Tuesday, October 13, 2020

CHEESETART MONTOK - PALING SEDAP

 

Cheesetart blueberry, strawberry adalah kesukaan anak-anak. Lagipun, memang sendiri pun peminat cheese, jadi semua benda ber’cheese’ menjadi kegilaan. Kalau tak try resepinya pun, pergi kedai mesti beli punya segala jenis makanan bercheezy-cheezy.

Tapi bila ada kesempatan, tak salah nak try. Lagipun jimat sikit bila semua anak-beranak berebut nak makan. Kalau beli, dapat la sorang satu je, kalau buat, boleh makan berulang-ulang.

Satu resepi boleh dapat dalam 30-40 biji tartlet, jadi banyak tu. Cream cheese nya pulak boleh picit ikut suka. Kadang montok, kadang penyek. Ikut dan  tangan nak piping cheese tu.

Ni Antara resepi yang paling kerap aku guna bila nak buat cheesetart. Boleh ikut sebab memang sah jadi. Orang tak reti macam aku pun boleh buat. Sekarang turun dah kat anak-anak.

Antara gambar sememeh anak-anak buat. Jadi kenangan. Dari tak reti jadi reti, dari reti biar jadi pandai pulak nanti yer.






 

CHEESE TART BUNCIT

Resepi Oleh : Azalifah Zakiah

Diambil daripada blog: Azlita Masam Manis

 

Shell Tart

 

125 gm margerin

50 gm gula icing

1 sudu teh esen vanilla

1/2 biji kuning telur ~ gred A

250 gm tepung gandum

5 gm susu Nespray full cream

1/2 sudu besar air sejuk ~ dari peti ais

 

Cara:

Pukul margerine dan gula icing hingga sebati

Tambahkan 1/2 biji kuning telur, esen vanilla, susu full cream, air sejuk dan tepung

Uli sebati dengan senduk kayu

Tekan doh dalam acuan tart 4.5 cm

Buang lebihan doh tepi acuan

Cucuk bahagian tengah dengan garfu

Buah hingga habis adunan dapat dalam 50 ~ 60 keping

Bakar dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 170 C api atas dan bawah selama 20 ~ 25 minit.

 

Cheese

500 gm cream cheese (cheese di keluarkan dari peti ais 15 minit awal )

30 gm butter

100 gm gula icing

1 biji telur gred A (kocok perlahan dahulu )

20 gm non dairy Whipping Cream

Sedikit esen vanilla

 

Cara

Satukan cheese, butter dan gula icing dan putar hingga lembut dan gebu

Masukkan telur

* telur yang kita dah kocok tadi masukkan 1 sudu besar demi 1 sudu ( anggaran 3 sudu besar sahaja jangan lebih )

Kemudian putar sekejap aje

Jika adunan agak pekat atau kental, tambahkan sedikit whipping cream non dairy. Jika adunan sudah lembut tak perlu letak Whipping Cream

* Jika masukkan whipping cream jangan putar guna mesin, hanya gaul dengan senduk atau spatula aje. (Whipping cream tak perlu di putar )

Susun shell tart dalam tray

Letakkan filling di tengahnya

* filing terpulang nak letak apa, bluberry, strawberry, kiwi, Nutella

masukkan cream cheese dalam piping bag

Gunting hujungnya besar sama besar dengan besar lubang shell.

Letakkan cheese dengan memeggang piping bag secara menegak

Letakkan cheese secara membunjut dan menggunung.

Kalau nak lagi buncit , letak lagi tingi dan penuh

Bakar selama 10 ~ 15 minit api atas dan bawah suhu 170 C

Tart masak bila kita sentuh dengan jari, cheese tidak melekat pada tangan


No comments:

CUBA BENDA BARU

 Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...