Thursday, May 14, 2020

PANDUAN CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE

PANDUAN CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE MELALUI LEMBAGA ZAKAT NEGERI DAN PERBANKAN INTERNET

Berikut MYsumber kongsikan cara untuk membuat pembayaran zakat fitrah secara online mengikut negeri pada bulan Ramadhan dengan menggunakan perbankan internet serta aplikasi telefon mudah alih. Disertakan sekali hukum membayar zakat fitrah secara online serta maklumat lain berkaitan bagi kefahaman dan rujukan orang ramai

PELAKSANAAN ZAKAT FITRAH SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Berikut adalah maklumat penting pelaksanaan kutipan zakat fitrah bagi tahun 1441H/2020M

  • Ø  Zakat fitrah akan dilaksanakan pada tahun ini dan perlu ditunaikan oleh individu Muslim yang berkemampuan
  • Ø  Semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) seluruh Malaysia akan mengoptimumkan kaedah pembayaran zakat fitrah secara atas talian (online)
  • Ø  Golongan yang kemampuan ekonominya terjejas disebabkan PKP dan situasi COVID-19 ketika ini, bayaran zakat fitrah boleh ditunaikan dengan kadar minimum yang telah ditetapkan oleh pijak MAIN dan AMZ mengikut kemampuan diri dan keluarga
  • Ø  Pembayaran zakat fitrah melalui amil yang dilantik masih disediakan oleh hampir semua MAIN dan AMZ, tetapi dijalankan pada tahap minimum
  • Ø  Arahan dan tatacara kawalan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia masih perlu dilaksanakan bagi kaedah bayaran secara manual
  • Ø  Amil atau pembayar yang kurang sihat tidak dibenarkan memungut atau menunaikan zakat fitrah pada waktu tersebut
  • Ø  Individu yang disahkan positif COVID-19 / baru sembuh / dalam kategori Pesakit Dalam Siasatan (PUI) atau Person Under Surveillance (PUS) hendaklah mewakilkan pembayaran kepada ahli keluarga atau waris yang sihat
  • Ø  Kaunter zakat fitrah di tempat tumpuan awam seperti pasar raya tidak disediakan 

HUKUM BAYAR ZAKAT SECARA ONLINE

Berdasarkan maklumat daripada Pusat Zakat Melaka, zakat bagi seseorang adalah sah dari segi syariat sekiranya telah berlaku dua perkara iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat. Hukum lafaz akad dalam bayaran zakat adalah Harus. 

PAUTAN BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE SETIAP NEGERI

Berikut adalah pautan untuk membayar zakat secara online bagi setiap negeri

Negeri

Pautan

Negeri Perlis LogoPerlis

MAIPS |  SnapNPay

Negeri Kedah LogoKedah

Zakat Kedah | Asnafcare | Zakat On Touch

Negeri Penang LogoPulau Pinang

Zakat Penang | GoPayZ | SnapNPay

Negeri Perak LogoPerak

eZakat MAIAMP | GoPayZ | SnapNPay

Negeri Selangor LogoSelangor

Zakat Selangor | GoPayZ | Boost | MyEG

Negeri Sembilan LogoNegeri Sembilan

Zakat NS | ZakatN9 | SnapNPay  | JomPAY

Negeri Melaka LogoMelaka

Zakat Melaka | QRPay Bank Muamalat

Negeri Johor LogoJohor

MAIJ | SnapNPay

Negeri Pahang LogoPahang

Zakat Pahang | eZakat MUIP

Negeri Terengganu LogoTerengganu

MAIDAM |  SnapNPay

Negeri Kelantan LogoKelantan

e-MAIK | MyMaik 

Negeri Sarawak LogoSarawak

Tabung Baitulmal Sarawak | Baitulmal Kamek | MyEG | SnapNPay

Negeri Sabah LogoSabah

MUIS | MyEG | SnapNPay |  JomPAY

WP Kuala Lumpur LogoKuala Lumpur
WP Putrajaya LogoPutrajaya
WP Labuan LogoLabuan

PPZ MAIWP | PayHalal | MyEG | Pos Online

Credit info dari https://www.mysumber.com/bayar-zakat-online.html 

Bagi Negeri Kedah pula:

Boleh terus ke laman web https://jom.zakatkedah.com.my/

 


Buat pilihan amaun yang hendak dibayar dan berapa orang. Kemudian boleh terus transfer mengikut bank pilihan masing-masing. 

 

 


 Done. Senang sangat sekarang. 

Moga urusan kita pun dipermudahkan pada tahun ini. Aamiin




 


No comments:

CUBA BENDA BARU

 Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...