Posts

Showing posts from March, 2013

Kurang Tidur Boleh Tambah Berat Badan

Image
Kurang Tidur Boleh Tambah Berat Badan

Sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat cuba mencabar tanggapan yang menyatakan tidur yang kurang menyebabkan individu mudah kurus apabila mendakwa amalan itu sebaliknya boleh menambah berat badan seseorang.

Sejak bertahun lamanya, pakar berat badan menekankan kepentingan mengambil makanan berkalori rendah dan senaman yang secukupnya.

Namun, kajian terbaru Universiti Chicago menunjukkan faktor ketiga bagi mengawal berat badan - mendapat tidur yang secukupnya pada waktu malam.

Malah, dua kajian yang disiarkan semalam mendapati, sukarelawan yang terbabit dalam penyelidikan dengan tidak mendapat tidur mencukupi, mempunyai sejenis hormon yang kadarnya tinggi dan mencetuskan rasa lapar.

Mereka juga dikesan mempunyai sejenis hormon pada paras rendah yang menyebabkan seseorang itu berasa kenyang.

"Sehubungan itu, kami mengesyorkan mana-mana program pengurangan berat badan turut memasukkan faktor mendapat tidur yang secukupnya sebagai salah tips berguna,&q…

KERJA SEBAGAI IBADAH

BW..BW... tetiba terjumpa artikel ini di  darulquran. Elok juga sebagai pedoman kepada semua orang yang bergelar pekerja... Sebagai seorang Islam terutamanya.. patut lebih menghayati tanggungjawab kita sebagai pekerja...mencari nafkah untuk sara keluarga dan diri sendiri...


KERJA SEBAGAI IBADAH

PENDAHULUAN
Setiap perbuatan yang dilakukan oleh seorang Muslim akan dianggap sebagai ibadah jika ia mematuhi garis panduan yang dikehendaki oleh syarak.

DEFINISI
Kerja bermaksud “Kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia bagi mendapatkan upah atau ganjaran”.
Ibadah bermaksud “Kepatuhan dan ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadaNya”.
Kerja sebagai ibadah bermaksud “ Tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah”. .
TUJUAN BEKERJA
1.Tuntutan di dalam Islam.
2. Untuk mendapat rezeki kurniaan Allah
3. Sebagai mekanisme untuk memakmurkan muka bumi.

AYAT AL-QURAN MENGENAI TUNTUTAN BEKERJA
Surah at-Taubah ayat 105 bermaks…