Friday, October 4, 2013

Buat Qurban di Luar Negara... Boleh ke Tak?

Image google

Image google


Ni copy paste dari blog ustaz shauqi jer.. kebetulan la akhir2 ni orang ramai bertanya tentang isu hukum qurban di luar negara. Saya memang  buat, buat bersama ahli keluarga lain... booked seekor lembu kongsi dengan adik beradik. Tujuan masing2 la punya cerita, tapi pada saya... bukan setakat untuk ibadah diri sendiri tapi sekurang-kurang saya rasa dapat membantu di tempat2 yang kita semua sedia maklum dengan tahap kemiskinan mereka. Saya rasa macam dapat membantu golongan yang tak mampu di luar sana. Di Malaysia, pun buat juga. Gilir-gilir juga, ikut kemampuan sendiri.... ada juga masanya saya sedekah semuanya. Jadi boleh ke tak buat qurban online ni?

Ucapan terima kasih pada ustaz kerana penjelasan pendek seperti ini:


Hukum Memindahkan Daging Korban/ Melakukan Ibadah Korban ke Tempat Atau Negeri/Negara lain:
  • Mazhab Hanafi berpendapat bahawa makruh hukumnya memindahkan sembelihan korban ke negeri lain seperti zakat, kecuali jika diberikan kepada saudara maranya yang berada di negeri lain atau kepada penduduk negeri lain yang lebih berhajat kepada daging itu berbanding penduduk di negeri sendiri.(1 )
  • Mazhab Maliki pula berpandangan bahawa tidak diharuskan memindahkannya ke kawasan atau negeri yang jaraknya tidak jauh dari tempat korban tersebut dilaksanakan, kecuali penduduk kawasan tersebut lebih berhajat daripada penduduk di kawasan atau negeri sendiri.
  • Mazhab Hanbali dan Syafi’e juga berpandangan seperti Mazhab Maliki. (2) Hukumnya adalah harus menurut mazhab Shafie berasarkan kaedah qiyas dengan pengeluaran zakat di luar Negara di mana sepatutnya didahulukan tempat sendiri.(3)
  • Di Malaysia Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-66 yang bersidang pada 25 Nov 2004 telah memutuskan bahawa harus mengagihkan daging Korban ke tempat atau negara lain.(4)
Berkenaan melakukan ibadat Korban di luar negeri/Negara, Sheikh Muhammad bin Muhammad bin Mukhtar al-Shanqiti berpendapat bahawa ibadah Korban di luar Negara adalah sah dan pelakunya akan mendapat pahala melakukan ibadat Korban. Tetapi yang afdalnya dilakukan di kawasan tempat tinggalnya. Lebih afdal lagi sekiranya dilakukan ibadat Korban di kawasan kediamannya dan juga di luar Negara yang berdepan dengan kesukaran. [5] Dr. Nazim al-Misbah juga menyokong pandangan ini. Beliau menolak pandangan yang mendakwa ibadat Korban di luar Negara adalah sama dengan sedekah biasa[ 6]. Menurutnya lagi pendapat ini tidak ada dalil yang kuat. Bahkan ia bercanggah dengan fakta yang meyatakan bahawa Rasulullah SAW mewakilkan Sayyidina Ali untuk melakukan penyembelihan Korban baginda ketika Haji Wada’.

Kesimpulan, yang afdal dan hukum asal bagi ibadah Korban ialah dilaksanakan di negeri sendiri. Sekiranya dibuat di luar Negara, tidak menjadi kesalahan. Bagi mereka yang mampu, boleh buat dua dua sekali.
 
Bacaan lanjut dan pertanyaan boleh ke hukum-melaksanakan-ibadah-qurban

No comments:

CUBA BENDA BARU

 Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...