Friday, January 31, 2014

The Best Aloe for the Best Products - Forever Living



Aloe Barbadensis Miller. It’s a mouthful, but it’s a name worth knowing. 

There are around 400 species of aloe plants. They are all succulents found in arid regions throughout the world. They’re each beneficial in their own ways, but there is only one species that has been recognized for millenia for its magically soothing abilities—Aloe Barbadensis Miller. 

Records of this plant exist on Sumerian clay tablets from as early as 2200 BC. Aloe’s cosmetic and medical benefits were prized the by ancient civilizations of Egypt, China, Greece, Rome, India, and Arabia. Just like these ancient civilizations, Forever Living reveres aloe for its soothing, nurturing properties. 

We rely on the most valuable, most exclusive aloe vera to enhance our health and beauty products. We own all the aloe plantations used to make our products, so we can guarantee the purity and potency of all our products. 

Our aloe vera products were the first to be awarded The International Aloe Science Council’s Seal of Approval. Look for their seal of approval on all of our aloe products.  



KETAHUI KEBAIKAN ALOE VERA, PRODUK ALOE VERA, FOREVER LIVING PRODUK

FAKTA ALOE VERA/LIDAH BUAYA 

Dikenali sebagai "Tongkat Sakti Syurga" oleh orang Asli Amerika dan dipanggil "Doktor Dalam Pasu" oleh penjelajah agung Christopher Columbus, Aloe Vera ataupun Lidah Buaya sememangnya bukanlah suatu pokok yang biasa. Ia juga dikenali dengan nama-nama seperti 'tumbuhan ajaib' dan 'mata air yang mempermudahkan'. Lidah Buaya ialah sejenis tumbuhan yang telah digunakan untuk kesihatan dan kecantikan seawal 4,000 tahun dahulu. Ratu Mesir Cleopatra yang hidup lebih kurang 2,000 tahun dahulu adalah dikatakan menggunakan Lidah Buaya dalam rejim kecantikannya setiap hari untuk menjaga keremajaan kulitnya serta mengekalkan kecantikannya.

Dalam dunia moden hari ini, kegunaan Lidah Buaya yang paling dikenali ramai ialah sebagai ejen untuk melegakan dan memulihkan luka. Akan tetapi, ramai para penyelidik percaya bahawa Lidah buaya boleh membawa lebih banyak manfaat yang lain disamping menolong memulihkan luka.

Bukti yang telah dikumpulkan daripada perakuan pengguna yang berpuas hati dengan penggunaan Lidah Buaya dan eksperimen makmal mencadangkan bahawa Lidah Buaya boleh membantu untuk mengatasi pelbagai keadaan kesihatan daripada masalah kulit hingga ke masalah dalaman yang berkait dengan usus dan sistem imun.

Analisa makmal mendapati gel Aloe Vera menunjukkan bahawa ia mengandungi lebih daripada 200 sebatian termasuk 20 jenis asid amino, 12 antrakuinon, 12 vitamin, 8 enzim, 20 mineral, 4 sterol tumbuh-tumbuhan, monosakarida, polisakarida, saponin, asid salisilik, lignin dan hormon. Tindakan-tindakan bersinergi sebatian-sebatian inilah yang dipercayai memberikan Aloe Vera sifat-sifat anti keradangan, pemulihan luka dan perangsang imunnya yang menolong memperkuatkan sistem pertahanan dan pemulihan badan kita untuk mengatasi pelbagai keadaan kesihatan.

Wednesday, January 29, 2014

TEMPAT-TEMPAT YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA DI MASJIDIL HARAM

ASTAGHFIRULLAH, lamanya entri ini tersimpan dalam draft. Baca blog ustaz saad ni masa nak pergi umrah dulu., kelam kelibut cam ner ntah, sampai sekarang terbengkalai pulak di draft. Satu perkara yang rugi jika tidak di'share'.

Satu mesej yang amat berguna bagi yang mahu menunaikan umrah atau haji. Bagi yang menunaikan haji, mungkin kurang kemampuan tu sebab terlalu umat manusia di sana. Jadi bila termampu tu, elok la dilakukan.Bagi yang ingin menunaikan umrah, lebih baik la cuba untuk pergi ke tempat2 yang disebut. Cari masa dan peluang untuk kita berdoa seperti disaran. Walaupun doa itu didengar walau di mana jua kita berada tapi rasanya tak salah jika usaha sikit untuk melaksanakannya. Saya juga tak mampu membuat semuanya tapi yang mana boleh, saya telahpun mencuba. Alhamdulillah, puas hati dengan usaha sendiri.


Bacaan lanjut boleh ke Panduan Umrah

Antara tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa di Masjidil Haram ialah:

1. Di Multazam iaitu suatu kawasan antara Hajar Aswad dengan pintu kaabah seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam gambar di bawah (di tempat polis berdiri).

2. Di belakang Maqam Ibrahim. Waktu mustajab ialah antara azan Subuh dengan solat Subuh. Di sini disarankan kita berdoa untuk mendapat kebahagian keluarga dan untuk kesembuhan penyakit.

