Jawapan:
Jumhur fuqaha' menyatakan haram memberikan zakat kepada seseorang yang sihat tubuh badan dan yang mampu bekerja. Zakat hanya boleh diberikan kepada mereka sekiranya menepati beberapa syarat iaitu:
1. Mereka sudah berusaha untuk mendapatkan kerja tetapi masih tidak memperolehnya.
2. Mereka mempunyai pekerjaan tetapi gaji yang diterima tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas
3. Mereka mampu bekerja dan memperolehnya tetapi tidak memiliki alat-alat yang diperlukan untuk bekerja seperti gerai untuk berniaga, peralatan untuk menjadi tukang kayu dan sebagainya.
Informasi ni diambil daripada blog ustaz shauqi. Boleh la merujuk pada beliau sekira ada kemusykilan tentang perkara ini.
Merujuk pula pada web Majlis agama terengganu, 8 golongan yang berhak diberi zakat adalah
GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
Firman Allah S.W.T. dalam surah at-Taubah ayat 60 mafhumnya :
“Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang faqir, miskin, amil-amil yang mengurusnya, orang muallaf yang dijinakkan hatinya, hamba –hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang yang berhutang untuk jalan Allah S.W.T, orang musafir yang keputusan belanja dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) daripada Allah S.W.T. dan (ingatlah) Allah S.W.T Amat Mengetahui Lagi Amat Bijaksana.”
Golongan Pertama : Orang Faqir
Menurut mazhab Syafi’e dan Hanbali ialah orang yang tidak memiliki harta benda dan pekerjaan yang mampu memenuhi keperluan sehariannya.Maksudnya dari segi pengukuran had kifayahnya, golongan ini tidak mempunyai pendapatan tidak sampai separuh dari had kifayah
Golongan Kedua : Orang Miskin
Golongan ini adalah orang yang mempunyai pendapatan tetapi pendapatannya hanya mampu untuk memenuhi lebih dari separuh had kifayah tetapi masih belum cukup untuk menampung perbelanjaan asasi kehidupannya.
Golongan Ketiga : Amil
Golongan ini merupakan individu yang melakukan tugas-tugas yang berkaitan dengan pengumpulan zakat, menyimpan, mengawal, mencatat serta mengagihkannya.
Golongan Keempat : Muallaf
Golongan yang baru memeluk agama Islam.
Golongan Kelima : Hamba
Hamba muslim yang telah membuat perjanjian dengan tuannya untuk di merdekakan dan tidak memiliki wang untuk membayar tebusan ke atas dirinya walaupun mereka telah bekerja keras bagi tujuan tersebut.
Golongan Keenam : Orang Yang Berhutang
Mereka yang memiliki hutang sama ada hutang untukk dirinya sendiri atau tujuan lain dengan syarat hutang tersebut pula di gunakan untuk tujuan memenuhi keperluan asasi serta bertujuan baik.
Golongan Ketujuh : Orang Yang Berjuang Di Jalan Allah
Mereka yang termasuk dalam golongan ini ialah para pejuang yang berperang di jalan Allah dan tidak menerima sebarang bentuk imbuhan seperti pendapatan atau upah.
Dalam definisi sekarang, para ulama’ telah memperluaskan skop makna Fi Sabilillah ini merangkumi semua usaha ke arah mendekatkan diri serta mentaati Allah.
Golongan Kelapan : Musafir yang Keputusan Belanja Dalam Perjalanan
Yang di maksudkan ialah seorang yang melakukan perjalanan untuk melaksanakan sesuatu maksud yang baik dan tidak termasuk perkara maksiat yang mana dalam perjalanan tersebut, dia telah keputusan belanja bagi meneruskan perjalanannya.
p/s: Bila tak ada kerja nak kerja, tapi bila dah dapat malas pulak nak buat... Kerja itu Ibadah, tapi ramai yang sia-sia kan melakukan ibadah dengan sempurna... sebab????