Monday, September 11, 2023

CUBA BENDA BARU

 Cuba Benda Baru


SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan matlamat. Serta-merta perkara tu jadi susah nak mula. Ketipisan idea macam mana nak buat. Tengok orang lain buat senang, kita buat macam susah yak amat. 


Rasanya itu la lumrah. Bila kita nak mulakan sesuatu memang payah. Tapi kalau tak mula, bila nak jadi. Satu benda yang paling penting adalah cari cara nya bagaimana nak buat. Sebab itu ILMU tu penting. Jadi untuk mulakan sesuatu yang baru, kena belajar dulu. Pelan-pelan, kita buat. '

Buat sampai jadi

#newbiz




Friday, September 8, 2023

WHEN YOUR BODY AND BRAIN NOT IN SAME VIBES

WHEN YOUR BODY AND BRAIN NOT IN SAME VIBES


Feeling tired or restless? But today don't have any energy to roll on. Nothing excited to do. 


Jom kemas rumah dulu
 

Tuesday, September 5, 2023

WHAT DO YOU THINK LIFE IS?

 Episod baru setiap hari. Itulah kehidupan.

Aku baru saja berhenti kerja bulan Mei lepas. Jadi banyak masa untuk aku fikirkan apa nak buat. 

- Tak cari kerja ke? Ada je hantar resume ke hampir semua tempat tapi rezeki tak ada orang panggil interview. Yang ada contact pula semua jauh-jauh. Terpaksa tolak. Sebab utama berhenti kerja pun adalah supaya aku ada masa dengan family. Jadi memang Allah nak bagi masa tu dengan anak-anak saja sekarang. 

- Tak cuba berniaga ? Ya, macam-macam jugak try. Tapi permulaan memang agak susah. Kita belajar step by step. Jadi dropship ada yang paling senang sebab ada saja orang yang nak ajar kan. Sikit-sikit pun tapi cukup untuk bergerak sendiri. Plan marketing tu ada saja tapi aku yang malas. 😀 Baru-baru ni nak adjust balik semua masa kerja, masa buat kerja rumah, masa dengan anak-anak. Jadi pelan-pelan kita kayuh

Tiba-tiba teringat korean drama tajuk MISAENG. Salah satu favorite kdrama. Tengok berkali-kali pun aku ok je. Sebab drama ini betul-betul situasi sebenar apa yang seorang pekerja pejabat hadap. Diskriminasi, pandang rendah, menipu, ambil kesempatan, muka-muka, talam dua muka, dan ada juga yang betul-betul ikhlas bekerja. Ya, semua situasi itu wujud dalam organisasi. Jangan nak murni sangat macam semuanya circle positif je. Sebab tu ramai nak berhenti kerja setiap hari!

Salah satu kata dalam watak drama ni. 


Betul kan. Kehidupan kita ada macam-macam pilihan. Pilihan kita yang menentukan masa depan kita. Walaupun tidak buat pilihan pun adalah satu pilihan diri sendiri.

Sunday, September 3, 2023

ISU POLIGAMI ABANG TESLA

ISU POLIGAMI



Kes Abang Tesla memang betul-betul menyentuh jiwa wanita dan para isteri. Apa tidaknya, jika minta izin nak kahwin satu lagi pun nak dijadikan content Tiktok, rasanya tidak adil kut pada isteri pertamanya. Yang paling pelik isteri pun mengikut. Tak kisah jadi content suami yang gila nak menikah dua. 

Entahlah, pendapat masing-masing. Tapi hakikatnya, bukan isu poligami yang jadi masalah. Isunya pada aku ada lah maruah seorang isteri itu lagi besar. Sebagai isteri,memang kita menurut kata suami tapi biarlah berpada-pada nak ikut pun. Kenang la juga diri dan hati kita sebagai seorang wanita. Jaga la perasaan sendiri jika dah tahu suami tak mampu nak jaga hati nurani si isteri. Tetapkan lah maruah diri lebih besar daripada pengorbanan yang perlu kita lakukan jika suami nak kahwin lain. 

 Jangan pula terlebih sangat muhasabah diri cari kesilapan diri sendiri dulu sampai kau tak nampak salah suami tu macam mana.  Jangan la berpaut pada sunnah yang terngiang-ngiang dalam kepada lelaki bila cakap pasai kawin lebih ni, pasai payung emas la, pahala lebih la, jika suami kita tupun loglak tak tentu lagi solat, amal ibadat dan ilmu agamanya. 

