Thursday, November 7, 2013

AZAM TAHUN BARU - SALAM MUHARRAM 1435




Walaupun sudah 3 hari berlalu, tapi masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Salam Awal Muharram 1435. Sibuk menyibukkan diri dengan bercuti  sampai 5hb, masuk saja kerja…. Haa wallaaa la. Menimbun, bertimbun memang menyesakkan kepala jer. Tapi tinggal jer kerja-kerja tu… bukan tinggal terus yer. Kerja kena siapkan jugak tapi kena pelahan-lahan kayuh… nak masuk gear.. tak tau la kenapa minggu ni agak lembap sket…

Sempena Tahun baru Islam ni, apa azam kome??? (Mentang-mentang baru balik kampung, keluar ler bahasa2 perak, sampai anak2 pun mengajuk mama ni>>> Nak minum ayo ke? Lempor je baju dalam bakul)

Saya… saya insan yang baru belajar. Terlalu kerdil rasa diri ini dibandingkan dengan umat-umat lain. Namun, azam tahun ni lebih sket dari tahun lepas.. Setiap tahun kena la UP kan ibadah kita

Ø  Nak banyak kan amalan puasa sunat (alhamdulillah hari ini< Khamis pertama Muharram dah boleh puasa)

Ø  Nak jadikan solat dhuha rutin (walaupun di pejabat ketika ini, tapi akan cuba juga untuk tunaikan sebanyak mungkin)

Ø  Lebihkan sedekah /zakat

Ø  Lebihkan solat sunat di malam hari (tahajuud, taubat, hajat….dll)

Ø  Lebihkan masa bersama anak-anak terutama ketika waktu solat, mengaji  dan waktu mengulangkaji

Ø  Nak kurangkan berat badan… (aikkkk…. Apa kena mengena. hehehe) Sebenarnya ada pengaruhnya dalam bab ni. Bila badan berat, memang tak nafikan kita jadi kurang sket kerajinannya. Mula la rasa lebih syoknya tido dari berjaga, tengok tv lebih dulu dari bangun bersolat atau buat kerja rumah… secara amnya, kita jadi semakin malas bila saiz plus2 ni… (ni pendapat peribadi.. tak ada niat lain)

 
P/s: Ameen kan segala yang dirancang menjadi tahun ini

No comments:

CUBA BENDA BARU

 Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...