Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar
‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.
- Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
- Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
- Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
- Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
- Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
- Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
- Baca ketika hendak tidur tiga kali,
- Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
Bacaan lanjut boleh ke kelebihan-dan-hikmat-ayat-seribu-dinar. Moga akan lebih mendapat manfaat dan fahaman yang jelas.
Ada juga kata mereka (teman dan orang sekeliling saya), amalkan ayat seribu dinar untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Betul ke Ayat Seribu Dinar ini untuk menjadi kaya?
Tapi pada saya, selagi ia surah itu ayat Al-Quran, elok la diamalkan seikhlas hati untuk Nya. Mungkin akan ada hikmah daripada amalan yang kita lakukan dengan ikhlas. Tapi jangan asyik mengharap pada keajaiban.
Nak rasa senang, kena lah bersusah dulu,
Nak rasa mewah, mula la menyimpan dari yang sedikit dulu,
Dan Moga dipermudahkan segala urusan kita di dunia ini.. Amin
Sambung lagi pasal hikmah Ayat seribu dinar ini: (Untuk amalan diri sendiri juga)
Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:
1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
p/s: Kekadang pelik la... mungkin perasaan diri sendiri saja tapi diri ini sentiasa tertanya jika ada orang boleh beli kereta harga 300 ribu tapi hutang 1000, asyik bertangguh bayar. Kenapa ye???
No comments:
Post a Comment