Terlebih emosi pulak yer pasai isu ni. Jika tanya pendapat aku, aku tak terima. Sebab:

  • Suami kena ada ilmu agama yang tinggi jika guna alasan sunnah. Apa yang sunah tu yang ikut sangat tu? Buat dulu sunnah lain. Ni orang cakap makan kurma sunnah nabi, haramm tak makan pun. Bulan puasa lagi la, cari ais sejuk dulu kut sebelum nasi. Kurma...beli la buat perhiasan, last2 bini jugak lenyek2 buat kek:) Tu pun ada hati cakap sunnah
  • Suami kena adil dan berkemampuan. Mampu ke tiada dari segi zahir tu, awal-awal lagi tahu dah. Jika selama ni setakat belanja dapur je boleh bagi, nafkah zahir tak pernah bagi, jangan mimpi nak dapat lepas ada dua. Entah-entah duit dapur pun lesap.
  • Suami kena asing duit isteri dan anak-anak (bagi yang ada anak). Jangan pula bagi Rm500 rasa cukup dah belanja sebulan anak2 dan isteri combined!!! Kena pandai sikit mengira dan matematik yer kalau anak ada ramai. Kalau kata 2 orang anak pun, rasanya cukup ke belanja 500 tu sebulan?
  • Suami tolong ukur baju di badan sendiri. Kalau tersergam rumah sebijik habis bayar,  kereta sebijik pun habis bayar; duit bulanan 4 angka, termasuk la bahagian duit belanja anak sorang2 kau boleh bagi ----- mungkin la ko mampu. Tapi kalau tak ada, maknanya memang tak mampu la kan. Tu belum lagi cakap pasai masa atau tanggungjawab sebagai bapa nak bahagi-bahagi lagi. 

Kita tengok pulak la dari segi hukum Islam. Rupanya poligami ni pun boleh jadi semua syarat hukum yang ada. 

Penerangan ringkas seperti dibawah yang dipetik dari penjelasan mufti. Keterangan lanjut boleh klik di link bawah👇

Kredit kepada https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3742-al-kafi-1398-hukum-isteri-melarang-suami-berkahwin-lain


Jika kita melihat daripada sudut fiqh, ternyata poligami pada hukum asalnya adalah diharuskan sahaja. Namun begitu dalam beberapa hal yang mendatang, hukumnya boleh berubah kepada tiga (Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 4/25-26;

  • Disunatkan: Ini sekiranya lelaki itu mempunyai keperluan untuk berkahwin lain jika beristeri satu tidak dapat menjadikan dirinya afif (menjaga syahwatnya daripada zina dan maksiat), atau isteri itu sakit, atau mandul tidak dapat mengandung, sedangkan suami itu inginkan anak, dalam keadaan suami itu memiliki keyakinan untuk berlaku adil antara isteri-isterinya. Ini kerana terdapat keperluan yang diraikan Syarak seperti meramaikan anak, dan inilah yang menjadi pedoman ramai Sahabat Rasulullah ﷺ, Para Tabi’ie dan generasi selepas mereka.
  • Dimakruhkan: Jika semata-mata untuk berlazat-lazat dan berhibur, atau syak terhadap kemampuannya untuk berlaku adil antara isteri-isteri. Ini kerana tidak ada keperluan untuknya. Juga kerana terdapat kemungkinan berlakunya mudarat ke atas isteri-isteri kerana tidak mampu berlaku adil. Berkata Imam al-Khatib al-Syirbini: “Dan disunatkan untuk tidak menambah isteri lebih satu tanpa ada keperluan yang zahir.“ Rujuk Mughni al-Muhtaj (3/127).
  • Diharamkan: Jika diyakini bahawa lelaki tidak mampu berlaku adil lantaran kelemahannya, atau kerana hilangnya kepercayaan terhadap dirinya daripada bertindak bias dan pilih kasih, atau kerana keadaannya yang fakir. Ini kerana poligami itu akan mengakibatkan mudarat kepada orang lain. Daripada Ibn Abbas R.Anhuma bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

Maksudnya: “Tidak boleh mendatangkan mudarat dan membalas mudarat dengan mudarat yang lain.”

Riwayat Malik (31) dalam al-Muwatto’

Ini sesuai dengan firman Allah ﷻ:

فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُو

Maksudnya: “Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”

(Surah al-Nisa’: 3)


Apa apa pun pilihan, terpulang pada diri masing-masing. 

