Monday, May 18, 2020

MONDAY BLUES - MOTIVASI UNTUK HARI INI

 “Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves.”

Qur'an (13:11)


Thursday, May 14, 2020

PANDUAN CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE

PANDUAN CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE MELALUI LEMBAGA ZAKAT NEGERI DAN PERBANKAN INTERNET

Berikut MYsumber kongsikan cara untuk membuat pembayaran zakat fitrah secara online mengikut negeri pada bulan Ramadhan dengan menggunakan perbankan internet serta aplikasi telefon mudah alih. Disertakan sekali hukum membayar zakat fitrah secara online serta maklumat lain berkaitan bagi kefahaman dan rujukan orang ramai

PELAKSANAAN ZAKAT FITRAH SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Berikut adalah maklumat penting pelaksanaan kutipan zakat fitrah bagi tahun 1441H/2020M

  • Ø  Zakat fitrah akan dilaksanakan pada tahun ini dan perlu ditunaikan oleh individu Muslim yang berkemampuan
  • Ø  Semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) seluruh Malaysia akan mengoptimumkan kaedah pembayaran zakat fitrah secara atas talian (online)
  • Ø  Golongan yang kemampuan ekonominya terjejas disebabkan PKP dan situasi COVID-19 ketika ini, bayaran zakat fitrah boleh ditunaikan dengan kadar minimum yang telah ditetapkan oleh pijak MAIN dan AMZ mengikut kemampuan diri dan keluarga
  • Ø  Pembayaran zakat fitrah melalui amil yang dilantik masih disediakan oleh hampir semua MAIN dan AMZ, tetapi dijalankan pada tahap minimum
  • Ø  Arahan dan tatacara kawalan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia masih perlu dilaksanakan bagi kaedah bayaran secara manual
  • Ø  Amil atau pembayar yang kurang sihat tidak dibenarkan memungut atau menunaikan zakat fitrah pada waktu tersebut
  • Ø  Individu yang disahkan positif COVID-19 / baru sembuh / dalam kategori Pesakit Dalam Siasatan (PUI) atau Person Under Surveillance (PUS) hendaklah mewakilkan pembayaran kepada ahli keluarga atau waris yang sihat
  • Ø  Kaunter zakat fitrah di tempat tumpuan awam seperti pasar raya tidak disediakan 

HUKUM BAYAR ZAKAT SECARA ONLINE

Berdasarkan maklumat daripada Pusat Zakat Melaka, zakat bagi seseorang adalah sah dari segi syariat sekiranya telah berlaku dua perkara iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat. Hukum lafaz akad dalam bayaran zakat adalah Harus. 

PAUTAN BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE SETIAP NEGERI

Berikut adalah pautan untuk membayar zakat secara online bagi setiap negeri

Negeri

Pautan

Negeri Perlis LogoPerlis

MAIPS |  SnapNPay

Negeri Kedah LogoKedah

Zakat Kedah | Asnafcare | Zakat On Touch

Negeri Penang LogoPulau Pinang

Zakat Penang | GoPayZ | SnapNPay

Negeri Perak LogoPerak

eZakat MAIAMP | GoPayZ | SnapNPay

Negeri Selangor LogoSelangor

Zakat Selangor | GoPayZ | Boost | MyEG

Negeri Sembilan LogoNegeri Sembilan

Zakat NS | ZakatN9 | SnapNPay  | JomPAY

Negeri Melaka LogoMelaka

Zakat Melaka | QRPay Bank Muamalat

Negeri Johor LogoJohor

MAIJ | SnapNPay

Negeri Pahang LogoPahang

Zakat Pahang | eZakat MUIP

Negeri Terengganu LogoTerengganu

MAIDAM |  SnapNPay

Negeri Kelantan LogoKelantan

e-MAIK | MyMaik 

Negeri Sarawak LogoSarawak

Tabung Baitulmal Sarawak | Baitulmal Kamek | MyEG | SnapNPay

Negeri Sabah LogoSabah

MUIS | MyEG | SnapNPay |  JomPAY

WP Kuala Lumpur LogoKuala Lumpur
WP Putrajaya LogoPutrajaya
WP Labuan LogoLabuan

PPZ MAIWP | PayHalal | MyEG | Pos Online

Credit info dari https://www.mysumber.com/bayar-zakat-online.html 

Bagi Negeri Kedah pula:

Boleh terus ke laman web https://jom.zakatkedah.com.my/

 


Buat pilihan amaun yang hendak dibayar dan berapa orang. Kemudian boleh terus transfer mengikut bank pilihan masing-masing. 

 

 


 Done. Senang sangat sekarang. 

