Thursday, May 16, 2013

SELAMAT HARI GURU









Especially to my sisters, Kak Yong, Kak Yang, Kak Uda dan Kak Cik... Jasa dan pengorbanan mu sentiasa dikenang. Enjoy!

p/s: semua gambar dari google

Tuesday, May 7, 2013

PILHANRAYA KE 13 MALAYSIA .... Habis dah

 Keputusan penuh pilhanraya telah pun diperoleh. Mungkin ada yang ralat, mungkin ada yang gembira. Apapun bagi saya, Tahniah Barisan Nasional kerana mempertahankan mandat. Juga Tahniah kerana berjaya merampas kembali negeri Kedah. Apa jua pun, kawasan pengundian saya masih di tangan Pakatan Rakyat.

Ada baiknya ---- Mungkin
Ada buruknya --- Mungkin

Apa pun berlaku, diharap mereka yang dipilih dapat menjalankan tugas dengan baik dan berkesan. Sebagi individu yang terpilih, inilah tugas yang harus dipikul... Tugas/Kerja dan tanggungjawab adalah IBADAH.

Selamat menjalankan ibadah masing-masing


KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
PARLIMEN
NEGERI : KEDAH

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : P.010 - KUALA KEDAH
NAMA PENUH PARTI JUMLAH UNDI KEPUTUSAN
1. AZMAN BIN ISMAIL PKR 42,870 MENANG
2. ZAKI ZAMANI BIN ABD RASHID BN 37,923
JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR : 95,328
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK : 1,212
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI : 82,005
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 82,251
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 246
PERATUS PENGUNDIAN : 86.30%
MAJORITI : 4,947


KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
DEWAN UNDANGAN NEGERI
NEGERI : KEDAH

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.15 - ANAK BUKIT
NAMA PENUH PARTI JUMLAH UNDI KEPUTUSAN
1. ABD SAMAT BIN CHE NOH BEBAS 85 HILANG DEPOSIT
2. AMIRUDDIN BIN HAMZAH PAS 13,822 MENANG
3. HASHIM BIN JAHAYA BN 11,016
JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR : 28,981
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK : 291
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI : 25,214
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 25,286
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 72
PERATUS PENGUNDIAN : 87.30%
MAJORITI : 2,806

Satu lagi, Tahniah untuk Menteri Besar baru Negeri Kedah. Moga aman damai Negeri kedah


Mukhriz angkat sumpah sebagai Menter Besar Kedah


Berita lanjut di Utusan

Thursday, May 2, 2013

MARI MENGUNDI

 Countdown to Election : 3 days

Lagi 3 hari kita akan menjalankan kewajipan untuk mengundi. Penting ke mengundi? Mungkin tidak pada sesetengah orang (terutama yang berfikiran cetek tu...).

Tapi selalunya orang- orang begini yang selalunya lebih sudu dari kuah... Complaint orang bukan main lagi itu ini, macam kenal jer semua calon2 tiap- tiap party bertanding tapi ibarat tin kosong. Bunyi jer kuat tapi Zero. Bila di tanya mengundi mana, :Tetiba.... Tak daftar pun. Merapu je lebih.

Sebab kalau pandai sangat berdebat, berbahas, berpidato (walaupun tak jadi calon), bukan ke lebih baik kalau salurkan idea kita ke arah yang betul. Mengundi orang yang dirasakan akan membawa kesejahteraan, membawa kebaikan seperti yang dicanang-canang.

Undi anda penting. Satu undi mungkin penentu menang atau kalah barisan yang anda pilih.

Jangan jadi ala NATO (No Action, Talk Only), haha.

 Tahun 2013, sekali lagi saya akan mengundi di DUN Anak Bukit / Parlimen Kuala Kedah. Saja copy daripada SPR info. Suami pun tempat yang sama juga. Ibu mertua, kakak dan adik ipar pun sama.

MEDAN
KETERANGAN
Lokaliti
010 / 15 / 15 / 007 - TAMAN SRI MENTALON
Daerah Mengundi
010 / 15 / 15 - ALOR MERAH
DUN
010 / 15 - ANAK BUKIT
Parlimen
010 - KUALA KEDAH
Negeri
KEDAH
Pusat Mengundi
SEK. MEN. KEB. ALOR MERAH, ALOR SETAR
Saluran
3
Masa Mengundi
8.00 PAGI - 5.00 PTG
Untuk sebarang maklumat, sila emel : info@spr.gov.my


Siapa akan dipilih? UNDI ANDA RAHSIA. Tapi calon-calon bertanding seperti di bawah:

 
Kawasan
Nama Calon
 
Wakil
N. 15 - ANAK BUKIT
1. ABD SAMAT BIN CHE NOH (Tiada gambar)
BEBAS
Jumlah Pengundi: 28,981
2. AMIRUDDIN BIN HAMZAH
 
 
PAS
3. HASHIM BIN JAHAYA
 
BN
 
 
 
 
 
 
P. 010 – KUALA KEDAH
1. ZAKI ZAMANI BIN ABD RASHID
 

BN
Jumlah Pengundi: 95,328
2. AZMAN BIN ISMAIL
 
 
PKR


Bagi tempat asalku, TELUK INTAN, DUN Pasir Bedamar, harap-harap semua pandai-pandai la memilih.

CUBA BENDA BARU

 Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...