ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Allah, berjaya juga
menyempurnakan ibadah puasa di bulan Syawal. Siapa tak mau bonus yang banyak
kan... Pahala sehingga Setahun berpuasa. Wah banyak tu!
Kekadang tak mengerti bila ada juga yang tidak mahu mengejar
keberkatan dan ganjaran pahala tetapi terkejar-kejar untuk mendapatkan bonus
dan pangkat di tempat kerja walaupun semuanya tak seberapa...Di dalam kita beramal ni jugak ada juga yang berpendapat tidak afdal sekiranya berpuasa sunat sekaligus men’qada’kan puasa Ramadhan...betul ke? Banyak perbezaan pendapat mengenai perkara ini tetapi bagi diri saya, lebih baik kita berpegang kepada satu pendapat sahaja. Perkara ini pernah dirujuk kepada seorang ustazah dan katanya " Buatlah ibadah tersebut yang mana kita mampu"
Jadi pada saya perbezaan pendapat itu sebenarnya memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, selagi mana tiada larangan terhadapnya perbuatan dan amalan tersebut.
Untuk bacaan lanjut boleh la ke laman puasa-enam-bulan-syawal
Di antara manfaat Puasa Enam Syawal adalah:
- Sebagai penampal
terhadap segala kekurangan amalan puasa di bulan Ramadhan.
- Semua amalan mendekatkan
diri kepada Allah SWT. pada Ramadhan, tidak akan terputus dengan
berlalunya bulan mulia itu, selama dia masih hidup.
- Mudah berpuasa selepas Ramadhan
menandakan diterimanya puasa Ramadhan kerana melakukan kebaikan
kemudian diteruskan dengan kebaikan lain, maka ianya sebagai tanda terkabulnya
amal pertama.
- Allah SWT menjauhkan orang
yang berpuasa enam daripada api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun.
- Puasa selepas Aidilfitri
adalah antara tanda kesyukuran atas nikmat pertolongan dan keampunan yang
dianugerahkan Allah ketika Ramadhan.
- Pahala
puasa Ramadhan yang diamalkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini
kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda.
Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan
daripada Tsauban, Rasulullah SAW. bersabda: “Puasa sebulan di bulan Ramadhan sama seperti ia
berpuasa selama 10 bulan dan berpuasa selama 6 hari selepasnya (Syawal)
menyamai puasa 2 bulan. Maka yang demikian bererti (kamu) telah berpuasa untuk
setahun.” - (Hadis riwayat
Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)
Hikmah
atau rahsia puasa enam hari pada Syawal adalah:
- Mendidik kesabaran insan
daripada godaan makanan yang melimpah ruah menerusi rumah terbuka.
- Memberi kesempatan kepada
tubuh untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar
dan dahaga.
- Allah SWT sebenarnya ingin
menguji hamba-Nya apakah sanggup meneruskan puasa selepas sebulan Ramadhan
walaupun hanya enam hari.
- Penyempurna daripada
kekurangan. Pada hari kiamat, perbuatan fardu akan disempurnakan
(dilengkapi) dengan perbuatan sunnah.
- Memberi peluang kepada
wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, menggantikan
puasanya di samping mendapat pahala puasa sunat.
- Mengelakkan budaya suka
melewat-lewatkan qada puasa sehingga hampir Ramadan berikutnya.
- Segera kembali melaksanakan
puasa selepas Aidilfitri dengan rasa ringan dan gembira, adalah bukti
kecintaannya terhadap ibadah puasa.
- Berpuasa selepas Ramadhan
bagaikan orang yang cepat-cepat kembali daripada pelariannya, yakni orang
yang baru lari daripada peperangan fisabilillah lantas kembali lagi.
QADA’ DAN PAHALA SUNAT
Bacaan niat puasa qada’ dan
sunat: (terjemahan)
Daku berpuasa ganti Ramadhan
yang wajib ke atas diriku beserta puasa sunat Syawal pada esok hari, kerana
Allah Ta’ala.
Seseorang yang ingin melakukan puasa qada’ dan puasa enam dalam bulan Syawal, para ulama mempunyai beberapa pandangan di antaranya;
1. Berniat puasa qada’ Ramadhan dan sunat Syawal, akan perolehi dua ganjaran, dengan syarat mendahulukan niat puasa qada’ kerana puasa qada’ adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.
2. Berpuasa qada’ sekalipun tanpa berniat menggabungkannya, ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi, namun pahalanya kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya.
3. Berpuasa qada’ wajib atau sunat pada bulan Syawal akan tetap dapat pahala puasa enam, sekalipun ia tidak berniat dan tidak mengetahui tentang puasa enam. Ini kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW. agar berpuasa pada bulan Syawal.
4. Sesetengah ulama menjelaskan bahawa pahala puasa sunat enam diperolehi juga dengan niat puasa qada’ atau puasa nazar. Maka sesiapa yang uzur atau tertinggal puasa Ramadhan, lalu digantikan pada Syawal, maka pahala sunat puasa Syawal turut diperolehnya..
Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa, sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada’ akan dinilai bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang lebih banyak di sisi Allah SWT.
Menurut pendapat ulama dalam kitab Sabila al-Muhtadin, sekiranya masa tidak mencukupi untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal kerana mengqada puasa Ramadhan, maka dia boleh mengqadanya dalam bulan Zulkaedah.
p/s: Moga Allah menerima amalan kita
No comments:
Post a Comment