3. Di Belakang Telaga Zam-Zam iaitu kira-kira 7.5 meter kekiri dari 8 saf di belakang maqam Ibrahim. Sehingga pertengahan tahun 90an para jemaah boleh memasuki kawasan telaga zam-zam ini dengan menuruni tangga yang berasingan untuk lelaki dan wanita. Sekarang ini pintu masuk ke kawasan telaga zam-zam telah ditutup untuk meluaskan lagi ruang tawaf / solat. Namun kawasan telaga sekarang ini ditandai dengan sekeping marmar 4 segi selebar 1/2 meter dan berbingkai besi bewarna timah.

4. Di Hijir Ismail dan di bawah pancuran emas. Waktu mustajab berdoa ialah di antara selepas Asar dan azan Maghrib. Di sini elok berdoa untuk mendapat kemurahan rezeki di samping kita bersifat qonaah iaitu rasa cukup ke atas rezeki yang Allah kurniakan. Juga di sini sangat elok berdoa untuk mendapat zuriat.

6. Di Rukun Yamani sebab dikatakan di sini Allah s.w.t. mewakilkan seramai 70 orang malaikat untuk mengaminkan apa yang kita doa. Jadi arah rukun Yamani adalah antara tempat yang paling mulia di Masjidil Haram.

7. Di hadapan pintu kaabah pada bila-bila masa.

8. Tempat sujud Jibrail dan Nabi s.a.w. ketika Jibril mengajar Nabi solat lima waktu. Satu meter ke kanan dari pintu kaabah. Tempat ini ditandai dengan ceramik bewarna coklat pada syazarwan sebanyak 7 keping.

9. Tempat asal makam Irahim (melekat ke dinding kaabah)- 3 meter dari tempat sujud Jibril, ditandai dengan marmar bewarna cream di syazarwan. Di atas marmar tersebut terdapat tulisan ayat kursi versi tulisan arab lama (tidak ada titik).

p/s: Moga info ini sedikit sebanyak membantu ketika berada di sana. Amin

Wednesday, January 22, 2014

Think, Think, Think

Malam ni tak tau la nak tido pukul berapa, jam 10 mlm baru nak start buat keja semula. Kat opis...kat opis la, tapi kat rumah pun kena buat jugak. Rajin nya,,,, poooooh... tak ada nya rajin. Kat opis aku la orang paling meluat berada di opis. Paling suka datang lambat dan balik awal. Terpaksa jer ni... sebab kerja tu ibadah... tanggungjawab kena buat.

Balik awal pun, kebelakangan ni kerap sangat terpaksa bukak pc kat rumah continue keja. Kat opis mana ntah orang bijak pandai block USB connection  sampai system pun kena block. Pastu bila kita ngadu kat IT department, buat budus... salahkan sistem plak... System memang slow giler tapi slow-slow pun kat rumah boleh access... So bukan salah sistem le kan... yang lawaknya berkerja di sini, bagitau macam tu pun tetap sistem tu salah, siap suruh contact certificate owner la..memacam. Malas nak layan. Time rajin, boleh bawa keja balik, time malas, bagi email 10 kali sehari kat depa pulak... kalau tak bolayan jugak, cc jer bos. Wah, seminit lepas tu sure ada yang membantu...hehehe

Bercerita lagi pasal kerja ni, semalam dapat email daripada bos paling besar. Mr. George @ Joji Nakayama, President and CEO Daiichi Sankyo Co. Ltd. Jepun. Panjang jugak la  teks ucapan awal tahunnya. Yang menariknya tentang '4 changes to approach work'. I like....(boleh baca petikannya di bawah)

And from my interpretation:
1) Always to be sure what we are doing is right... Don't feels guilty for doing the right thing, even everybody will hate you...Ada aku kesah!!!!!!!! 10 orang tak bercakap dengan aku di opis is better sebab bila dia start see me, that only means work.

2) Speed up - We don't need anybody macam 'siput' di merata opis. Satu keja yang boleh settle 10min pun ambil masa 10 hari... sebulan... setahun... waduh... susah ati luo... gue capek dengan orang sama gini...

3) Best use of time and money. Ada orang cakap aku kedekut, for me it just mean that I can manage my money well.. I'm going back at 6 sharp.. I do know how to manage my time, right... Buleh gitu.

4) Think, think, think. Ramai di opis ni kurang berfikir, tapi cakap banyak. (in my opinion la) Mungkin salah or right.

Kalau ada yang berfikiran waras selalu pulak ada yang bangkang. Jadi, they should hire more thinkers than talkers…(betul ke pepatah English aku ni…hahahha..belasah jer la. Janji diri sendiri faham)

Dan sebab tu aku pilih tajuk ni... Nakayama - san memang brilliant to think of those 4, even not everything I'm agree with...(ada jer benda yang aku nak pusing) 

quote from Mr. George Nakayama

Friday, January 17, 2014

Zikir Penenang Hati

Setiap perkara yang kita lakukan mulakan @ akhirilah dengan zikir.


p/s: Lately, tekanan kerja @ rutin di rumah menyesakkan fikiran. Mohon keampunan dariMu Ya Allah, Kau tunjukkan jalan yang Kau pilih untukku.. Amin


Wednesday, January 8, 2014

GAJI NAIK SEBAB GST TAHUN DEPAN?