Monday, August 28, 2023

SYUKUR AND THANK YOU ALLAH


Syukur and Thank you Allah for being alive.

Moga segala urusan dipermudahkan, diberi rahmat dan kejayaan atas segala yang kita lakukan pada hari ini. Bersyukur lah dengan segala yang dilimpahkan kepada kita sehingga hari ini.

Seperti dalam surah Al Naml ayat 19:
فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّنْ قَوْلِهَا وَقَالَ "رَبِّ اَوْزِعْنِيْٓ اَنْ اَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِيْٓ اَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلٰى وَالِدَيَّ وَاَنْ اَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضٰىهُ وَاَدْخِلْنِيْ بِرَحْمَتِكَ فِيْ عِبَادِكَ الصّٰلِحِيْنَ
Maksudnya: Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

Semoga Allah SWT menjadikan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang bersyukur. Amin.




Monday, August 21, 2023

PERGINYA SEORANG TEMAN



PERGINYA SEORANG TEMAN

AL FATIHAH dibaca buat seorang Teman. 

Kami berjumpa semasa dia masuk kerja di syarikat yang sama. Comei lote orangnya. Masa tu tak berapa nak bergaya sangat, budak-budak lagi orang cakap. Selepas beberapa tahun, dia pandai dah bergaya, make up. Dan pernah bergelar MUA suatu ketika dulu. Aku support je dari belakang. Apapun teman kita buat, patutnya gitu. Itu yang dia suka. Malah kerja dia pun tak terganggu walau badai mendatang kiri kanan, dia tetap begitu.

Julai lalu, dikejutkan dengan berita dia menghidap penyakit cancer tahap 4. Sedih rasanya sebab lama sangat tak berjumpa sejak dia meninggalkan company. Cuma 3 ke 4 kali je jumpa selepas dia meninggalkan company ini. 

Apabila seorang teman dikhabarkan menghidap "eternal illness", kita cuma mampu mendoakan kesembuhan nya. Sedih dan sebak di dada sebab terasa tiada apa yang mampu kita bantu untuk mengurangkan sakitnya.

Akhir bicara dengannya waktu hari kelahirannya lalu, 5/8/2023. Sempat dengar luahan nya yang semakin uzur. Ku titipkan supaya terus kuat dan positif menghadapi sakitnya. Teruskan dengan nasihat doktor. Dan hari ini terus dikejutkan dengan pemergiannya ke negeri abadi. 

Ya Allah. Moga kau tenang saja di sana teman. Hilang sudah kesakitan yang ditanggung di dunia ini. Moga kau ditempatkan di kalangan solihin. Aamiin.



Sebagai kenangan. Macam-macam rupa. Kredit pada FB empunya diri



Gambar kami dua suatu zaman dulu, sama opis lagi

 

Sunday, August 20, 2023

KU MULAKAN SEMULA. MOGA JALAN LEBIH MUDAN DAN REZEKI LEBIH MURAH

KU MULAKAN SEMULA... 

MOGA JALAN LEBIH MUDAN DAN REZEKI LEBIH MURAH 


Berlumut dah blog ni selepas bertahun-tahun kurang tumpuan nak update blog ni. Bukan sebab susahnya nak menulis tapi susahnya nak mencari masa untuk menghadap pc dan menaip sesuatu yang bermanfaat.


Setelah bertahun, mungkin inilah jalan yang sesuai untuk ku. Aku mahu masa, Allah beri dah masa untuk ku. Aku ingin rehat lebih, Allah berikan jalan untuk ku rehat. Aku ada macam-macam alasan tidak mengerjakan amalan Nya dengan sempurna, Allah beri segalanya untuk ku melakukannya tanpa hiraukan orang sekeliling dah. 


Tiada apa pun alasan lain dah tapi masih juga kita mengharapkan alasan untuk TIDAK mengerjakannya. 


Ya Allah, dah masuk bulan ke-2 Hijrah, ku mohon KAU berikan kemudahan untuk ku terus kan melangkah tanpa melihat ke belakang lagi. Pernah dah mula bidang baru 20 tahun lepas, kini aku tetap memohon pada Mu supaya permudahkan kembali usaha untuk melangkah ke bidang baru. Ku harap rezeki yang halal, petunjuk dari Mu, permudahkan urusanku, lorongkan jalan untuk ku mulakan semula. Aamin

KU MULAKAN SEMULA....




