Hari Raya Aidil Adha 2014 yang lalu

Hari Raya Aidil Adha 2014 yang lalu...

Cerita lapuk dah kalau blogger lain. Bukan malas, tapi asyik tertunda saja masa yang ada. Macam ada banyak kerja yang nak dibuat sampai kerja update blog ini dilupakan seketika.

Sudah 2 tahun, mak mertua buat korban di rumahnya. Dengar cerita memang syok la tapi bila buat sendiri, agak penat jugak la seisi rumah. Namun, yang penting semua orang 'happy'.

Yang paling 'happy' mestilah budak berdua ni. Farees dan Irfan memang menunggu nak tengok 'sembelih' lembu daripada awal lagi. Sehari sebelum pun dah 'round' taman tengok lembu-lembu yang dikorbankan tu diikat. Siap pi pegang lagi. Mujur la tak mengamuk lembu tu. 

Untuk proses sembelihan kali ini pun dibuat di tempat lain. Barulah bahagian-bahagian korban itu dibawa ke rumah untuk dilapah dan dibahagi. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan gotong-royong melapah daging juga dibuat dengan cepat.


Saja nak bergambar dengan kepala lembu
Yang tak buat keja rileks lebih
Apa yang penting kerjasama
Lagi ramai, lagi meriah
Lepas solat Raya, kita ambil gambar dulu sambil menunggu lembu 2 ekor disembelih



Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكاً لِّيَذْكُرُواْ ٱسْمَ ٱللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُمْ مِّن بَهِيمَةِ ٱلأَنْعَامِ 

Maksudnya: "Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syari‘atkan ibadat menyembelih korban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka daripada binatang-binatang ternak yang disembelih itu".(Surah al-Hajj: 34)

Comments

Popular posts from this blog

SAKIT ITU RAHMAT, DUGAAN ITU NIKMAT

Kejahatan Ibu Bapa Terhadap Anak

Jangan terpedaya dengan produk tiruan @ tidak berdaftar