Posts

Showing posts from October, 2013

HARAM 'WISHING YOU HAPPY DIWALI'

Image
HAVE A HAPPY DAY FOR DIWALI

Satu kebiasaan di Malaysia, mengucapkan Happy Deepavali, Happy Chinese New Year ada satu kelaziman untuk semua kerana negara kita yang bermasyarakat majmuk. Sah-sah ramai kawan-kawan kita daripada golongan India dan Cina.

Jadi bila sampai waktu hari kebesaran mereka, kita sinonim untuk merai kan sekali perayaan mereka. Aku juga begitu. Namun, sejak akhir-akhir bila masa acap kali dikhabarkan tentang menyambut Valentine itu HARAM, terus terfikir apakah selama ini menyambut Deepavali or Chinese New Year juga tidak dibenarkan?

Sesungguhnya kita tahu perayaan seperti Deepavali dan Chinese New Year adalah untuk meraikan tahun baru mereka, yang ratanya menyelitkan kisah-kisah kejayaan Tuhan/Dewa mereka.

Untuk mengurangkan rasa resah & curiga ini, google adalah tempat rujukan utama sekarang.

Informasi daripada http://syurganeraka.com/hukum-sambut-tahun-baru-cina/


Hukum Mengucapkan Tahniah/Memberikan Ucapan Perayaan Kepada Mereka :

Berhubung permasalahan mengu…

RABU YANG SENYAP - ADA JUGA REZEKI

Image
Today, ini yang paling menggembirakan di akhir bulan di samping kerja-kerja yg menimbun seperti di dalam email. Berderet & semuanya kerja yang perlu dibereskan. Rezeki, ihsan daripada QA Head yang prihatin (mmmmmmmmmmmmm......?????) sempena Diwali.

"Orang memberi, kita merasa" (betul ke peribahasa ni????hehehehe)

Thank you very much, Sir.

Akhirnya, RABU yang senyap!

SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG KE.....

Image
Hari ini genap umur aku yang ke._ _ . Umur rahsia...hahahaha (tp dlm FB siap umum tahun lahir le plak..hehehe). Tak ada maknanya nak rahsiakan umur. Cukup berbahagia dan beruntung dengan masa yang pendek ini Tuhan merahmati kehidupan aku. Alhamdulillah. Doaku cuma....


NO WORDS... WORDLESS... LESS WORDS???

Image
BUT MY PRAYER WILL ALWAYS BE WITH ALL OF YOU

Forever Living Aloe Vera Gel Demo (Bahasa Malaysia)

p/s: Sedang menggunakan product ini untuk anak-anak... 

Tazkirah Jumaat...

Image
Banyak sebenarnya idea nak menulis hari ini. Kebetulan Jumaat, macam-macam nak kongsi ilmu yang sedikit ini. Mungkin ada juga kakak ke adik-adik yang mampu memperluaskan lagi ilmu yang didapati... Namun apa daya... kerja berlambak sangat. Balik rumah pun sama, kebetulan pulak baru balik dari kampung, terus kerja. Jadi kain baju semuanya masih di dalam beg. Tak sempat tulis panjang-panjang, tapi bila di google2 tadi, jumpa lak quote ni... Alhamdulillah. Bersesuai dengan topik yang hendak disampaikan... Dan akhirnya, hayati dalam-dalam makna di sebalik kata-kata ini.



p/s: Ada cerita tapi mungkin tidak elok dikongsi bersama, luahan hanya untuk kengkawan. Mereka lebih memahami perasaan ini

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA - QURBAN

Image

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji disambut pada hari ke-10 Zulhijjah setiap tahun.

Hari Raya Haji ini juga digalakkan umat Islam mengerjakan ibadah Qurban:

Firman allah;

Maksudnya;

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)


Rasulullah juga bersabda;

Maksudnya;
“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling men…

Wordless...

Image



Buat Qurban di Luar Negara... Boleh ke Tak?

Image
Ni copy paste dari blog ustaz shauqi jer.. kebetulan la akhir2 ni orang ramai bertanya tentang isu hukum qurban di luar negara. Saya memang  buat, buat bersama ahli keluarga lain... booked seekor lembu kongsi dengan adik beradik. Tujuan masing2 la punya cerita, tapi pada saya... bukan setakat untuk ibadah diri sendiri tapi sekurang-kurang saya rasa dapat membantu di tempat2 yang kita semua sedia maklum dengan tahap kemiskinan mereka. Saya rasa macam dapat membantu golongan yang tak mampu di luar sana. Di Malaysia, pun buat juga. Gilir-gilir juga, ikut kemampuan sendiri.... ada juga masanya saya sedekah semuanya. Jadi boleh ke tak buat qurban online ni?

Ucapan terima kasih pada ustaz kerana penjelasan pendek seperti ini:


Hukum Memindahkan Daging Korban/ Melakukan Ibadah Korban ke Tempat Atau Negeri/Negara lain:
Mazhab Hanafi berpendapat bahawa makruh hukumnya memindahkan sembelihan korban ke negeri lain seperti zakat, kecuali jika diberikan kepada saudara maranya yang berada di negeri…