Friday, December 17, 2021

7 Jenis Sombong Yang Dilaknat ALLAH

7 Jenis Sombong Yang Dilaknat ALLAH

 1. Sombong kerana kelebihan seseorang dengan pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada, dia menganggap orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.

Orang yang sombong seumpama ini hendak dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia. 

FIRMAN ALLAH SWT : 

Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.( Surah AlIsraa'. Ayat 037 ) 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 

“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.” (Hadis riwayat Muslim)

 

2. Sombong kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka. 

Sedangkan mereka sebenarnya terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW telah mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud: 

"Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.." 

FIRMAN ALLAH SWT : 

Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.( Surah Luqman. Ayat 018 )

 

3. Sombong kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat. 

Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan. 

FIRMAN ALLAH SWT: 

Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah AlJatsiyah. Ayat 008 )

 

4. Sombong kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk. 


5. Sombong yang berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta BMW mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada. 

FIRMAN ALLAH SWT : 

Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. 

Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (Surah AlBaqarah. Ayat 212 )

 

6. Sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca, kunyah besi, boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi, boleh dihempap badan dengan batu dan besi, atau sebagainya. 

FIRMAN ALLAH SWT : 

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan. (Surah AlAnfaal. Ayat 047 )

 

7. Sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak parang dan dijilat api. 

Oleh itu, hendaklah kita memeriksa diri kita betul-betul, lihat sama ada 7 perkara yang membawa kepada penyakit sombong ini ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong ini hanya akan memakan diri. Tidak sekarang, mungkin di masa akan datang. Ubatilah sifat sombong itu dan jangan sesekali menghina orang lain kerana ianya sifat yang dilaknat oleh Allah. Fikirkanlah.. 

FIRMAN ALLAH SWT : 

Sesungguhnya Qarun adalah dia dari kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. 

(Dia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). 

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: 

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)







Saturday, November 13, 2021

TIPS BIZ MARKETING UNTUK NEWBIE

 TIPS BIZ MARKETING UNTUK NEWBIE

#1

♥️
1️⃣ Kerap munculkan diri di media sosial.
Untuk permulaan, buat jadual untuk 'posting' di Facebook atau mana2 platform yg anda guna. Topik yang di pos tak semestinya mengenai produk jualan sahaja 😉 boleh je nak post pasal current issues utk attract oranga.
2️⃣ Seimbangkan hardsell & softsell. Elakkan terlalu banyak hardsell, nanti orang meluat. Penting tau!
3️⃣ Hindari dari menulis perkara negatif atau yg boleh menimbulkan kontroversi. Kalau boleh share yang positive and bermanfaat sahaja.
4️⃣ Gunakan gambar gambar yg menarik & jelas. Elakkan gambar kelabu asap atau blur. Penggunaan video juga boleh menarik minat viewers yang tengok posting anda 🙂 kalau video blur tak sharp, orang pun tak minat nak tengok. Scroll jee terus.
5️⃣ Gunakan gambar profile sendiri. Untuk built trust antara anda dan bakal pelanggan. Jangan guna gambar orang lain pulak 😁
6️⃣ Sentiasa konsisten. Consistency is the key.
Slowly but surely 🔑♥️
Semoga Bermanfaat 😘


#1
#ByReefa
#Dropshipinfo
#Trusteddropship

Friday, July 30, 2021

COVID-19 - UJIAN ALLAH

Intipati yang terdapat dalam buku / ebook Secangkir Hikmat PKP.

Ya, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya yang kita tak tahu menahu. Hadapi Ujian dengan Tenang dan Sabar 

Moga segalanya berakhir dengan cepat, 


#staysafe

#kitajagakita

#covid19




Thursday, July 8, 2021

PKPD DI KAWASAN PERINDUSTRIAN BAKAR ARANG

 WORK FROM HOME - PKPD DI KAWASAN PERINDUSTRIAN BAKAR ARANG



Selepas berbulan-bulan orang-orang Sungai Petani musykhil sebab apa kawasan yang kes aktif Covid 19 mencecah 1000 kes tapi kawasan nya tetap bebas seperti zon hijau.

Sebab kawasan kilang yang banyak di daerah kuala muda. Mungkin daerah ini la yang paling "buat duit" untuk kerajaan negeri sampaikan hospital penuh dan pesakit terpaksa dipindah ke sana ke mari pun, pihak berkuasa masih berdiam diri.

Syukur juga akhirnya 05 Julai - 18 Julai kawasan ini dikenakan PKPD setelah 4 kluster penyumbang terbanyak kes Covid berada di kawasan ini. Ramai yang suka, tapi hakikatnya kes tu dah menular ke kawasan perumahan. Jadi kemungkinan untuk jadi lebih tinggi tetap ada walaupun kilang2 ditutup semua.

Dan akhirnya dapat juga la WFH bagi kami-kami yang dipaksa bekerja dari sejak PKP 1.0 ni. Mungkin ada hikmahnya.

Friday, June 4, 2021

Tuesday, January 26, 2021

In the End - Linkin Park

 All time favorite song.  Songs to remember.

Music - suit me

Lyric - good for me

Voice - OK to hear

This song actually reminds me of my first job. I got the CD free because I needs to review it.  My first assignment to review an album. As much this group debut in that year when I got my first job is just coincidence. It just linked to my likes.

Their songs in this album are on my playlist until I got married. 

But honestly till now, their songs kept playing in my head when I feels "tingtong"





In the End

One thing I don't know why
It doesn't even matter how hard you try
Keep that in mind, I designed this rhyme
To explain in due time
All I know
Time is a valuable thing
Watch it fly by as the pendulum swings
Watch it count down to the end of the day
The clock ticks life away
It's so unreal
Didn't look out below
Watch the time go right out the window
Tryin' to hold on, did-didn't even know
I wasted it all just to watch you go
I kept everything inside and even though I tried
It all fell apart
What it meant to me will eventually
Be a memory of a time when I tried so hard
I tried so hard and got so far
But in the end it doesn't even matter
I had to fall to lose it all
But in the end it doesn't even matter
One thing, I don't know why
It doesn't even matter how hard you try
Keep that in mind, I designed this rhyme
To remind myself how I tried so hard
In spite of the way you were mockin' me
Acting like I was part of your property
Remembering all the times you fought with me
I'm surprised it got so far
Things aren't the way they were before
You wouldn't even recognize me anymore
Not that you knew me back then
But it all comes back to me in the end
You kept everything inside and even though I tried
It all fell apart
What it meant to me will eventually
Be a memory of a time when I tried so hard
I tried so hard and got so far
But in the end it doesn't even matter
I had to fall to lose it all
But in the end it doesn't even matter
I've put my trust in you
Pushed as far as I can go
For all this
There's only one thing you should know
I've put my trust in you
Pushed as far as I can go
For all this
There's only one thing you should know
I tried so hard and got so far
But in the end it doesn't even matter
I had to fall to lose it all
But in the end it doesn't even matter
Source: Musixmatch
Songwriters: Hahn / Bourdon / Shinoda / Bennington / Delson

Friday, January 22, 2021

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH

PdPR = Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang

PdPR boleh dilaksanakan secara dalam talian atau luar talian atau secara off-site

PdPR secara dalam talian berlaku apabila terdapat capaian Internet dan penggunaan peranti yang membolehkan murid belajar secara real time

PdPR secara luar talian berlaku apabila murid belajar menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar tanpa capaian Internet

Pembelajaran secara off-site ialah kaedah pembelajaran yang berlaku di lokasi seperti di pusat komuniti, atau di manamana premis yang diisytiharkan sebagai pusat pemindahan sementara akibat bencana atau wabak.

Lanjut informasi berkaitan PdPR boleh layari dan download manual manual-pdpdr


Heboh sangat waktu covid ni dengan segala perancangan last minit daripada pihak-pihak berkaitan. Adoii...tu je nak cakap. Sebab mak bapa bekerja cik ooiiii... bukan dok lenggang kaki kat umah sampai boleh nak cuti emergency setakat nak pulang dan ambil buku sekolah!!!!

Tension dan-dan mak bapak dengan konsep aci buh perancangan sekolah ni. Petang bagi message, esok nak kena ambil dah ikut time. Kalau bukan sebab nak suruh anak belajar laa...memang jangan harap la nak layan sangat pengurusan sekolah ni. 

Sebab:

1) Semua rakyat jelata dan netizen2 dah tau dan boleh agak2 dah nak PKP ni..jadi tak kan la cikgu dan kakitangan sekolah tak tau. nak kena tunggu pengumuman rasmi baru boleh buat keputusan drastik bombastik terkejut tergempak ?