Moga urusan kita pun dipermudahkan pada tahun ini. Aamiin




 


Monday, May 11, 2020

34 MUTIARA KATA ARWAH USTAZ DATO` ISMAIL KAMUS

Ini antara 34 mutiara kata Ustaz Dato' Ismail KAMUS. Viral di media sosial selepas pemergian beliau. 



Bacalah. Semoga ada yang memberi manfaat pada kita sebagai rantai pahala beliau.

1. "Dalam perjuangan, penat akan hilang, tetapi pahala akan berpanjangan"

2. "Memang baik menjadi orang penting. Tetapi lebih penting menjadi orang baik"

3. "Kita bukan gila kuasa. Tetapi kita mahu mengambil kuasa daripada orang gila"

4. "Bukan kematian itu yang harus ditakuti. Tetapi kehidupan setelah kematian itu lah yang harus ditakuti"

5. "Sedekah itu tabung akhirat. Jangan kita anggap yang sedikit tu sedikit. Walhal orang yang tidak memberi tu, lagi memiliki sedikit"

6. "Jangan jadi macam burung unta. Burung bukan, unta pun bukan. Sama macam manusia, nak kata islam pun bukan, bukan islam pun bukan. Waktu nikah islam, mati pun ikut islam. Tapi, masa hidup tak nak ikut islam"

7. "Dunia bukan tempat berehat, tetapi tempat beribadah"

8. "Boleh makan semua yang halal, tetapi jangan berlebihan"

9. "Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda"

10. “Bila kita tidur, jantung kita jalan. Bila kita berlari, jantung kita jalan. Bila kita berhenti, jantung kita jalan. Bila jantung kita berhenti, kita jalan"

11. “Kalau seksa neraka boleh dilihat dengan mata, masjid 16 tingkat pun takkan muat untuk jemaah untuk tunaikan solat”

12. "Azan bermula dengan Allahuakhbar untuk menyatakan pada kita bahawa yang sebenarnya Allah lah yang Maha Besar. Diikuti dengan pengakuan tuhan yang wajib disembah ialah Allah dan akui nabi Muhammad sebagai nabi Allah. Lepas tu baru laungan ajak solat"

13. "Ketika azan subuh kedengaran, berapa ramai yang hatinya tersentak untuk solat berjemaah? Berapa ramai yang melihat jemputan bilal tu sebagai jemputan akhirat?"

14. "Solat adalah kerehatan. Pasal ketika solat sepatutnya kita lupakan keresahan, kerisauan dan kepenatan dunia ni"

15. "Barangsiapa menanam padi, lalang akan tumbuh. Barangsiapa menanam lalang, padi tak akan tumbuh. Kalau cari akhirat, dunia akan dapat tetapi kalau cari dunia, akhirat tak akan dapat"

16. "Kita sedia maklum bahawa masa yang diperuntukkan oleh Allah kepada kita ada 3 sahaja. Iaitu, semalam, besok dan, hari ini. Yang semalam dah tak ada, yang besok belum tahu lagi, yang tentu ada sekarang. Maka kita gunakan masa yang sangat sedikit itu untuk mendekatkan diri kepada Allah"

17. "Ibadat jangan tunggu masa lapang. Kita yang melapangkan masa untuk ibadat"

18. "Amalkan setiap hari, solat berserta solat sunat. Baca AlQuran (pagi Yasin, malam pula AlMulk, AsSajadah, dan AlWaqiah). Zikir Allah (100 kali), tahlil (300 kali), selawat (100-1000 kali), istighfar (100 kali) dan sedekah"

19. "Tuntutlah ilmu kerana 3 tujuan.
1. menghilangkan kejahilan,
2. beramalah dengan ilmu tersebut; dan
3. mengajarkan orang dengan ilmu yg ada"

20. "Janganlah pula setelah berilmu, kita memperbodoh-bodohkan org lain"

21. "Jagalah hati sampai mati"

22. "Orang berakal wajib solat. Orang gila tak wajib solat. Orang tak solat orang gila"

23. "Yang suka asap ni, jin je"

24. "Jangan dipandang kepada berapa besar dosa yg dibuat tetapi pandanglah kepada siapa kita berbuat dosa itu"

25. "Sebenarnya duit yg kita derma itulah bahagian kita punya. Yang simpan dlm poket tu belum tentu lagi. Boleh jadi pomen punya, boleh jadi klinik punya, yg semestinya waris punya. Kita punya yg mana? Yg kita sedekah itulah yg kita punya"

26. "Dibimbangi maksiat kita membuatkan Allah murka kepada kita, walaupun maksiat itu kecil. Bimbang kita tak sempat bertaubat"

