Dapat email dari kengkawan tentang perkara ni. Payah la sekejap halal sekejap dak
JAKIM, JAIS sah mentega dari New Zealand tidak halal
[BH] KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.
Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.
Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.
P/s: Sila ambil perhatian! Mentega ini berdasarkan laporan media lazim digunakan dalam pembuatan kek Sarawak. Yang peliknya, Malaysia yang kononnya mahu menjadi hab halal serantau gagal memastikan makanan yang dibawa masuk ke negara ini halal atau tidak. Sepatutnya, sebelum dipasarkan, makanan yang tidak halal perlu diberi label "TIDAK HALAL" secara jelas agar orang Islam tidak membelinya
Every day, I wakes up and Thank you Allah for still waking me up. There are happiness, sadness, joy and passion in my heart. And I would like to write about it.
Wednesday, August 3, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
CUBA BENDA BARU
Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...
-
Al-Insyirah adalah Surah yang ke-94 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri dari 8 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makiyyah. Terjem...
-
SYUKUR - ALHAMDULILLAH Syukur kerana Allah masih memberi peluang kehidupan pada Kami sekeluarga. Mohon permudahkan segala urusan, jauhi seg...