2) PKP sekalipun, kerja tetap kerja. Sekolah boleh je buka untuk beri buku atau pulangkan buku teks dan pemberian modul ke apa ke dalam waktu yang ditetapkan. Tak ada nye perlu tergesa-gesa sampai menyusahkan 

3) Sebelum diumumkan PKP, dah elok dah jadual pemulangan dan pemberian buku pada pelajar tapi elok je pospone pulak tanpa sebab. Sedangkan waktu tu dah desas desus nak tutup sekolah kann

4) Bila tak boleh pergi, cikgu boleh cakap terpulangla yang nak belajar tu kamu semua. Abis yang nak mengajar tu siapa? Mak bapak ke? Cakap cikgu macam la bagi buku teks pastu lantak korang la nak belajar kat umah... aku cikgu peduli apa... gitu ke??? 


Tolong la membantu. Kami mak bapa bekerja. BUKAN senang nak ambil cuti tiba-tiba. Emergency kami kalau anak kami sakit. Emergency kami bukan untuk ambil buku anak sebab cikgu buat keputusan last minute. Kami dah cuba faham. Kami dah cuba buat sehabis baik untuk mudahkan proses PdPR ni. Tapi cikgu jangan la sampai tak faham bahasa. Sampai kami kena ikut time sekolah jugak walaupun kami bekerja dari jam 8 pagi sampai 6 petang. Balik kul 7, malam dah. Siapkan makan malam pulak, lepas SOlat baru boleh pegang buku. Check kerja sekolah anak,,,bila cikgu sendiri pun siap highlight IBU BAPA TOLONG PANTAU KERJA ANAK SEBELUM HANTAR! Ambik gambar satu2 muka surat bagi cikgu. kadang jam 12 malam baru siap. Tapi cikgu jawab" Cikgu bertugas sampai kul 4 ja, kerja kena balik sebelum tu atau kedatangan Zero" 

AMBOIIIIIIIIIIIII.

STOP. Terpaksa juga buat sampai mak bapak kat tempat kerja hilang tumpuan sebab cikgu ada kuasa. 


P/S: membebel mak bapa bukan sebab tak faham. bukan sebab tak larat nak tengok anak2 sendiri. bukan juga sebab tak mau membantu cikgu dan anak2 dalam pembelajaran. Membebel mak bapak sebab sayang. Sebab mak bapak bukan cikgu, yang pandai mengajar anak. Mak bapak tak pernah pergi maktab perguruan untuk sijil menjadi cikgu sekolah. Tapi bila harapan cikgu sendiri nak mak bapak jadi cikgu di rumah memang tak akan jadi. Buku teks sekolah, silibus sekolah pun kami pegang bila anak nak buat homework je. 

CIKGU, JANGAN terlalu mengharap. Jangan cakap, macam kami mak bapa tak bertanggungjawab sebab tak mampu ajar anak sendiri. Kalau kami mampu jadi cikgu sendiri untuk anak2 kami.. cikgu ingat kami nak hantar ke anak ke sekolah??? 

Tentu tak perlu sebab kami sendiri pun dah pandai ajar anak. kenapa kami nak susah2 bayar yuran, bayar yuran bus/van untuk anak2 ke sekolah. Bila mengharapkan mak bapa faham situasi cikgu, cikgu juga patut faham situasi mak bapak. 

Please understand the situation


#Donemembebel

#Taktaunakluahpadasiapa

#Sedihdengansituasi

#Covid19pleasegoaway







Tuesday, January 12, 2021

PKP, PKPB, PKPP dan kemudian DARURAT

 Selepas pengumuman 11-Jan-2021.... 






Tiba-tiba hari ini DARURAT pulak



Next.......


to be continued....

Friday, January 8, 2021

SYUKUR - ALHAMDULILLAH

 SYUKUR - ALHAMDULILLAH


Syukur kerana Allah masih memberi peluang kehidupan pada Kami sekeluarga. Mohon permudahkan segala urusan, jauhi segala penyakit dan hasad dengki, murahkan rezeki Kami semua. Dekatkan hati kami pada ajaranMu, lembutkan langkah kaki tangan kami untuk mengerjakan amalanMu. Beri kefahaman yang baik untuk Kami turunkan ilmu dan akhlak yang elok untuk anak cucu Kami. Moga berkati hidup kami di dunia, pimpin kami ke syurga Mu. Aamiin.