27. "Tidur itu mati sementara. Mati itu mati selama-lamanya"

28. "Cinta dan sayang pada Ulama’ kerana Ulama’ adalah pewaris Nabi"

29. "Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat"

30. Al fulusu fik Dunia, walmamfus fil ahirah... (gurau beliau yang ditujukan kepada yg suka rasuah)

31. "Naik sampan kecil pun laut berombak, naik kapal besar pun tetap laut itu berombak. Adakah kita mengelak ombak Tuan-tuan? Tidak, kita tetap belayar lautan berombak itu. Begitulah juga dalam perkahwinan, ada masalah jangan lari, lalui ombak yang tetap berombak itu"

32. "Beruk atas pokok, kalau angin ribut kencang lagi kuat dia peluk pokok tu. Tapi kalau angin sepoi-sepoi, boleh tertidur dan silap-silap jatuh beruk dari atas pokok. Dalam perkahwinan, jangan keras-keras, cakap kena lemah lembut. Para suami, ingat falsafah beruk ni"

33. "Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

34. "Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam AlQuran sebulan dua kali"



Ustaz Dato' Ismail Kamus (2 Disember 1948 – 8 Mei 2020) ialah seorang pendakwah bebas Malaysia. Dato’ Ismail Kamus pernah menimba pengalaman sebagai guru, pegawai penyelidik dan pegawai dakwah selain bertugas selama 15 tahun di Jabatan Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Pusat Islam. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai pakar rujuk Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat Islam sebelum bersara secara pilihan. Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat, 8 Mei 2020, pukul 12.30 tengah malam di kediamannya di AmpangSelangor.

Tuesday, May 5, 2020

CARA HILANGKAN RASA MENGANTUK

05-MAY-2020 (12 RAMADHAN 1441)

Mula dah mengantuk bila waktu rehat. Kadang-kadang rasa macam nak letak je kepala di meja. Kalau boleh tidur sekejap. Waktu rehat pun ada 30 minit. 

Tapi bile di pejabat, masa nak lelap tu la terngiang-ngiang bunyi orang belakang, bunyi tapak kaki la, bunyi orang sembang dan gelak ketawa. Sakan sangat sampai hilang rasa nak terlelap tadi tu. Bila habis waktu rehat, mula la mengantuk semula.

Aduss... lambat lagi nak balik. Baru jam 1-00 petang ni. Boleh ke menampung mata yang semakin kuyu ni. Kerja banyak belakang kira bila mata mengantuk. Bukan boleh nak baca apa pun depan PC ni.

Yup... kita stop dulu sekejap. Rehatkan minda, rehatkan badan. Tegang dan regangkan yan mana patut. Duduk berjam pun nanti buat sakit belakang je.. Nak joget kang........ mesti ada orang cakap merapu belakang pulak. Bos pun nanti menyibuk.


CARA MENGURANGKAN RASA MENGANTUK KETIKA KERJA

1. Tarik Nafas

2. Jom sembang dengan kawan-kawan pulak. 

3. Minum / makan - tapi sebab sekarang puasa. Kita abaikan step ni

4. Basuh muka

5. Berjalan - jangan jalan kat shopping complex nanti terlajak jugak masa rehat. paling sadis terlajak duit terkeluar pulak kang

6. Exercise. Bukan ala-ala zumba, kena reti yang kita tengah duk kat opis. Jadi lakukan regangan ringkas je. Light exercise


7.  Cuba amalkan sepotong ayat dalam Ayat Qursi



" LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

maknanya: “[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”





Monday, May 4, 2020

MULAKAN KERJA DENGAN IKHLAS DAN BERKAT

MONDAY BLUES. Tiap hari isnin permulaan minggu memang seksa nak mulakan kerja pejabat. Tambah pula bila jumaat lepas Labour Day. Hari bersantai di rumah dengan famili.

Namun, kerja tetap kena kerja. Rezeki kena cari juga selagi hidup di bumi fana ini.

Rezeki yang paling baik adalah rezeki yang dipenuhi dengan berkat iaitu rezeki yang walaupun sedikit tetapi mencukupi, manakala rezeki yang tidak baik adalah rezeki yang diperoleh dengan banyak, tetapi tidak mendatangkan manfaat, tidak pernah cukup dan tidak berkat.

Oleh itu, mulakan hari bekerja anda dengan niat ikhlas untuk mendapat keberkatan Nya. Moga hari ini lebih baik. Mulakan dengan doa sebelum memulakan sebarang kerja. 





I am trying very hard to keep it up. Sleepy and demotivated while in the office



CUBA BENDA BARU

 Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...