Sempena PKP4. Tak nak simpan kat FB, nak keep in mind di blog sendiri.
Kenangan.
PKP1 - Kerja selang hari, rotate 50% seperti yang dikehendaki MITI
PKP2 - Masih bekerja sendirian sebab rakan sekerja lain kena datang hari lain
PKP3 - Penuh dan meriahnya company selepas 4 minggu separuh saja datang kerja. Siap kena warning. Kurang jugak 50% dan ada dua syif plak dah. Macam-macam hal duniawi.
PKP 4 - Hari ini sambung lagi. Tapi sebab menteri dah umum boleh kerja seperti biasa, jadi makin ramai la rakyat jelata di atas jalan.
Jangan duk sibuk sangat sesiapa yang tak kerja. Update status lagi betapa ramai nya rakyat tak mematuhi PKP. Dah suruh pergi kerja, nak buat macam mana? Nak suruh semua orang jalan kaki ke pejabat ke pulak.
Satu company ada lebih kurang 300 orang. Semua pergi kerja dengan kenderaan masing-masing. Jadi, kira sendiri la semua yang masih di rumah. Tu baru satu kilang. Kalau semua essential services claim, lebih 10 kilang kut yang beroperasi. Jadi sudah tentu la jalan pun penuh, weiiiiiii...................
Oleh itu, bersyukur saja, anda semua dapat duk senyap di rumah.
Moga COVID-19 dapat dihapuskan.
________________________________________________________________________________
HARINI 29 APRIL BERMULANYA PKP FASA 4.
Nak simpan kat FB jugak la. Kenangan yang takkan di lupakan. Untuk aku baca di tahunΒ² hadapan jika masih dipanjangkan umur π’π’
Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind.
18 MAC - 31 MAC 2020 (PKP FASA 1)
01 APR - 14 APR 2020 (PKP FASA 2)
15 APR - 28 APR 2020 (PKP FASA 3)
29 APR - 12 MEI 2020 (PKP FASA 4)
01 APR - 14 APR 2020 (PKP FASA 2)
15 APR - 28 APR 2020 (PKP FASA 3)
29 APR - 12 MEI 2020 (PKP FASA 4)
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh π²πΎ!
πPKP dalam bulan puasa. Tiada bazar ramadhan tiada terawih di masjid.
πTiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.
πTiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun, tiada bunga api mewarnai mlm raya.
πHarga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
πSemua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
πSemua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group whatsapp.
πPenjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dengan meletak tangan di dada.
πPita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.
π Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.
πHanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
πKedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
πKeseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.
π Konsert, pelancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sebelum ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.
πMajlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tapi diganti dengan kahwin online.
πTiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.
πTidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
πTaman permainan kanak - kanak ditutup.
πKekurangan stok penutup muka, PPE suit,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
πKekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
bagi pesakit kritikal.
πBerlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
πRak - rak di kedai menjadi kosong.
πKilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
πKerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
πTiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
πSidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
πKemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.
π Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 malam.
πRamai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
π Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
πPekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
π "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 ππππ
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu ! β€οΈπ²πΎβ€οΈπ²πΎβ€οΈ