BW..BW... tetiba terjumpa artikel ini di darulquran. Elok juga sebagai pedoman kepada semua orang yang bergelar pekerja... Sebagai seorang Islam terutamanya.. patut lebih menghayati tanggungjawab kita sebagai pekerja...mencari nafkah untuk sara keluarga dan diri sendiri...
KERJA
SEBAGAI IBADAH
PENDAHULUAN
Setiap perbuatan yang dilakukan oleh seorang Muslim akan dianggap sebagai
ibadah jika ia mematuhi garis panduan yang dikehendaki oleh syarak.
DEFINISI
Kerja bermaksud “Kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia bagi mendapatkan
upah atau ganjaran”.
Ibadah bermaksud “Kepatuhan dan
ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan
menyerah diri kepadaNya”.
Kerja sebagai ibadah bermaksud “
Tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah”. .
TUJUAN BEKERJA
1.Tuntutan di dalam Islam.
2. Untuk mendapat rezeki kurniaan Allah
3. Sebagai mekanisme untuk memakmurkan muka bumi.
AYAT AL-QURAN MENGENAI TUNTUTAN
BEKERJA
Surah at-Taubah ayat 105 bermaksud;
“Katakanlah wahai Muhammad: Beramallah kamu (akan segala yang di perintahkan),
maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu
kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara
yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu
telah kerjakan”.
Surah al-Jumuah ayat 10 bermaksud;
“Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk
menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta
ingatlah Allah sebanyak banyaknya (dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya
(di dunia dan akhirat).
KERJA DI KATEGORI SEBAGAI IBADAH
1. Apabila bekerja untuk keperluan diri. Sabda
Rasulullah yang bermaksud; “ Jika seseorang di antara kamu pada tengahari
mengambil kayu di belakangnya, sehingga dia dapat bersedekah darinya dan
mencegah daripada meminta-minta maka yang demikian adlah lebih baik baginya
dari meminta-minta kepada orang lain samada diberi atau tidak kerana tangan
yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah, mulailah daripada
yang terdekat”.
2. Bekerja untuk keperluan keluarga. Rasulullah saw
bersabda bermaksud; “ Sesungguhnya Allah sangat cintakan kepada orang mukmin
yang bekerja” Sambungan
3. Bekerja untuk keperluan masyarakat. Tidak semua
manusia mempunyai kepakaran dalam semua bidang. Untuk itu kemahiran individu
dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat yang diklasifikasikan sebagai
tuntutan fardhu kifayah sebagaimana Firman Allah yang bermaksud “ Bertanyalah
pada orang yang lebih tahu jika kamu tidak mengetahui”.
4. Bekerja untuk memakmurkan bumi Allah. Pekerjaan
yang kita lakukan mempunyai hubung kait yang rapat dengan unsur kehidupan
manusia di dunia selain memelihara segala nikmat Allah yang dikurniakan di muka
bumi ini.
CIRI-CIRI KERJA DIANGGAP IBADAH
1.Niat kerana Allah.
2. Berteraskan iman dan taqwa.
3. Tidak meninggalkan yang wajib.
4. Mendapat ganjaran di dunia dan di akhirat.
KERJA DIANGGAP IBADAH APABILA....
Pekerjaan itu adalah perbuatan yang
harus atau boleh dikerjakan menurut syarak. Pekerjaan yang disertakan dengan
niat dan diredhai Allah. Pekerjaan yang dilaksanakan dengan tekun, cekap dan
bersungguh-sungguh. Pekerjaan berasaskan prinsip syariah seperti amanah, adil
dan bertanggungjawab. Menghasilkan kerja yang berkualiti.
APABILA PERKARA DI ATAS TERCERNA
1. Menerima 3 jenis balasan;
a. Mendapat balasan dalam bentuk material.
b. Mendapat balasan dalam bentuk kepuasan.
c. Mendapat pahala di akhirat kelak.
2. Ia akan dirangsang dengan kuat untuk bekerja.
3. Ia akan menjadi seorang yang proaktif,
berdisiplin dan boleh dipercayai.
4. Ia akan selalu berwaspada untuk mengelakkan diri
dari sebarang kemungkaran termasuk perkara yang tidak bermoral.
5. Ia akan menjadi pekerja yang berprestasi tinggi.
TUNTUTAN PENTING DALAM MENJADIKAN
KERJA SEBAGAI IBADAH
1. Niat Ikhlas Kerana Allah Ia akan
mengangkat manusia kepada kemuncak ketinggian dan kemuliaan insan. Ikhlas juga
akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan, membawa kedamaian dan kesejahteraan serta
terhindar dari sifat riya’ demi mengharapkan redha Allah.
2. al-Sidq (Benar) Ia akan menjamin dalam
mengembalikan hak-hak kepada yang berhak, memperkukuh ikatan antara masyarakat
tidak kira seorang alim, pemimpin, hakim, saudagar, lelaki atau perempuan,
kanak-kanak atau dewasa.
Menurut Imam al-Ghazali ada beberapa jenis sifat sidq. Di antaranya
ialah :
Benar pada lidah -menyampaikan suatu kenyataan atau
berita menepati apa yang sebenarnya.
Benar pada niat -membuat sesuatu amal kebajikan
kerana Allah.
Benar pada azam -Membulatkan tekad melakukan
kebajikan seperti yang telah diazam.
