Friday, December 27, 2013

Hukum Puasa Hari Jumaat


Hukum Puasa Hari Jumaat


Di dalam mahzab Syafie, hukum berpuasa sunat pada hari Jumaat tanpa disertakan puasa sunat pada hari Khamis atau tidak disertakan puasa sunat pada hari Sabtu adalah makruh.

Dari Muhammad bin Abbad bin Ja’far, “Aku pernah bertanya kepada Jabir: Adakah Nabi melarang berpuasa sunat pada hari Jumaat ? Jabir menjawab: Ya." (HR Muslim).

Dari Juwairiah, “Bahawa Rasulullah SAW masuk kepada saya pada hari Jumaat sedang saya berpuasa. Maka sabdanya: “Adakah engkau sudah berpuasa kelmarin? Saya menjawab: Tidak.Sabdanya: Adakah engkau akan berpuasa esok? Saya menjawab: Tidak. Baginda bersabda:Hendaklah engkau berbuka.” (HR Bukhari)

Nabi bersabda, “Hari Jumaat itu adalah hari Eid (hari raya), maka janganlah jadikan Eid kamu itu sebagai hari kamu berpuasa, kecuali kamu berpuasa sebelumnya atau sesudahnya.” (HR Ahmad)

Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu berpuasa pada Jumaat, kecuali bersama satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya". (HR Muslim).


Copy & paste dari TAZKIRAH_hukum puasa hari jumaat


Puasa di hari jumaat memang tak pernah saya lakukan. Dulu arwah mak selalu peringatkan tentang perkara ini, tapi tak ada la pulak hadis atau dalil yang disertakan. Cuma tau makruh jer. Kebetulan bila ada opismate yang berpuasa di hari jumaat, saya cuba menegur. Katanya, dia tak pernah belajar pun pasai perkara ini.

Aikk... sudah tukar ka??????? Sebabnya saya memang diajar begitu. Jenuh juga nak dijawab pertanyaan macam tu sedangkan kita bukan mualimah, atau ustazah, apatah lagi ulamak.

Perkara di atas sudah pun menjawab soalan tersebut. Alhamdulillah.

Namun, ada tambahannya. Makruh puasa di hari jumaat adalah untuk puasa sunat. Bagi puasa qadha pula, pendapat membolehkannya sebab qadha puasa adalah wajib. Namun, lebih elok rasanya ikut sunnah, kapit kan dengan hari khamis atau sabtu.  Wallahualam...

p/s: Kenapa nak puasa hari jumaat jer sedangkan ada 6 hari lain dalam seminggu walaupun tahu perkara itu makruh? Kekadang niat orang tu buat kita tak faham?????????? Tepuk dada tanya iman, mana satu lebih penting. Keluar lunch dengan kawan atau mengerjakan yang wajib?



Wednesday, December 25, 2013

THE WORLD OF BREAD

THE WORLD OF BREAD

Perlu catat ni, tarikh 15hb December 2013, 9 am- 6 pm

Once in the lifetime.. kena juga pergi kelas membaking ni. Pernah buat..pernah,,... pernah baking..of course, pernah jadi...yes... pernah tak jadi...lagi le selalu. Hahaha...sebab tu la terkinja-kinja nak gi kelas...tambah excited sebab ada Chef Azuan Kamarudin.. dan yang lagi seronok sebab jumpa kengkawan cyber yang tak pernah bersua muka. 

