chinese New Year juga tidak dibenarkan?

Sesungguhnya kita tahu perayaan seperti Deepavali dan Chinese New Year adalah untuk meraikan tahun baru mereka, yang ratanya menyelitkan kisah-kisah kejayaan Tuhan/Dewa mereka.

Untuk mengurangkan rasa resah & curiga ini, google adalah tempat rujukan utama sekarang.

Informasi daripada http://syurganeraka.com/hukum-sambut-tahun-baru-cina/


Hukum Mengucapkan Tahniah/Memberikan Ucapan Perayaan Kepada Mereka :

Berhubung permasalahan mengu…

RABU YANG SENYAP - ADA JUGA REZEKI

Image
Today, ini yang paling menggembirakan di akhir bulan di samping kerja-kerja yg menimbun seperti di dalam email. Berderet & semuanya kerja yang perlu dibereskan. Rezeki, ihsan daripada QA Head yang prihatin (mmmmmmmmmmmmm......?????) sempena Diwali.

"Orang memberi, kita merasa" (betul ke peribahasa ni????hehehehe)

Thank you very much, Sir.

Akhirnya, RABU yang senyap!

SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG KE.....

Image
Hari ini genap umur aku yang ke._ _ . Umur rahsia...hahahaha (tp dlm FB siap umum tahun lahir le plak..hehehe). Tak ada maknanya nak rahsiakan umur. Cukup berbahagia dan beruntung dengan masa yang pendek ini Tuhan merahmati kehidupan aku. Alhamdulillah. Doaku cuma....


NO WORDS... WORDLESS... LESS WORDS???

Image
BUT MY PRAYER WILL ALWAYS BE WITH ALL OF YOU

Forever Living Aloe Vera Gel Demo (Bahasa Malaysia)

p/s: Sedang menggunakan product ini untuk anak-anak... 

Tazkirah Jumaat...

Image
Banyak sebenarnya idea nak menulis hari ini. Kebetulan Jumaat, macam-macam nak kongsi ilmu yang sedikit ini. Mungkin ada juga kakak ke adik-adik yang mampu memperluaskan lagi ilmu yang didapati... Namun apa daya... kerja berlambak sangat. Balik rumah pun sama, kebetulan pulak baru balik dari kampung, terus kerja. Jadi kain baju semuanya masih di dalam beg. Tak sempat tulis panjang-panjang, tapi bila di google2 tadi, jumpa lak quote ni... Alhamdulillah. Bersesuai dengan topik yang hendak disampaikan... Dan akhirnya, hayati dalam-dalam makna di sebalik kata-kata ini.



p/s: Ada cerita tapi mungkin tidak elok dikongsi bersama, luahan hanya untuk kengkawan. Mereka lebih memahami perasaan ini

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA - QURBAN

Image

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji disambut pada hari ke-10 Zulhijjah setiap tahun.

Hari Raya Haji ini juga digalakkan umat Islam mengerjakan ibadah Qurban:

Firman allah;

Maksudnya;

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)


Rasulullah juga bersabda;

Maksudnya;
“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling men…

Wordless...

Image



Buat Qurban di Luar Negara... Boleh ke Tak?

Image
Ni copy paste dari blog ustaz shauqi jer.. kebetulan la akhir2 ni orang ramai bertanya tentang isu hukum qurban di luar negara. Saya memang  buat, buat bersama ahli keluarga lain... booked seekor lembu kongsi dengan adik beradik. Tujuan masing2 la punya cerita, tapi pada saya... bukan setakat untuk ibadah diri sendiri tapi sekurang-kurang saya rasa dapat membantu di tempat2 yang kita semua sedia maklum dengan tahap kemiskinan mereka. Saya rasa macam dapat membantu golongan yang tak mampu di luar sana. Di Malaysia, pun buat juga. Gilir-gilir juga, ikut kemampuan sendiri.... ada juga masanya saya sedekah semuanya. Jadi boleh ke tak buat qurban online ni?

Ucapan terima kasih pada ustaz kerana penjelasan pendek seperti ini:


Hukum Memindahkan Daging Korban/ Melakukan Ibadah Korban ke Tempat Atau Negeri/Negara lain:
Mazhab Hanafi berpendapat bahawa makruh hukumnya memindahkan sembelihan korban ke negeri lain seperti zakat, kecuali jika diberikan kepada saudara maranya yang berada di negeri…

WW

Image
P/S: Perkara yang baik datang daripada Nya....

AYAT SERIBU DINAR

Image
Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah…

Lemahnya... MONDAY BLUES

Doa Harian untuk Hari ini

"YA ALLAH, JIKA INI MEMANG JALANKU, MUDAHKANLAH. JIKA BUKAN JALANKU,TEGURLAH AKU DENGAN CARAMU DAN BERIKAN LAH AKU PETUNJUK."

p/s: Hidup tertekan dengan tekanan... perasaan, mental dan fizikal... sebab.... mungkin MONDAY BLUES.. or memang aku tak senang dah kerja di sini....

WW

Image

SUNAT PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL

ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Allah, berjaya juga menyempurnakan ibadah puasa di bulan Syawal. Siapa tak mau bonus yang banyak kan... Pahala sehingga Setahun berpuasa. Wah banyak tu! Kekadang tak mengerti bila ada juga yang tidak mahu mengejar keberkatan dan ganjaran pahala tetapi terkejar-kejar untuk mendapatkan bonus dan pangkat di tempat kerja walaupun semuanya tak seberapa...

Di dalam kita beramal ni jugak ada juga yang berpendapat tidak afdal sekiranya berpuasa sunat sekaligus men’qada’kan puasa Ramadhan...betul ke? Banyak perbezaan pendapat mengenai perkara ini tetapi bagi diri saya, lebih baik kita berpegang kepada satu pendapat sahaja.  Perkara ini pernah dirujuk kepada seorang ustazah dan katanya " Buatlah ibadah tersebut yang mana kita mampu"

Jadi pada saya perbezaan pendapat itu sebenarnya memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, selagi mana tiada larangan terhadapnya perbuatan dan amalan tersebut.

Untuk bacaan lanjut boleh la k…

Munajat Selamatkan Islam - Mesir

Image
Sebelum ini, IKRAM telah menghantar memo juga

KUALA LUMPUR 15 Ogos - 102 badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Dan Aqsa Syarif menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Mesir di Jalan Ru, Ampang di sini hari ini.
http://live.utusan.com.my/Event/Laporan_Langsung_Utusan_Online_2013



Sama-sama kita doakan keselamatan saudara seislam kita di sana... Semoga ALLAH melindungi umat Islam. Seperti doa munajat rakyat mesir di dataran Rabi’ah al-Adawiyyah, Kaherah pada 27 Ramadhan lalu: (petikan penuh boleh dihayati di ikram doa-munajat )

"Ya Allah, jadilah Engkau untuk kami, jangan jadi ke atas kami. Tolonglah kami, jangan tolong ke atas kami, jadikanlah kekalahan menimpa orang yang zalim ke atas kami. Rancanglah untuk kami, jangan rancang ke atas kami. Selamatkan kami, jangan serahkan kami. Kecewakan mereka, jangan kecewakan kami. Pertahankan kami, jangan serahkan kami. Jangan jadikan kami berputus asa dari rahmat-Mu…

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013

Image
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
Mohon ampun maaf kepada semua sekiranya ada salah silap, terkasar bahasa, tertengking, termarah, terasa hati, terkata, terumpat, terkutuk, terlaser, dan pelbagai2 ‘ter’ lagi... sesungguhnya semua tu tak tersengaja.

Semua yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya