Suplemen, adakah perlu kita ambil?
Bilakah waktu yang patut kita mula ambil Suplemen?
Kenapa kita memerlukan Suplemen?
Betulkah Suplemen ini berkesan untuk tubuh badan?
Adakah Suplemen ini selamat dimakan?
Sebelum memilih suplemen di kedai, ada banyak sebenarnya persoalan timbul dalam kepala. Macam-macam perkara yang mahu difikir untuk memastikan apa yang kita makan itu berkesan ataupun berbaloi. Tambah pula suplemen sekarang bukan murah harganya. Malah, ada yang mencecah ribuan sebotol.
Orang mengambil Suplemen sebagai tambahan untuk memastikan mereka mendapat nutrien penting yang mencukupi dan untuk mengekalkan atau meningkatkan kesihatan mereka. Tetapi tidak semua orang perlu mengambil makanan tambahan.
“It’s possible to get all of the nutrients you need by eating a variety of healthy foods, so you don’t have to take one,” “But supplements can be useful for filling in gaps in your diet.” petikan daripada consultant berdaftar dan registered dietitian NIH (National Institute Heath NIH)
Suplemen sebagai makanan tambahan mungkin akan memenuhi keperluan pengambilan nutrien badan kita tetapi suplemen tidak mampu atau tidak boleh dikatakan sebagai ubat memulihkan sebarang penyakit.
"Jangan Ambil Suplemen untuk merawat penyakit"
Tiada bukti mengatakan suplemen mampu merawat penyakit
Suplemen paling popular di kalangan kita mungkin adalah multivitamin atau Vitamin C. Kegunaan / fungsi vitamin secara amnya boleh dilihat dalam jadual di bawah (diambil dari google wikipedia = Vitamin)
Jenis vitamin | Fungsi |
---|---|
Larut dalam lemak : Vitamin A | Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun. |
Vitamin D | Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi. |
Vitamin E | Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan. |
Vitamin K | Bagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan. |
Larut dalam air: Vitamin C | Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi. |
Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12) | Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma. |
Sama ada kita perlu beli atau makan suplemen bukan satu keputusan yang mudah pada masa kini. Bukan setakat harga yang tinggi tapi suplemen juga susah nak dipercayai ketulenan nya. Ada banyak makanan tambahan di pasaran yang kita sendiri tak tahu sama ada telah diuji komposasi dan keupayaannya membekalkan nutrien yang kita perlu.
Ada yang claim natural produk tapi dicampuraduk pula dengan bahan terlarang, bahan aktif untuk mempercepatkan keberkesanan. Jadi bagaimana kita sebagai pembeli tahu sama ada pilihan suplemen kita itu bijak.
1- Tanya doktor / farmasi
Bila jumpa doktor atau farmasi boleh je tanya vitamin apa atau brand apa yang sesuai untuk anda. Mereka akan tanya untuk apa kita nak makan suplemen dan bagi idea kita cari suplemen yang patut kita makan
2 - Cari maklumat
Untuk memudahkan mencari maklumat yang boleh dipercayai, NIH mempunyai helaian fakta mengenai suplemen di laman Dietary Supplement Fact . Pangkalan data percuma ini membolehkan anda mencari ramuan beribu-ribu makanan tambahan. Ini merangkumi maklumat dari label mengenai dos, tuntutan kesihatan dan peringatan.
3 - Check pendaftaran produk
Kita boleh check pendaftaran produk di laman Bahagian Regulatori Farmasi Negara Check ubat anda
No comments:
Post a Comment