Seronok...seronok...seronok... (walaupun hb tak seronok kena jaga anak dari kul 9 pagi - 7 petang..hehe, sorry ler, sekali sekala ler...qada masa kena tinggal dia main badminton tu...okeis ler tuh)

Apa yang best bila kita attend class:
  • kongsi ilmu, walaupun banyak ilmu kita leh dapat daripada internet sekarang tapi bila di dalam kelas tu lain rasanya sebab kita boleh tanya sendiri semua benda yang kita nak tau..immediately dapat jawapan. 
  • practical, teori sure kita boleh membaca jer tapi bila dpat buat secara live, baru la tahu kenapa ada masa yang tak jadi tu terjadi.
  • there is no stupid question - so faham2 la chef...jangan bengang yer dengan soalan2 seperti budak tadika. Tapi chef ni memang sporting...dia layan jer semua student dia hari tu, cool jer walaupun kekadang cam perangai budak tadika...hahaha
  • jumpa kawan baru. Walaupun mula-mula masuk pintu kelas, tak dak sapa yang dikenali...sembang2 dalam FB tapi semua tak pernah tengok muka... hari tu baru jumpa. Gelak sakan, masa daftar baru ler..haaa...kak XXXX ke?? Ni Era yer..hehehe. Tu ler...lenkali jangan malu sgt letak gambar diri sendiri...akhirnya org kenal gambar roti ler, kucing ler, anak2 ler,,, empunya diri --- mmmmm

10 jenis bun in one day.... i'm so happy
Geng 15 dengan chef ; tagline sampai termimpi -mimpi


Belakang wa Mamazieza, Ratu roti....waaaaa....unbelievable laa

Note: Ini semua gambar cilok daripada FB geng 15 hari tu..Mintak halal yooo...

p/s: satu lagi kenangan meroti - water roux tetiba jadi water rock...dah namanya dok kedah laa hahahaha

Monday, December 16, 2013

Jangan terpedaya dengan produk tiruan @ tidak berdaftar


Sekarang ni banyak sangat lambakan produk2 berasaskan tradisional dan natural di pasaran. Macam-macam nama, macam-macam kegunaan. Untuk bertambah sihat, untuk kurus, untuk gout dan macam2. Kalau tengok iklan2 kat web la, mungkin jugak boleh kata, tak kan ada orang kat Malaysia ni akan pergi jumpa doktor... hehe. Tapi kuasa Allah, siapa boleh lawan??????
Cuma saya nak share kat blog ni pengetahuan yang saya ada untuk produk farmaseutikal (Medicinal products). Produk ubatan dibahagi kepada Generic (scheduled poisons / non-scheduled poisons), Health Supplements, Natural Products (Herbal/Traditional), New Drug Products / NCE, Biologics/Biotech (Vaccine, Blood products, recombinant proteins, etc) atau FDI (Food Drug Interface Products).
Banyak kategori ubatan ni tapi cuma nak tekankan untuk ubatan suplement dan natural products. Perlu diingatkan bahawa setiap produk tradisional atau natural atau herbal atau supplement juga perlu didaftarkan ke Kementerian melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal kebangsaan (BPFK).
Tak yah la nak terangkan apa pulak BPFK tu kan, apa yang penting...KERJASAMA.. adalah cara untuk semua orang dapat access untuk informasi tentang ubat yang diambil. Sekarang semua boleh check di hujung jari.... sama kes dengan halal, kita ada JAKIM, dan untuk ubat pulak kita ada BPFK.
Ini untuk informasi sahaja yer bagi kaum keluarga dan sahabat handai untuk mengetahui produk ubatan mereka ambil tu terjamin dan bukan yang campur palsu (adultered).
This sharing tiada kaitan atau niat untuk memburukkan atau menjatuhkan produk lain yer... pasaran kita kongsi, jangan la ada yang lagak macam kongsi gelap nak buruk2 kan produk lain pulak. (yang ni kena tekankan lebih sikit... sebab dalam donia ini ramai yang hatinya sakit dengan PHD- hasad dengki)
Yang baik kita share kan bersama, yang buruk kita bagitau semua... OK???

Layari website http://www.bpfk.gov.my/


2nd: Click product search (yellow) and system Quest2 (red fonts)



Akan direct ke web page macam kat bawah ni. Then, boleh pilih nak buat carian menggunakan apa sahaja info yang anda tahu tentang produk yang ingin dicari. Contoh; Nak cari produk-produk berdaftar daripada company Forever living (M) Sdn. Bhd. 

Pilih Registration Holder dan taipkan nama Forever, click search



Tada.... semua produk berdaftar di bawah nama company tersebut akan dipaparkan.



Boleh lihat jika produk yang anda gunakan atau ingin gunakan ada mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Tuesday, December 10, 2013

SAKIT ITU RAHMAT, DUGAAN ITU NIKMAT



google image

Sambungan entri http://eracorner.blogspot.com/2013/12/kesihatan-yang-tidak-mengizinkan.html.  Nak masuk 4 minggu dah, kesihatan diri tak begitu memberansangkan. Selesema dan batuk tak hilang-hilang. Jenuh dah cuba try macam2 petua lama, dan ubat-ubatan baru tapi tak juga lega. Rasanya dah berbotol2 ubat ditelan. Orang kata itu, orang kata ini, semua try. Nampaknya Tuhan belum mengizinkan untuk kembali sihat.
Seminggu pertama, ada training di KL, tambah la seksanya rasa badan ni. Bila balik SP jer, terus berulang-alik pulak ke klinik setiap hari amibil nebulizer (yang dah 15 tahun tak ambik). Pastu batuk non-stop sampai muntah-muntah. Tambah pulak kerja di opis yang berlambak setelah outstation dan MC. Memang rasa tak selesa.

Mungkin cuti seminggu dan bermalas-malasan di rumah, akan buat diri ini lebih bertenaga. Tapi kalau dah dasar tak boleh dok diam, mungkin niat jer nak rehat tapi tangan kaki asyik gerak sana sini bila di rumah. Memang dah dasar mak budak kot, bila di rumah sendiri tak reti dok saja.. ada jer kerja rumah yang tak siap.
Jangan merungut! Tau, Faham... kita kena redha dengan kesakitan yang kita alami. Ini Dugaan Allah untuk orang2 nya yang terpilih,..(hahaha teringat pulak ayat tak tahan  seorang bekas opismate ni, walaupun diri sendiri pun jarang mengadapNya... bukan mengata yer.. kenyataan yang empunya diri pun sedar. Mungkin belum seru, katanya lagi)

Siapa yang nak sakit kan? Tiada siapa ingin tapi bila di suatu peringkat, sakit tu mesti datang juga. Sepanjang masa kesihatan mengganggu, ada satu perkongsian dari teman lama yang rasanya sesuai untuk topik ini... Insya Allah.
Kisah Empat Malaikat Yang Mendatangi Orang Sakit http://votreesprit.wordpress.com/2012/08/20/empat-malaikat-yang-mendatangi-orang-sakit

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu pada saat sehat dan pada saat waktu senangnya.”
Ujaran Rasulullah SAW tsb diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili. Dalam hadist yang lain Rasulullah bersabda:
“Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya.”
Allah memerintahkan :
1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.
2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lezatnya makanan dari mulutnya.
3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat pasi.
4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.
Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lezat, dan cahaya di wajah sang hamba.
Namun untuk malaikat ke 4 , Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : “Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?”
Allah menjawab: “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut.”
Dengan ini, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”
Rasulullah SAW juga bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)
 
Jadi, sabar lah jika menghadapi dugaan kesakitan ini. Dengan izin Allah, kemungkinan dirahmati oleh Nya.
 
p/s: Jangan mengeluh bila sakit, jangan bersedih sebaliknya syukur la, Rahmat Allah. Sesungguhnya Allah masih sayang untuk memberikan mu dugaan...kata orang Dugaan itu tanda Allah sayang, itulah Nikmat untuk umatnya
' ALLAH tidak memberi kesusahan kepada seorang hamba melainkan yang terdaya olehnya ( Al-Baqarah : 286)


 

Friday, December 6, 2013

Kesihatan yang tidak mengizinkan



google image


Masih di ambang kesihatan yang tidak begitu mengizinkan... Aktiviti terbaru, cuma berBW jer... tambah kenalan sebab mood untuk menaip juga tidak begitu efisien.

Next week, cuba all out menghadap dan menghapdet helaian di sini

CUBA BENDA BARU

 Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...