Every day, I wakes up and Thank you Allah for still waking me up. There are happiness, sadness, joy and passion in my heart. And I would like to write about it.
Wednesday, August 28, 2013
Monday, August 26, 2013
SUNAT PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL
ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Allah, berjaya juga
menyempurnakan ibadah puasa di bulan Syawal. Siapa tak mau bonus yang banyak
kan... Pahala sehingga Setahun berpuasa. Wah banyak tu!
Kekadang tak mengerti bila ada juga yang tidak mahu mengejar
keberkatan dan ganjaran pahala tetapi terkejar-kejar untuk mendapatkan bonus
dan pangkat di tempat kerja walaupun semuanya tak seberapa...Di dalam kita beramal ni jugak ada juga yang berpendapat tidak afdal sekiranya berpuasa sunat sekaligus men’qada’kan puasa Ramadhan...betul ke? Banyak perbezaan pendapat mengenai perkara ini tetapi bagi diri saya, lebih baik kita berpegang kepada satu pendapat sahaja. Perkara ini pernah dirujuk kepada seorang ustazah dan katanya " Buatlah ibadah tersebut yang mana kita mampu"
Jadi pada saya perbezaan pendapat itu sebenarnya memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, selagi mana tiada larangan terhadapnya perbuatan dan amalan tersebut.
Untuk bacaan lanjut boleh la ke laman puasa-enam-bulan-syawal
Di antara manfaat Puasa Enam Syawal adalah:
- Sebagai penampal
terhadap segala kekurangan amalan puasa di bulan Ramadhan.
- Semua amalan mendekatkan
diri kepada Allah SWT. pada Ramadhan, tidak akan terputus dengan
berlalunya bulan mulia itu, selama dia masih hidup.
- Mudah berpuasa selepas Ramadhan
menandakan diterimanya puasa Ramadhan kerana melakukan kebaikan
kemudian diteruskan dengan kebaikan lain, maka ianya sebagai tanda terkabulnya
amal pertama.
- Allah SWT menjauhkan orang
yang berpuasa enam daripada api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun.
- Puasa selepas Aidilfitri
adalah antara tanda kesyukuran atas nikmat pertolongan dan keampunan yang
dianugerahkan Allah ketika Ramadhan.
- Pahala
puasa Ramadhan yang diamalkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini
kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda.
Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan
daripada Tsauban, Rasulullah SAW. bersabda: “Puasa sebulan di bulan Ramadhan sama seperti ia
berpuasa selama 10 bulan dan berpuasa selama 6 hari selepasnya (Syawal)
menyamai puasa 2 bulan. Maka yang demikian bererti (kamu) telah berpuasa untuk
setahun.” - (Hadis riwayat
Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)
Hikmah
atau rahsia puasa enam hari pada Syawal adalah:
- Mendidik kesabaran insan
daripada godaan makanan yang melimpah ruah menerusi rumah terbuka.
- Memberi kesempatan kepada
tubuh untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar
dan dahaga.
- Allah SWT sebenarnya ingin
menguji hamba-Nya apakah sanggup meneruskan puasa selepas sebulan Ramadhan
walaupun hanya enam hari.
- Penyempurna daripada
kekurangan. Pada hari kiamat, perbuatan fardu akan disempurnakan
(dilengkapi) dengan perbuatan sunnah.
- Memberi peluang kepada
wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, menggantikan
puasanya di samping mendapat pahala puasa sunat.
- Mengelakkan budaya suka
melewat-lewatkan qada puasa sehingga hampir Ramadan berikutnya.
- Segera kembali melaksanakan
puasa selepas Aidilfitri dengan rasa ringan dan gembira, adalah bukti
kecintaannya terhadap ibadah puasa.
- Berpuasa selepas Ramadhan
bagaikan orang yang cepat-cepat kembali daripada pelariannya, yakni orang
yang baru lari daripada peperangan fisabilillah lantas kembali lagi.
QADA’ DAN PAHALA SUNAT
Bacaan niat puasa qada’ dan
sunat: (terjemahan)
Daku berpuasa ganti Ramadhan
yang wajib ke atas diriku beserta puasa sunat Syawal pada esok hari, kerana
Allah Ta’ala.
Seseorang yang ingin melakukan puasa qada’ dan puasa enam dalam bulan Syawal, para ulama mempunyai beberapa pandangan di antaranya;
1. Berniat puasa qada’ Ramadhan dan sunat Syawal, akan perolehi dua ganjaran, dengan syarat mendahulukan niat puasa qada’ kerana puasa qada’ adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.