Benar pada janji dan benar pada amal -Berusaha bersungguh-sunnguh supaya amalan lahirnya menepati dengan apa
yang tersembunyi dalam dirinya.
BENAR
Benar pada niat dan perbuatan, contohnya:
-
Mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa
niat yang tersembunyi atau pun mengharapkan balasan.
- Bercakap benar dan menepati janji, tidak bercakap bohong dan mungkir janji.
- Memberikan atau menerima arahan yang jelas dan tepat serta tidak
mengelirukan.
- Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama.
3. Amanah Orang yang amanah akan mendapat
kepercayaan orang ramai sebaliknya orang khianat menjadi tumpuan kemarahan dan
kehinaan. Ia merupakan asas kepada ketahanan umat, kestabilan negara, dan roh
kepada keadilan.
Nilai Utama Dalam Etika Kerja Sebagai
Ibadah AMANAH; Sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa
menyalahgunakan kuasa dan kedudukan, Antara amalan amanah ialah;
- Sentiasa menjalankan tugas dengan
penuh tanggungjawab tanpa menyeleweng dan cuai.
- Bersikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa.
- Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang
ditetapkan dan tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan peribadi.
- Berdisiplin dan mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu yang boleh
menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap dirinya.- Bertanggungjawab
melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
4. Fatanah (Bijaksana)
Bijaksana dalam melaksanakan sesuatu kerja dengan menghindari perkara- perkara
yang boleh mendatangkan ketidakpuasan, mengagihkan kerja mengikut keupayaan
seseorang, menyampaikan arahan serta memelihara aib saudara seIslamnya yang
lain.
BIJAKSANA Menggunakan pemikiran
dengan bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan sesuai dengan masa serta
keadaan, seperti:
- Menggunakan segala potensi,
keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan
tidak mengambil jalan mudah.
- Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti.
- Mempunyai fikiran yang rasional dan pertimbangan yang saksama dalam
menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengira perasaan dan emosi.
- Sentiasa mempertingkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalisme.
BERSYUKUR Perasaan dan perlakuan yang
menghargai nikmat dan pemberian yang diterima, antaranya; Sentiasa menghargai
anugerah dan nikmat yang diterima tanpa menganggap kejayaan sebagai hak. Bersedia
memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka,
berdendam atau menabur fitnah. Tenang menghadapi masalah dan redha menerima
ketetapan, kegagalan dan ujian serta tidak berputus asa. Berpuas hati dengan
nikmat yang diperolehi.
DEDIKASI Berminat dan rela
mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang
berkualiti, contohnya;
- Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan
serta bersedia menerima tugas dengan tidak mencari helah. Sanggup berkorban
masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan.
- Tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas dan
memastikan hasil kerja sentiasa berkualiti.
- Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sabar, teliti dan ceria, tidak
cuai atau merungut.
- Cergas dan pantas bekerja dan hasilnya menepati kehendak organisasi.
IKHLAS Berhati suci dalam
melaksanakan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa
mengharapkan ganjaran, antaranya;
- Menerima tanggungjawab dengan rela
dan hati yang suci, tidak berpura-pura atau mengelak daripada tanggungjawab.
- Menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi, bukan
kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang lain.
- Memberikan layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan
dan tidak bersikap pilih kasih.
- Bersedia menerima teguran dan kritikan dengan hati dan fikiran yang terbuka.
- Saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa sebarang kepentingan.
PENYAYANG Perasaan dan perlakuan yang
menunjukkan sikap memahami, menghargai dan mengambil berat, seperti;
- Bersifat pemaaf dan penyayang,
tidak berdendam, sombong dan suka meninggi diri.
- Menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa
sebarang prasangka buruk.
- Bersifat bertimbang rasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas.
- Menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang penuh dengan
kemesraan.
- Bersifat simpati dan empati dalam tugas seharian.
Setiap warga kerja hendaklah bertekad
dan berusaha mempertingkatkan kualiti peribadi dan profesion. Mudah-mudahan
setiap kerja yang dilaksanakan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wa Taala dan
diterima sebagai IBADAH.
Mudah-mudahan setiap pergerakan kita
dari mula berdoa keluar rumah hingga kita pulang dikira sebagai ibadah dan amal
soleh, rezeki yang diterima penuh keberkatan dan dapat menghindar diri dari
bersifat culas dalam pekerjaan kerana konsep ihsan yang menjadi pegangan hidup
kita.
KESIMPULAN Sebagai hamba Allah, amat
penting untuk kita menyedari dan memastikan segala pekerjaan yang kita lakukan
tidak lain dan tidak bukan, hanya semata-mata kerana Allah. Tidak terlintas di
dalam hati untuk mengharapkan pujian, pangkat dan harta tetapi apabila
dikurniakan Allah lantaran ikhlas dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan,
anggaplah ia merupakan kurniaan Allah yang menghargai hambaNya yang ikhlas
sepanjang perjalanan hidupnya dalam menjunjung apa yang diperintahkanNya dan
meninggalkan apa yang dilarangNya.
>>> yang ini kena besar sket sebab ramai yang aku tengok orang pergi opis, buat keja lain....bukak blog sampai tak buat keja, tolong buatkan kerja kawan/abang/ laki/bini sampai tinggalkan keja sendiri... afdal ke rezeki yang kita dapat?