Wednesday, October 14, 2020

Cara elak bibir kering

Sejak-sejak PKP ni, mulut aku selalu sangat kering. Bukan mulut je tapi tangan pun teruk sampai merekah-rekah sebab selalu sangat pakai sanitizer. (Almaklum makcik ni paranaoid sikit, dengan kisah2 penyakit merbahaya ni)

Tetiba lalu dalam msn cara Cara elak bibir kering akibat memakai mask terlalu lama so apa lagi. Mesti jadi satu bacaan wajib bagi aku yang kerap sangat bibir merekah ni. 

Tengok saja la teruk ke tak teruk bibir aku bila merekah.




Dua kali pergi klinik sampai doktor cakap kita buat ujian darah takut simptom Steven Johnson (ayooo doktor, tolong jangan bagi takut sama gua, aku tak demam lorrr. Next time kita tengok plak citer penyakit ni..kalau ada kesempatan)

Copy paste je la... untuk bacaan tahun2 kedepan

Tetapi jika anda sedar, kerana terlalu lama memakai mask bahagian bibir menjadi cepat kering. Kotoran, peluh, air liur malah gincumu semuanya berkumpul di dalam mask hingga menjadikan bibir mudah kering dan pecah-pecah. Oleh itu, rawatlah bibir anda sebelum ia menjadi lebih serius.

1. Elakkan dari menjilat bibir

Tabiat menjilat bibir apabila kering menjadi satu sifat semulajadi. Cuba elakkan perbuatan ini kerana apabila air liur terkena pada bibir kering, ia akan mengeluarkan lembapan dari jaringan bibir. Bakteria yang terdapat dalam air liur juga akan menyerap ke dalam bibir kering. Ini akan menjadikan bibir anda cepat pecah.

2. Eksfoliasi bibir kamu dengan lembut

Tujuan pengelupasan kulit bibir adalah untuk meningkatkan penggantian sel dan menghapuskan kulit mati. Anda boleh biarkan proses pengelupasan terjadi dengan sendiri. Elak dari menggosok kulit bibir terlalu kuat. Boleh juga menyapu minyak atau krim bibir.

3. Elak rumusan lipstik matte

Lipstik matte selalunya dibuat dengan minyak atau emolien paling sedikit dan ini akan memudahkan tekstur bibir menjadi kering dengan cepat. Sebelum memakai lipstick, pastikan anda memakai pelembap bibir atau lip balm dahulu.

4. Sapukan SPF sebelum memakai mask

Bukan hanya wajah, bibir juga perlu disapu SPF (krim pelindung matahari) untuk menjaga kelembapan dan melindunginya dari pancaran kasar matahari. Sinar berbahaya ini akan menyebabkan rasa terbakar pada kulit yang kering. Sekaligus boleh menyebabkan bibir menjadi luka.

5. Jangan pakai mask berulang kali

Mask yang dipakai berkali-kali bukan hanya boleh menyebabkan kulit bibir menjadi kering malah merbahaya kepada anda. Ini kerana bakteria, kotoran, peluh, dan air liur akan terkumpul di dalam mask dan boleh mendatangkan penyakit. Sebaiknya, tukar mask setiap empat jam sekali bagi mengelakkan kamu dijangkiti bakteria dan kekotoran.

Tuesday, October 13, 2020

CHEESETART MONTOK - PALING SEDAP

 

Cheesetart blueberry, strawberry adalah kesukaan anak-anak. Lagipun, memang sendiri pun peminat cheese, jadi semua benda ber’cheese’ menjadi kegilaan. Kalau tak try resepinya pun, pergi kedai mesti beli punya segala jenis makanan bercheezy-cheezy.

Tapi bila ada kesempatan, tak salah nak try. Lagipun jimat sikit bila semua anak-beranak berebut nak makan. Kalau beli, dapat la sorang satu je, kalau buat, boleh makan berulang-ulang.

Satu resepi boleh dapat dalam 30-40 biji tartlet, jadi banyak tu. Cream cheese nya pulak boleh picit ikut suka. Kadang montok, kadang penyek. Ikut dan  tangan nak piping cheese tu.

Ni Antara resepi yang paling kerap aku guna bila nak buat cheesetart. Boleh ikut sebab memang sah jadi. Orang tak reti macam aku pun boleh buat. Sekarang turun dah kat anak-anak.

Antara gambar sememeh anak-anak buat. Jadi kenangan. Dari tak reti jadi reti, dari reti biar jadi pandai pulak nanti yer.






 

CHEESE TART BUNCIT

Resepi Oleh : Azalifah Zakiah

Diambil daripada blog: Azlita Masam Manis

 

Shell Tart

 

125 gm margerin

50 gm gula icing

1 sudu teh esen vanilla

1/2 biji kuning telur ~ gred A

250 gm tepung gandum

5 gm susu Nespray full cream

1/2 sudu besar air sejuk ~ dari peti ais

 

Cara:

Pukul margerine dan gula icing hingga sebati

Tambahkan 1/2 biji kuning telur, esen vanilla, susu full cream, air sejuk dan tepung

Uli sebati dengan senduk kayu

Tekan doh dalam acuan tart 4.5 cm

Buang lebihan doh tepi acuan

Cucuk bahagian tengah dengan garfu

Buah hingga habis adunan dapat dalam 50 ~ 60 keping

Bakar dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 170 C api atas dan bawah selama 20 ~ 25 minit.

 

Cheese

500 gm cream cheese (cheese di keluarkan dari peti ais 15 minit awal )

30 gm butter

100 gm gula icing

1 biji telur gred A (kocok perlahan dahulu )

20 gm non dairy Whipping Cream

Sedikit esen vanilla

 

Cara

Satukan cheese, butter dan gula icing dan putar hingga lembut dan gebu

Masukkan telur

* telur yang kita dah kocok tadi masukkan 1 sudu besar demi 1 sudu ( anggaran 3 sudu besar sahaja jangan lebih )

Kemudian putar sekejap aje

Jika adunan agak pekat atau kental, tambahkan sedikit whipping cream non dairy. Jika adunan sudah lembut tak perlu letak Whipping Cream

* Jika masukkan whipping cream jangan putar guna mesin, hanya gaul dengan senduk atau spatula aje. (Whipping cream tak perlu di putar )

Susun shell tart dalam tray

Letakkan filling di tengahnya

* filing terpulang nak letak apa, bluberry, strawberry, kiwi, Nutella

masukkan cream cheese dalam piping bag

Gunting hujungnya besar sama besar dengan besar lubang shell.

Letakkan cheese dengan memeggang piping bag secara menegak

Letakkan cheese secara membunjut dan menggunung.

Kalau nak lagi buncit , letak lagi tingi dan penuh

Bakar selama 10 ~ 15 minit api atas dan bawah suhu 170 C

Tart masak bila kita sentuh dengan jari, cheese tidak melekat pada tangan


CUBA BENDA BARU

 Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...