2. Berpuasa qada’ sekalipun tanpa berniat menggabungkannya, ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi, namun pahalanya kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya.
3. Berpuasa qada’ wajib atau sunat pada bulan Syawal akan tetap dapat pahala puasa enam, sekalipun ia tidak berniat dan tidak mengetahui tentang puasa enam. Ini kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW. agar berpuasa pada bulan Syawal.
4. Sesetengah ulama menjelaskan bahawa pahala puasa sunat enam diperolehi juga dengan niat puasa qada’ atau puasa nazar. Maka sesiapa yang uzur atau tertinggal puasa Ramadhan, lalu digantikan pada Syawal, maka pahala sunat puasa Syawal turut diperolehnya..
Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa, sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada’ akan dinilai bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang lebih banyak di sisi Allah SWT.
Menurut pendapat ulama dalam kitab Sabila al-Muhtadin, sekiranya masa tidak mencukupi untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal kerana mengqada puasa Ramadhan, maka dia boleh mengqadanya dalam bulan Zulkaedah.
p/s: Moga Allah menerima amalan kita
Friday, August 16, 2013
Munajat Selamatkan Islam - Mesir
Sebelum ini, IKRAM telah menghantar memo juga
KUALA LUMPUR 15 Ogos - 102 badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Dan Aqsa Syarif menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Mesir di Jalan Ru, Ampang di sini hari ini.
http://live.utusan.com.my/Event/Laporan_Langsung_Utusan_Online_2013
Sama-sama kita doakan keselamatan saudara seislam kita di sana... Semoga ALLAH melindungi umat Islam. Seperti doa munajat rakyat mesir di dataran Rabi’ah al-Adawiyyah, Kaherah pada 27 Ramadhan lalu: (petikan penuh boleh dihayati di ikram doa-munajat )
"Ya Allah, jadilah Engkau untuk kami, jangan jadi ke atas kami. Tolonglah kami, jangan tolong ke atas kami, jadikanlah kekalahan menimpa orang yang zalim ke atas kami. Rancanglah untuk kami, jangan rancang ke atas kami. Selamatkan kami, jangan serahkan kami. Kecewakan mereka, jangan kecewakan kami. Pertahankan kami, jangan serahkan kami. Jangan jadikan kami berputus asa dari rahmat-Mu. Rahmatilah kami dengan rahmat dari sisi-Mu supaya kami tidak mengharap apa-apa rahmat dari selain-Mu."
"Ya Allah, kami hanya serahkan kepada-Mu perampas kuasa yang telah menumpahkan darah kami, membunuh saudara dan saudari kami dan menjadikan negeri kami sempit ke atas kami. Kami serahkan kepada-Mu pengkhianat yang memungkiri janji. Lakukan terhadap mereka apa yang telah Engkau lakukan terhadap kaum 'Aad dan Tsamud. Kami serahkan kepada-Mu penjahat yang membunuh orang yang sedang rukuk dan sujud. Kami serahkan kepada-Mu orang yang menghalalkan darah orang yang tidak berdosa, yang berhimpun secara aman. Ya Allah, turunkan ke atas mereka balasan-Mu yang tidak boleh dihalang dari menimpa kaum yang berdosa."...
"Ya Allah, peliharalah Mesir dan rakyatnya dengan keberkatan-Mu, perlindungan-Mu, dan mata-Mu yang tak pernah tidur. Jadilah Engkau Pelindung dan Penjaga daripada kejahatan dan tipu daya puak yang jahat dan berdosa. Bantulah rakyat Mesir untuk mengangkat kebenaran, mengembalikan syar'iyyah dan menolong agama."
AMIN....
p/s: Sambung munjat untuk selamatkan umat dan akidah islam di negara sendiri
Tuesday, August 6, 2013
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
Mohon ampun maaf kepada semua sekiranya ada salah silap,
terkasar bahasa, tertengking, termarah, terasa hati, terkata, terumpat,
terkutuk, terlaser, dan pelbagai2 ‘ter’ lagi... sesungguhnya semua tu tak
tersengaja.
Semua yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk
datangnya dari saya
Subscribe to:
Posts (Atom)
CUBA BENDA BARU
Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...
-
Al-Insyirah adalah Surah yang ke-94 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri dari 8 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makiyyah. Terjem...
-
SYUKUR - ALHAMDULILLAH Syukur kerana Allah masih memberi peluang kehidupan pada Kami sekeluarga. Mohon permudahkan segala urusan, jauhi seg...