Monday, September 11, 2023

CUBA BENDA BARU

 Cuba Benda Baru


SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan matlamat. Serta-merta perkara tu jadi susah nak mula. Ketipisan idea macam mana nak buat. Tengok orang lain buat senang, kita buat macam susah yak amat. 


Rasanya itu la lumrah. Bila kita nak mulakan sesuatu memang payah. Tapi kalau tak mula, bila nak jadi. Satu benda yang paling penting adalah cari cara nya bagaimana nak buat. Sebab itu ILMU tu penting. Jadi untuk mulakan sesuatu yang baru, kena belajar dulu. Pelan-pelan, kita buat. '

Buat sampai jadi

#newbiz




Friday, September 8, 2023

WHEN YOUR BODY AND BRAIN NOT IN SAME VIBES

WHEN YOUR BODY AND BRAIN NOT IN SAME VIBES


Feeling tired or restless? But today don't have any energy to roll on. Nothing excited to do. 


Jom kemas rumah dulu
 

Tuesday, September 5, 2023

WHAT DO YOU THINK LIFE IS?

 Episod baru setiap hari. Itulah kehidupan.

Aku baru saja berhenti kerja bulan Mei lepas. Jadi banyak masa untuk aku fikirkan apa nak buat. 

- Tak cari kerja ke? Ada je hantar resume ke hampir semua tempat tapi rezeki tak ada orang panggil interview. Yang ada contact pula semua jauh-jauh. Terpaksa tolak. Sebab utama berhenti kerja pun adalah supaya aku ada masa dengan family. Jadi memang Allah nak bagi masa tu dengan anak-anak saja sekarang. 

- Tak cuba berniaga ? Ya, macam-macam jugak try. Tapi permulaan memang agak susah. Kita belajar step by step. Jadi dropship ada yang paling senang sebab ada saja orang yang nak ajar kan. Sikit-sikit pun tapi cukup untuk bergerak sendiri. Plan marketing tu ada saja tapi aku yang malas. 😀 Baru-baru ni nak adjust balik semua masa kerja, masa buat kerja rumah, masa dengan anak-anak. Jadi pelan-pelan kita kayuh

Tiba-tiba teringat korean drama tajuk MISAENG. Salah satu favorite kdrama. Tengok berkali-kali pun aku ok je. Sebab drama ini betul-betul situasi sebenar apa yang seorang pekerja pejabat hadap. Diskriminasi, pandang rendah, menipu, ambil kesempatan, muka-muka, talam dua muka, dan ada juga yang betul-betul ikhlas bekerja. Ya, semua situasi itu wujud dalam organisasi. Jangan nak murni sangat macam semuanya circle positif je. Sebab tu ramai nak berhenti kerja setiap hari!

Salah satu kata dalam watak drama ni. 


Betul kan. Kehidupan kita ada macam-macam pilihan. Pilihan kita yang menentukan masa depan kita. Walaupun tidak buat pilihan pun adalah satu pilihan diri sendiri.

Sunday, September 3, 2023

ISU POLIGAMI ABANG TESLA

ISU POLIGAMI



Kes Abang Tesla memang betul-betul menyentuh jiwa wanita dan para isteri. Apa tidaknya, jika minta izin nak kahwin satu lagi pun nak dijadikan content Tiktok, rasanya tidak adil kut pada isteri pertamanya. Yang paling pelik isteri pun mengikut. Tak kisah jadi content suami yang gila nak menikah dua. 

Entahlah, pendapat masing-masing. Tapi hakikatnya, bukan isu poligami yang jadi masalah. Isunya pada aku ada lah maruah seorang isteri itu lagi besar. Sebagai isteri,memang kita menurut kata suami tapi biarlah berpada-pada nak ikut pun. Kenang la juga diri dan hati kita sebagai seorang wanita. Jaga la perasaan sendiri jika dah tahu suami tak mampu nak jaga hati nurani si isteri. Tetapkan lah maruah diri lebih besar daripada pengorbanan yang perlu kita lakukan jika suami nak kahwin lain. 

 Jangan pula terlebih sangat muhasabah diri cari kesilapan diri sendiri dulu sampai kau tak nampak salah suami tu macam mana.  Jangan la berpaut pada sunnah yang terngiang-ngiang dalam kepada lelaki bila cakap pasai kawin lebih ni, pasai payung emas la, pahala lebih la, jika suami kita tupun loglak tak tentu lagi solat, amal ibadat dan ilmu agamanya. 

