Thursday, May 2, 2013

MARI MENGUNDI

 Countdown to Election : 3 days

Lagi 3 hari kita akan menjalankan kewajipan untuk mengundi. Penting ke mengundi? Mungkin tidak pada sesetengah orang (terutama yang berfikiran cetek tu...).

Tapi selalunya orang- orang begini yang selalunya lebih sudu dari kuah... Complaint orang bukan main lagi itu ini, macam kenal jer semua calon2 tiap- tiap party bertanding tapi ibarat tin kosong. Bunyi jer kuat tapi Zero. Bila di tanya mengundi mana, :Tetiba.... Tak daftar pun. Merapu je lebih.

Sebab kalau pandai sangat berdebat, berbahas, berpidato (walaupun tak jadi calon), bukan ke lebih baik kalau salurkan idea kita ke arah yang betul. Mengundi orang yang dirasakan akan membawa kesejahteraan, membawa kebaikan seperti yang dicanang-canang.

Undi anda penting. Satu undi mungkin penentu menang atau kalah barisan yang anda pilih.

Jangan jadi ala NATO (No Action, Talk Only), haha.

 Tahun 2013, sekali lagi saya akan mengundi di DUN Anak Bukit / Parlimen Kuala Kedah. Saja copy daripada SPR info. Suami pun tempat yang sama juga. Ibu mertua, kakak dan adik ipar pun sama.

MEDAN
KETERANGAN
Lokaliti
010 / 15 / 15 / 007 - TAMAN SRI MENTALON
Daerah Mengundi
010 / 15 / 15 - ALOR MERAH
DUN
010 / 15 - ANAK BUKIT
Parlimen
010 - KUALA KEDAH
Negeri
KEDAH
Pusat Mengundi
SEK. MEN. KEB. ALOR MERAH, ALOR SETAR
Saluran
3
Masa Mengundi
8.00 PAGI - 5.00 PTG
Untuk sebarang maklumat, sila emel : info@spr.gov.my


Siapa akan dipilih? UNDI ANDA RAHSIA. Tapi calon-calon bertanding seperti di bawah:

 
Kawasan
Nama Calon
 
Wakil
N. 15 - ANAK BUKIT
1. ABD SAMAT BIN CHE NOH (Tiada gambar)
BEBAS
Jumlah Pengundi: 28,981
2. AMIRUDDIN BIN HAMZAH
 
 
PAS
3. HASHIM BIN JAHAYA
 
BN
 
 
 
 
 
 
P. 010 – KUALA KEDAH
1. ZAKI ZAMANI BIN ABD RASHID
 

BN
Jumlah Pengundi: 95,328
2. AZMAN BIN ISMAIL
 
 
PKR


Bagi tempat asalku, TELUK INTAN, DUN Pasir Bedamar, harap-harap semua pandai-pandai la memilih.

No comments:

CUBA BENDA BARU

 Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...