Wednesday, June 17, 2020

Resepi Cheese Tart Buncit

Copy paste je resepi dari koleksi resepi yang pernah dicuba. Dari Facebook mana pun tak ingat dah. Resepi ni antara yang paling kerap guna.

Hasil tangan sendiri dan anak-anak. Abaikan garis tak lurus :)


Resepi Cheese Tart Buncit

(sumber: https://www.bukuresepi.com/resepi-cheese-tart-buncit/# )

 

BAHAN -BAHAN SHELL TART:

250gm butter suhu bilik
100gm gula ising
500gm tepung gandum
1bji kunng telur
Sedikit esen vanilla
1sb air sejuk


CARA MEMBUAT SHELL TART:

Mix butter dn gula ising hingga sebati

 

Masukkan kuning telur dan esen vanilla.gaul sebati


Masukkan tepung dan air sejuk dari peti ais..uli hingga menjadi doh


Terap atau bentuk doh dalam acuan shell tart berukuran 4.5cm. cucuk dasar doh dgn garfu


Bakar pada suhu 120°c api atas bawah 20-25 minit atau higga masak.. SUHU BERGANTUNG PADA OVEN MASING

 

BAHAN -BAHAN CHEESE BUNCIT

(anggaran dapat 120pcs)

 

250gm cream cheese
50gm ising sugar
1sb butter
1sb non-dairy whipping cream
Telur di kocok.sukat anggaran 2sb

CARA MEMBUAT CHEESE BUNCIT

Cream cheese di biarkan di luar selepas keluar peti ais..selama 5 minit


Mix cream cheese,gula icing dan butter hingga sebatijgn mix terlalu lama..cheese akan cair

Masuk kan whip cream dan telur 2sb..mix sebati je


Masukkan cheese ke dlm piping bag..potong muncung piping bag angaran 2 atau 2.5cm untuk acuan 4.5cm


Sediakan shell tart untuk  isi filling (ikut filing strawberry ke, blueberry ke)...dan mula paip cheese secara menegak..tekan tarik, tekan tarik.


Untuk menghasilkan cheese buncit, perlu paip cheese dgn banyak sebab itu masa mix cheese tak boleh sampai cair


Bakar pada suhu 50-90° api atas bawah slama 8mnt( untuk oven kecil) suhu ikut pada oven masing2


Suhu tak boleh terlalu tinggi sebab nanti cheese cair melimpah dari shell,

Guna suhu rendah jangka masa di lama kan


UNTUK TAHU CHEESE DAH DI MASAK..CUIT2 SEDIKIT DI PEMUKAAN CHEESE..JIKA TIDAK LEKAT DI JARI…BERMAKNA CHEESE DAH MASAK


Gambar-gambar pinjam google dan blog resepi. Impian nak buat camni tapi tangan tak berseni. Nak buat garis luruspun, herot. Mungkin satu hari nanti boleh nuat lukisan atas cheesetart ku...😄


Sebagai rujukan diri sendiri...semua image google





Contoh cara nak piping filing dan cheese - ambik dari blog masam manis, kak azlita






Thursday, June 11, 2020

SURAH AL-INSYIRAH - KELEBIHAN DAN FADHILAT

Al-Insyirah adalah Surah yang ke-94 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri dari 8 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makiyyah.


Terjemahan Surah Al-Insyirah:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Kelebihan Surah Al-Insyirah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.


Antara fadhilat mengamalkan surah ini adalah:

1. Dipermudahkan Segala Urusannya

Sekiranya anda membaca Surah Al-Insyirah selepas solat fardhu, Insyaallah dipermudahkan urusan semua urusan. Selain itu, segala keperluan dan rezeki turut akan Allah permudahkannya, Dia memberi pertolongan kepada kita melalui amalan. Salah satunya membaca surah Al-Insyirah. Amalkan membacanya 7 kali selepas solat fardhu

2. Diberi Kekayaan

Ramai yang ingin kaya dunia dan akhirat, oleh itu, sering-seringlah membaca Surah Al-Insyirah ini selepas waktu solat. Caranya adalah mengamalkan bacaan surah ini sebanyak 40 kali selepas setiap waktu solat. Insyaallah kita akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. untuk berjaya dan kaya dunia akhirat. Ia adalah salah satu kelebihan surah al-Insyirah

3. Terhindar Dari Segala Masalah

Kelebihan surah Al-Insyirah ramai tak tahu adalah apabila mereka mengalami situasi yang penuh dengan masalah. Masalah serta kesukaran dalam setiap urusan pasti dapat dihindari dengan pertolongan oleh Allah S.W.T. Dada juga akan menjadi lapang bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah.

4. Menjadi Lebih Positif

Fikiran akan menjadi lebih positif bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah. Kelebihan surah Al-Insyirah adalah dapat menutup ruang-ruang negatif di dalam minda dan diri kita dalam kehidupan seharian.