Gaji pekerja mesti dinaikkan berikutan pelaksanaan GST tahun depan

KPMG Malaysia menggesa sektor awam dan swasta supaya menaikkan gaji pekerja mereka secara berperingkat-peringkat berikutan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) April tahun depan.
Rakan Pengurusan baharu dilantik Johan Idris mencadangkan kenaikan 6% setahun bagi membantu pekerja menangani kos sara hidup yang tinggi di Malaysia.
 
Lagi di - http://my.news.yahoo.com


SETUJU??? Setujula  sangat. Kalau bab naik gaji mesti la semua pekerja di Malaysia ni setuju. Tapi pelaksanaannya, mungkin terlalu sukar. Sedangkan kenaikan gaji ke RM900 yang dah setahun berlalu tu pun masih ada majikan yang merangkak-rangkak nak buat.

Bercakap pasai gaji ni, pada pendapat aku gaji setiap tahun perlu ada kenaikan. Bagus untuk motivasi pekerja dan baik untuk keperluan sekeluarga yang semakin hari semakin meningkat. Bagi syarikat IKS mungkin la satu perkara yang agak susah dipenuhi. Pekerja kena la terima keadaan syarikat mereka seadanya. Tapi bagi pemilik industri yang besar (macam company R*****Y ni) tak mungkin setiap bulan asyik tak untung je kan. Macam tak percaya la pulak (buleh ke percaya???). Nak cakap banyak tak boleh juga sebab tak jaga account. Yang pastinya, kalau company ni tak ada $$$$ sebab banyak sungguh membazir tambah pulak apabila bos2 besar pi mai pi mai balik dari KL – SP. Sebab atau keperluan, mereka lebih memahami. Yang kami nampak, tak ada apa fungsi. Setakat nak hapdet berapa barang boleh keluar, email dan telephone sudah cukup advance technology yang boleh digunapakai.

Malas cakap pasai depa, cuma nak cakap pasai increment ni. Yang penting bila bab increment, evaluator kena adil dan saksama. Hal-hal peribadi sepatutnya bukan satu sebab nak bagi markah kesian kat depa. Amanah seorang bos perlu ada.

Sebagi ketua, kena la adil kalau anak buah tu lebih daripada seorang. Tak kan sebab dia ada anak, nak kena bagi lebih walaupun kerja satu pun tak jalan. Mai ofis, bukak computer, baca surat khabar, baca blog sampai ke petang. Harus ke nak menatang bagai minyak yang penuh manusia seperti ini? Kalau sebab anak, aku ni lagi patut bagi lebih, anak2 aku 2 orang eczema, setiap bulan berpuluh, beratus gak abis kat cream and ubat depa. Tak mo bagi increment kesian ka, kah kah kah

Sesungguhnya kekadang terasa jugak sedih, bila orang lain punya Key Result Area (KRA) yang dikatakan sebagai based for evaluation of performance tu dapat kurang tetiba increment depa lagi tinggi. Kerap sangat dah jadi pada aku tapi akhirnya, kita kena redha, rezeki kita takat tu. (nak sedapkan hati ke). Tak juga cuma berserah jer la pada Allah. Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk aku.

Moga Allah memberi jalan yang lebih afdal untuk aku pada tahun ini.

Tapi .... Increment tetap kena ada!

 

p/s: Mengharap yang terbaik dariNya, Insya Allah. Emosional sikit bulan januari ni...uwaaaaaaaaaaa...byk nya melayang! Sambung lenkali

 

 

Sunday, January 5, 2014

SEMPENA TAHUN BARU

 
Tak berapa nak sihat lagi, bila la nak sihat ni. Dalam kepala semakin banyak benda nak buat. Plan semakin memanjang list. Betul ke, nak buat semua ni. Insya Allah
Tapi dengan kesihatan yang tidak mengizinkan, di tambah pulak dengan anak-anak yang semakin suka menyemak rumah...Adusss, makin pening la mama. Tolong, bibik nak import, mahal pulak. Takut pulak memacam jadinya. Yang muka bukan main baik pun tetiba lari (kes abang sendiri ni, kenal lama lak tu), nak gaji orang M'sia, tak dak pulak yang nak jadi bibik. Nak resign??????(huh), sapa nak bagi gaji???? Tetiba makin pening kepala
Bila nak hilang selesema dan batuk ni. Sakit badan dah ni...
 
V
V
V
V
V
V
V
 
Tapi bila rehat, badan ni makin sakit pulak. Apa nak buat?


DUGAAN ALLAH,
Mungkin sifat mazmumah masih banyak di dalam diri ini (terutamanya Syarrut ta‘am & Syarrul kalam). Masa untuk reset diri dan minda.
Mungkin ada rahmat di sebaliknya. Menyerah padaNya, Memohon pada Nya, Moga dipermudahkan
Aminn
 
 
 
Sempena Tahun Baru

CUBA BENDA BARU

 Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...