Terlebih emosi pulak yer pasai isu ni. Jika tanya pendapat aku, aku tak terima. Sebab:

  • Suami kena ada ilmu agama yang tinggi jika guna alasan sunnah. Apa yang sunah tu yang ikut sangat tu? Buat dulu sunnah lain. Ni orang cakap makan kurma sunnah nabi, haramm tak makan pun. Bulan puasa lagi la, cari ais sejuk dulu kut sebelum nasi. Kurma...beli la buat perhiasan, last2 bini jugak lenyek2 buat kek:) Tu pun ada hati cakap sunnah
  • Suami kena adil dan berkemampuan. Mampu ke tiada dari segi zahir tu, awal-awal lagi tahu dah. Jika selama ni setakat belanja dapur je boleh bagi, nafkah zahir tak pernah bagi, jangan mimpi nak dapat lepas ada dua. Entah-entah duit dapur pun lesap.
  • Suami kena asing duit isteri dan anak-anak (bagi yang ada anak). Jangan pula bagi Rm500 rasa cukup dah belanja sebulan anak2 dan isteri combined!!! Kena pandai sikit mengira dan matematik yer kalau anak ada ramai. Kalau kata 2 orang anak pun, rasanya cukup ke belanja 500 tu sebulan?
  • Suami tolong ukur baju di badan sendiri. Kalau tersergam rumah sebijik habis bayar,  kereta sebijik pun habis bayar; duit bulanan 4 angka, termasuk la bahagian duit belanja anak sorang2 kau boleh bagi ----- mungkin la ko mampu. Tapi kalau tak ada, maknanya memang tak mampu la kan. Tu belum lagi cakap pasai masa atau tanggungjawab sebagai bapa nak bahagi-bahagi lagi. 

Kita tengok pulak la dari segi hukum Islam. Rupanya poligami ni pun boleh jadi semua syarat hukum yang ada. 

Penerangan ringkas seperti dibawah yang dipetik dari penjelasan mufti. Keterangan lanjut boleh klik di link bawah👇

Kredit kepada https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3742-al-kafi-1398-hukum-isteri-melarang-suami-berkahwin-lain


Jika kita melihat daripada sudut fiqh, ternyata poligami pada hukum asalnya adalah diharuskan sahaja. Namun begitu dalam beberapa hal yang mendatang, hukumnya boleh berubah kepada tiga (Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 4/25-26;

  • Disunatkan: Ini sekiranya lelaki itu mempunyai keperluan untuk berkahwin lain jika beristeri satu tidak dapat menjadikan dirinya afif (menjaga syahwatnya daripada zina dan maksiat), atau isteri itu sakit, atau mandul tidak dapat mengandung, sedangkan suami itu inginkan anak, dalam keadaan suami itu memiliki keyakinan untuk berlaku adil antara isteri-isterinya. Ini kerana terdapat keperluan yang diraikan Syarak seperti meramaikan anak, dan inilah yang menjadi pedoman ramai Sahabat Rasulullah ﷺ, Para Tabi’ie dan generasi selepas mereka.
  • Dimakruhkan: Jika semata-mata untuk berlazat-lazat dan berhibur, atau syak terhadap kemampuannya untuk berlaku adil antara isteri-isteri. Ini kerana tidak ada keperluan untuknya. Juga kerana terdapat kemungkinan berlakunya mudarat ke atas isteri-isteri kerana tidak mampu berlaku adil. Berkata Imam al-Khatib al-Syirbini: “Dan disunatkan untuk tidak menambah isteri lebih satu tanpa ada keperluan yang zahir.“ Rujuk Mughni al-Muhtaj (3/127).
  • Diharamkan: Jika diyakini bahawa lelaki tidak mampu berlaku adil lantaran kelemahannya, atau kerana hilangnya kepercayaan terhadap dirinya daripada bertindak bias dan pilih kasih, atau kerana keadaannya yang fakir. Ini kerana poligami itu akan mengakibatkan mudarat kepada orang lain. Daripada Ibn Abbas R.Anhuma bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

Maksudnya: “Tidak boleh mendatangkan mudarat dan membalas mudarat dengan mudarat yang lain.”

Riwayat Malik (31) dalam al-Muwatto’

Ini sesuai dengan firman Allah ﷻ:

فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُو

Maksudnya: Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”

(Surah al-Nisa’: 3)


Apa apa pun pilihan, terpulang pada diri masing-masing. 