5. Rajin Dalam Mengerjakan Ibadah

Bagi anda yang kurang sifat kerajinan tu bolehlah cuba amalkan baca Surah Al-Insyirah. Insyaallah hati akan terasa lebih suka untuk mengerjakan amal ibadah serta dihilangkan rasa sifat jemu beribadah. Sebab tu, penting untuk kita ajarkan surah ini kepada anak-anak sejak kecil lagi. Mereka akan lebih rajin dan mudah beristiqamah.

Selain itu, boleh juga dijadikan sebagai doa untuk menghalang anak-anak bergaduh, bacalah Al Fatihah dan selawat diikuti dengan surah Al-Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan Ayat 200 dari surah Ali Imran serta doa berikut : “Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim”. Selepas itu, dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak-anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam

6. Menghilangkan Rasa Dukacita

Bacaan surah ini selepas solat fardhu, Allah S.W.T. akan menghilangkan segala dukacita dalam hatinya. Allah SWT juga akan kurniakan kegembiraan buat mereka.

Caranya:

Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan. Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada.

Anda juga boleh  menulis surah ini kepada bekas dan menghilangkannya dengan air mawar. Kemudiannya air tersebut diminum, insyaallah akan hilang rasa dukacita dan terpelihara daripada terkejut.

7. Menghindari Sifat Malas

Kelebihan Surah Al-Insyirah ini juga dapat memudahkan seseorang melakukan kerja seperti yang diimpikannya. Mereka dapat menghindari sifat malas malah akan lebih mudah untuk mendapat rezeki. Fikiran dan minda juga akan lebih lapang dan luas.

8. Terhindar Dari Kesempitan Hidup

Kesempitan hidup dari segi rezeki yang berkurangan, kesihatan yang lemah serta kesukaran yang sering terjadi dalam hidup memerlukan anda segera bertindak. Bacalah Surah Al-Insyirah selalu agar terhindar dari kesempitan hidup.

9. Dapat Melihat Perkara-perkara Yang Ajaib

Jika anda membaca (mengamalkan) Surah Al-Insyirah ini ketika waktu dhuha sebanyak 200 kali tiap-tiap hari, Insyaallah Allah S.W.T. akan memperlihatkan perkara-perkara yang ajaib kepada pengamalnya. Itulah kelebihan membaca surah Al-Insyirah yang ramai tak tahu

10. Dapat Mengatasi Sakit

Bagi anda yang sering melakukan kerja-kerja rumah seharian misalnya, bacalah Surah Al-Insyirah ayat ke 3 tersebut sebanyak 3 kali. Kemudiannya ditiupkan di tapak tangan dan ditepukkan pada bahagian pinggang dan punggung. Insyaallah Allah akan lindungi atau sembuhkan rasa sakit tersebut dengan izinNya.

Surah ini jika di baca pada air sebanyak 111 kali, dapat menyembuhkan penyakit batu karang. Air ini dapat menghancurkan batu kerikil tersebut.

11. Menyerikan Wajah

Surah Al-Insyirah bukan sahaja memberi kebaikan dalaman, tetapi juga dapat menyerikan wajah. Bagi para isteri yang nak kelihatan cantik di mata suami tu, amalkanlah membaca Surah Al-Insyirah ini. Bacakan Surah Al-Insyirah ayat ke 4 ini sebanyak 7 kali, kemudiannya ditiupkan ke tapak tangan dan disapukan ke muka. Mohon kepada Allah S.W.T. supaya suami pandang kita nampak cantik.

12. Terhindar Dari Penyakit

Untuk mengelakkan daripada terkena wabak dan penyakit berjangkit, amalkan membaca Surah Al-Insyirah ini setiap waktu. Pelbagai penyakit yang ditakuti dalam dunia ini, atasinya dengan kelebihan Surah Al-Insyirah ini.

Amalkan membaca surah ini, Insya Allah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.

13. Mengubati Sengatan Serangga

Bagi mengubati pesakit terkena sengatan serangga, bacakan surah Al-Insyirah, kemudiannya tiupkan kepada pesakit. Insyaallah akan sembuh dengan izin Allah S.W.T. Kelebihan Surah Insyirah ini sering digunakan oleh pakar perubatan Islam juga.

14. Hajat Mudah Dikabulkan

Apabila anda mempunyai sesuatu hajat yang penting, anda bolehlah kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud di tengah malam. Jangan lupa untuk baca Surah Al-Insyirah sebanyak 103 kali atau lebih banyak mengikut kemampuan. Insyaallah segala hajat anda akan tercapai dan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Banyak lagi kelebihan Surah Al-Insyirah yang harus kita tahu. Jika diamalkan selalu bacaannya, Insyaallah bukan sahaja mendapat kebahagiaan di dunia, malah mendapat kebahagiaan juga di akhirat kelak.

 

 

Sumber:

https://bidadari.my/kelebihan-surah-insyirah/

http://lautan-biru.blogspot.com/2012/01/bacalah-surah-al-insyirah-apabila.html

 

 






 


CUBA BENDA BARU

 Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...