Posts

Showing posts from August, 2013

WW

Image

SUNAT PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL

ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Allah, berjaya juga menyempurnakan ibadah puasa di bulan Syawal. Siapa tak mau bonus yang banyak kan... Pahala sehingga Setahun berpuasa. Wah banyak tu! Kekadang tak mengerti bila ada juga yang tidak mahu mengejar keberkatan dan ganjaran pahala tetapi terkejar-kejar untuk mendapatkan bonus dan pangkat di tempat kerja walaupun semuanya tak seberapa...

Di dalam kita beramal ni jugak ada juga yang berpendapat tidak afdal sekiranya berpuasa sunat sekaligus men’qada’kan puasa Ramadhan...betul ke? Banyak perbezaan pendapat mengenai perkara ini tetapi bagi diri saya, lebih baik kita berpegang kepada satu pendapat sahaja.  Perkara ini pernah dirujuk kepada seorang ustazah dan katanya " Buatlah ibadah tersebut yang mana kita mampu"

Jadi pada saya perbezaan pendapat itu sebenarnya memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, selagi mana tiada larangan terhadapnya perbuatan dan amalan tersebut.

Untuk bacaan lanjut boleh la k…

Munajat Selamatkan Islam - Mesir

Image
Sebelum ini, IKRAM telah menghantar memo juga

KUALA LUMPUR 15 Ogos - 102 badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Dan Aqsa Syarif menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Mesir di Jalan Ru, Ampang di sini hari ini.
http://live.utusan.com.my/Event/Laporan_Langsung_Utusan_Online_2013



Sama-sama kita doakan keselamatan saudara seislam kita di sana... Semoga ALLAH melindungi umat Islam. Seperti doa munajat rakyat mesir di dataran Rabi’ah al-Adawiyyah, Kaherah pada 27 Ramadhan lalu: (petikan penuh boleh dihayati di ikram doa-munajat )

"Ya Allah, jadilah Engkau untuk kami, jangan jadi ke atas kami. Tolonglah kami, jangan tolong ke atas kami, jadikanlah kekalahan menimpa orang yang zalim ke atas kami. Rancanglah untuk kami, jangan rancang ke atas kami. Selamatkan kami, jangan serahkan kami. Kecewakan mereka, jangan kecewakan kami. Pertahankan kami, jangan serahkan kami. Jangan jadikan kami berputus asa dari rahmat-Mu…

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013

Image
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
Mohon ampun maaf kepada semua sekiranya ada salah silap, terkasar bahasa, tertengking, termarah, terasa hati, terkata, terumpat, terkutuk, terlaser, dan pelbagai2 ‘ter’ lagi... sesungguhnya semua tu tak tersengaja.

Semua yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya