Sekarang ni banyak sangat lambakan produk2 berasaskan tradisional dan natural di pasaran. Macam-macam nama, macam-macam kegunaan. Untuk bertambah sihat, untuk kurus, untuk gout dan macam2. Kalau tengok iklan2 kat web la, mungkin jugak boleh kata, tak kan ada orang kat Malaysia ni akan pergi jumpa doktor... hehe. Tapi kuasa Allah, siapa boleh lawan??????
Cuma saya nak share kat blog ni pengetahuan yang saya ada untuk produk farmaseutikal (Medicinal products). Produk ubatan dibahagi kepada Generic (scheduled poisons / non-scheduled poisons), Health Supplements, Natural Products (Herbal/Traditional), New Drug Products / NCE, Biologics/Biotech (Vaccine, Blood products, recombinant proteins, etc) atau FDI (Food Drug Interface Products).
Banyak kategori ubatan ni tapi cuma nak tekankan untuk ubatan suplement dan natural products. Perlu diingatkan bahawa setiap produk tradisional atau natural atau herbal atau supplement juga perlu didaftarkan ke Kementerian melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal kebangsaan (BPFK).
Tak yah la nak terangkan apa pulak BPFK tu kan, apa yang penting...KERJASAMA.. adalah cara untuk semua orang dapat access untuk informasi tentang ubat yang diambil. Sekarang semua boleh check di hujung jari.... sama kes dengan halal, kita ada JAKIM, dan untuk ubat pulak kita ada BPFK.
Ini untuk informasi sahaja yer bagi kaum keluarga dan sahabat handai untuk mengetahui produk ubatan mereka ambil tu terjamin dan bukan yang campur palsu (adultered).
This sharing tiada kaitan atau niat untuk memburukkan atau menjatuhkan produk lain yer... pasaran kita kongsi, jangan la ada yang lagak macam kongsi gelap nak buruk2 kan produk lain pulak. (yang ni kena tekankan lebih sikit... sebab dalam donia ini ramai yang hatinya sakit dengan PHD- hasad dengki)
Yang baik kita share kan bersama, yang buruk kita bagitau semua... OK???
Layari website http://www.bpfk.gov.my/
Layari website http://www.bpfk.gov.my/
2nd: Click product search (yellow) and system Quest2 (red fonts)
Akan direct ke web page macam kat bawah ni. Then, boleh pilih nak buat carian menggunakan apa sahaja info yang anda tahu tentang produk yang ingin dicari. Contoh; Nak cari produk-produk berdaftar daripada company Forever living (M) Sdn. Bhd.
Pilih Registration Holder dan taipkan nama Forever, click search
Tada.... semua produk berdaftar di bawah nama company tersebut akan dipaparkan.
Boleh lihat jika produk yang anda gunakan atau ingin gunakan ada mendapat kelulusan pihak berkuasa.
No comments:
Post a Comment