Monday, August 28, 2023

SYUKUR AND THANK YOU ALLAH


Syukur and Thank you Allah for being alive.

Moga segala urusan dipermudahkan, diberi rahmat dan kejayaan atas segala yang kita lakukan pada hari ini. Bersyukur lah dengan segala yang dilimpahkan kepada kita sehingga hari ini.

Seperti dalam surah Al Naml ayat 19:
فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّنْ قَوْلِهَا وَقَالَ "رَبِّ اَوْزِعْنِيْٓ اَنْ اَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِيْٓ اَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلٰى وَالِدَيَّ وَاَنْ اَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضٰىهُ وَاَدْخِلْنِيْ بِرَحْمَتِكَ فِيْ عِبَادِكَ الصّٰلِحِيْنَ
Maksudnya: Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

Semoga Allah SWT menjadikan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang bersyukur. Amin.




Monday, August 21, 2023

PERGINYA SEORANG TEMAN



PERGINYA SEORANG TEMAN

AL FATIHAH dibaca buat seorang Teman. 

Kami berjumpa semasa dia masuk kerja di syarikat yang sama. Comei lote orangnya. Masa tu tak berapa nak bergaya sangat, budak-budak lagi orang cakap. Selepas beberapa tahun, dia pandai dah bergaya, make up. Dan pernah bergelar MUA suatu ketika dulu. Aku support je dari belakang. Apapun teman kita buat, patutnya gitu. Itu yang dia suka. Malah kerja dia pun tak terganggu walau badai mendatang kiri kanan, dia tetap begitu.

Julai lalu, dikejutkan dengan berita dia menghidap penyakit cancer tahap 4. Sedih rasanya sebab lama sangat tak berjumpa sejak dia meninggalkan company. Cuma 3 ke 4 kali je jumpa selepas dia meninggalkan company ini. 

Apabila seorang teman dikhabarkan menghidap "eternal illness", kita cuma mampu mendoakan kesembuhan nya. Sedih dan sebak di dada sebab terasa tiada apa yang mampu kita bantu untuk mengurangkan sakitnya.

Akhir bicara dengannya waktu hari kelahirannya lalu, 5/8/2023. Sempat dengar luahan nya yang semakin uzur. Ku titipkan supaya terus kuat dan positif menghadapi sakitnya. Teruskan dengan nasihat doktor. Dan hari ini terus dikejutkan dengan pemergiannya ke negeri abadi. 

Ya Allah. Moga kau tenang saja di sana teman. Hilang sudah kesakitan yang ditanggung di dunia ini. Moga kau ditempatkan di kalangan solihin. Aamiin.



Sebagai kenangan. Macam-macam rupa. Kredit pada FB empunya diri



Gambar kami dua suatu zaman dulu, sama opis lagi

 

Sunday, August 20, 2023

KU MULAKAN SEMULA. MOGA JALAN LEBIH MUDAN DAN REZEKI LEBIH MURAH

KU MULAKAN SEMULA... 

MOGA JALAN LEBIH MUDAN DAN REZEKI LEBIH MURAH 


Berlumut dah blog ni selepas bertahun-tahun kurang tumpuan nak update blog ni. Bukan sebab susahnya nak menulis tapi susahnya nak mencari masa untuk menghadap pc dan menaip sesuatu yang bermanfaat.


Setelah bertahun, mungkin inilah jalan yang sesuai untuk ku. Aku mahu masa, Allah beri dah masa untuk ku. Aku ingin rehat lebih, Allah berikan jalan untuk ku rehat. Aku ada macam-macam alasan tidak mengerjakan amalan Nya dengan sempurna, Allah beri segalanya untuk ku melakukannya tanpa hiraukan orang sekeliling dah. 


Tiada apa pun alasan lain dah tapi masih juga kita mengharapkan alasan untuk TIDAK mengerjakannya. 


Ya Allah, dah masuk bulan ke-2 Hijrah, ku mohon KAU berikan kemudahan untuk ku terus kan melangkah tanpa melihat ke belakang lagi. Pernah dah mula bidang baru 20 tahun lepas, kini aku tetap memohon pada Mu supaya permudahkan kembali usaha untuk melangkah ke bidang baru. Ku harap rezeki yang halal, petunjuk dari Mu, permudahkan urusanku, lorongkan jalan untuk ku mulakan semula. Aamin

KU MULAKAN SEMULA....




CUBA BENDA BARU

 Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...