Wednesday, January 29, 2014

TEMPAT-TEMPAT YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA DI MASJIDIL HARAM

ASTAGHFIRULLAH, lamanya entri ini tersimpan dalam draft. Baca blog ustaz saad ni masa nak pergi umrah dulu., kelam kelibut cam ner ntah, sampai sekarang terbengkalai pulak di draft. Satu perkara yang rugi jika tidak di'share'.

Satu mesej yang amat berguna bagi yang mahu menunaikan umrah atau haji. Bagi yang menunaikan haji, mungkin kurang kemampuan tu sebab terlalu umat manusia di sana. Jadi bila termampu tu, elok la dilakukan.Bagi yang ingin menunaikan umrah, lebih baik la cuba untuk pergi ke tempat2 yang disebut. Cari masa dan peluang untuk kita berdoa seperti disaran. Walaupun doa itu didengar walau di mana jua kita berada tapi rasanya tak salah jika usaha sikit untuk melaksanakannya. Saya juga tak mampu membuat semuanya tapi yang mana boleh, saya telahpun mencuba. Alhamdulillah, puas hati dengan usaha sendiri.


Bacaan lanjut boleh ke Panduan Umrah

Antara tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa di Masjidil Haram ialah:

1. Di Multazam iaitu suatu kawasan antara Hajar Aswad dengan pintu kaabah seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam gambar di bawah (di tempat polis berdiri).

2. Di belakang Maqam Ibrahim. Waktu mustajab ialah antara azan Subuh dengan solat Subuh. Di sini disarankan kita berdoa untuk mendapat kebahagian keluarga dan untuk kesembuhan penyakit.

3. Di Belakang Telaga Zam-Zam iaitu kira-kira 7.5 meter kekiri dari 8 saf di belakang maqam Ibrahim. Sehingga pertengahan tahun 90an para jemaah boleh memasuki kawasan telaga zam-zam ini dengan menuruni tangga yang berasingan untuk lelaki dan wanita. Sekarang ini pintu masuk ke kawasan telaga zam-zam telah ditutup untuk meluaskan lagi ruang tawaf / solat. Namun kawasan telaga sekarang ini ditandai dengan sekeping marmar 4 segi selebar 1/2 meter dan berbingkai besi bewarna timah.

4. Di Hijir Ismail dan di bawah pancuran emas. Waktu mustajab berdoa ialah di antara selepas Asar dan azan Maghrib. Di sini elok berdoa untuk mendapat kemurahan rezeki di samping kita bersifat qonaah iaitu rasa cukup ke atas rezeki yang Allah kurniakan. Juga di sini sangat elok berdoa untuk mendapat zuriat.

6. Di Rukun Yamani sebab dikatakan di sini Allah s.w.t. mewakilkan seramai 70 orang malaikat untuk mengaminkan apa yang kita doa. Jadi arah rukun Yamani adalah antara tempat yang paling mulia di Masjidil Haram.

7. Di hadapan pintu kaabah pada bila-bila masa.

8. Tempat sujud Jibrail dan Nabi s.a.w. ketika Jibril mengajar Nabi solat lima waktu. Satu meter ke kanan dari pintu kaabah. Tempat ini ditandai dengan ceramik bewarna coklat pada syazarwan sebanyak 7 keping.

9. Tempat asal makam Irahim (melekat ke dinding kaabah)- 3 meter dari tempat sujud Jibril, ditandai dengan marmar bewarna cream di syazarwan. Di atas marmar tersebut terdapat tulisan ayat kursi versi tulisan arab lama (tidak ada titik).

p/s: Moga info ini sedikit sebanyak membantu ketika berada di sana. Amin

No comments:

CUBA BENDA BARU

 Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...