KPMG Malaysia menggesa sektor awam dan swasta supaya menaikkan gaji pekerja mereka secara berperingkat-peringkat berikutan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) April tahun depan.
Rakan Pengurusan baharu dilantik Johan Idris mencadangkan kenaikan 6% setahun bagi membantu pekerja menangani kos sara hidup yang tinggi di Malaysia.
SETUJU??? Setujula sangat. Kalau bab naik gaji mesti la semua pekerja di Malaysia ni setuju. Tapi pelaksanaannya, mungkin terlalu sukar. Sedangkan kenaikan gaji ke RM900 yang dah setahun berlalu tu pun masih ada majikan yang merangkak-rangkak nak buat.
Bercakap pasai gaji ni, pada pendapat aku gaji setiap tahun perlu ada kenaikan. Bagus untuk motivasi pekerja dan baik untuk keperluan sekeluarga yang semakin hari semakin meningkat. Bagi syarikat IKS mungkin la satu perkara yang agak susah dipenuhi. Pekerja kena la terima keadaan syarikat mereka seadanya. Tapi bagi pemilik industri yang besar (macam company R*****Y ni) tak mungkin setiap bulan asyik tak untung je kan. Macam tak percaya la pulak (buleh ke percaya???). Nak cakap banyak tak boleh juga sebab tak jaga account. Yang pastinya, kalau company ni tak ada $$$$ sebab banyak sungguh membazir tambah pulak apabila bos2 besar pi mai pi mai balik dari KL – SP. Sebab atau keperluan, mereka lebih memahami. Yang kami nampak, tak ada apa fungsi. Setakat nak hapdet berapa barang boleh keluar, email dan telephone sudah cukup advance technology yang boleh digunapakai.
Malas cakap pasai depa, cuma nak cakap pasai increment ni. Yang penting bila bab increment, evaluator kena adil dan saksama. Hal-hal peribadi sepatutnya bukan satu sebab nak bagi markah kesian kat depa. Amanah seorang bos perlu ada.
Sebagi ketua, kena la adil kalau anak buah tu lebih daripada seorang. Tak kan sebab dia ada anak, nak kena bagi lebih walaupun kerja satu pun tak jalan. Mai ofis, bukak computer, baca surat khabar, baca blog sampai ke petang. Harus ke nak menatang bagai minyak yang penuh manusia seperti ini? Kalau sebab anak, aku ni lagi patut bagi lebih, anak2 aku 2 orang eczema, setiap bulan berpuluh, beratus gak abis kat cream and ubat depa. Tak mo bagi increment kesian ka, kah kah kah
Sesungguhnya kekadang terasa jugak sedih, bila orang lain punya Key Result Area (KRA) yang dikatakan sebagai based for evaluation of performance tu dapat kurang tetiba increment depa lagi tinggi. Kerap sangat dah jadi pada aku tapi akhirnya, kita kena redha, rezeki kita takat tu. (nak sedapkan hati ke). Tak juga cuma berserah jer la pada Allah. Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk aku.
Moga Allah memberi jalan yang lebih afdal untuk aku pada tahun ini.
Tapi .... Increment tetap kena ada!
p/s: Mengharap yang terbaik dariNya, Insya Allah. Emosional sikit bulan januari ni...uwaaaaaaaaaaa...byk nya melayang! Sambung lenkali
No comments:
Post a Comment