Dalam menyingkap rasa SYUKUR, kita mesti percaya bahawa semua yang kita lalui seharian ini adalah semuanya yang terbaik untuk kita. Antara cara untuk menzahirkan rasa SYUKUR adalah dengan merasakan lapang dan tenang untuk nikmatnya.

Untuk menjadikan SYUKUR sebati di hati.

1. Memperakui
– Orang yang bersyukur adalah orang yang bersedia menerima qada dan qada’ walaupun suka atau tidak serta memperakui itu datangnya dari Allah
– Contoh kita dapat bonus. Alhamdulillah bonus itu Allah beri melalui majikan.
– Memperakui semua yang berlaku itu sama ada nikmat atau musibah datang dari Allah


2. Menerima
– Menerima takdir Allah mengikut kadar takdir yang Allah telah susun


3. Muhasabah diri
– Sentiasa memuhasabah diri.


4. Memperbaiki diri
– Bila kita sedar tentang kelemahan diri kita, kita memperbaiki diri kita ke arah kebaikan.


5. Menyerah Diri Pada Allah.
– Menyerahkan segalanya pada Allah.
– Bila kita bersandarkan pada harta, kewangan, pangkat, ingatkan semua itu rapuh.

Moga syukur itu sentiasa melekat di hati dan menjadi sebati dalam kehidupan kita.

Penceramah : Ustaz Dr Azahar Yaakub
Tajuk : 5 Cara Syukur Untuk Hidup Bahagia




Friday, January 1, 2021

WELCOME 2021

Selamat datang new year. 

Tiada azam baru. Tiada kekuatan baru. Tiada niat baru. Cuma yang ada hanya lah doa untuk mengiringi sepanjang hari, sepanjang masa, sepanjang tahun ini. 

Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya, jadikan kami lebih berani, lebih rajin, lebih berusaha, lebih baik, lebih bersemangat, lebih banyak memberi, lebih banyak beribadat, lebih banyak mengamalkan suruhanMu, lebih masa untuk mengerjakan perkara yang baik, lebih murah rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Berkati perjalanan hidup kami sepanjang tahun baru ini. 






Wednesday, October 14, 2020

Cara elak bibir kering

Sejak-sejak PKP ni, mulut aku selalu sangat kering. Bukan mulut je tapi tangan pun teruk sampai merekah-rekah sebab selalu sangat pakai sanitizer. (Almaklum makcik ni paranaoid sikit, dengan kisah2 penyakit merbahaya ni)

Tetiba lalu dalam msn cara Cara elak bibir kering akibat memakai mask terlalu lama so apa lagi. Mesti jadi satu bacaan wajib bagi aku yang kerap sangat bibir merekah ni. 

Tengok saja la teruk ke tak teruk bibir aku bila merekah.




Dua kali pergi klinik sampai doktor cakap kita buat ujian darah takut simptom Steven Johnson (ayooo doktor, tolong jangan bagi takut sama gua, aku tak demam lorrr. Next time kita tengok plak citer penyakit ni..kalau ada kesempatan)

Copy paste je la... untuk bacaan tahun2 kedepan

Tetapi jika anda sedar, kerana terlalu lama memakai mask bahagian bibir menjadi cepat kering. Kotoran, peluh, air liur malah gincumu semuanya berkumpul di dalam mask hingga menjadikan bibir mudah kering dan pecah-pecah. Oleh itu, rawatlah bibir anda sebelum ia menjadi lebih serius.

1. Elakkan dari menjilat bibir

Tabiat menjilat bibir apabila kering menjadi satu sifat semulajadi. Cuba elakkan perbuatan ini kerana apabila air liur terkena pada bibir kering, ia akan mengeluarkan lembapan dari jaringan bibir. Bakteria yang terdapat dalam air liur juga akan menyerap ke dalam bibir kering. Ini akan menjadikan bibir anda cepat pecah.

2. Eksfoliasi bibir kamu dengan lembut

Tujuan pengelupasan kulit bibir adalah untuk meningkatkan penggantian sel dan menghapuskan kulit mati. Anda boleh biarkan proses pengelupasan terjadi dengan sendiri. Elak dari menggosok kulit bibir terlalu kuat. Boleh juga menyapu minyak atau krim bibir.

3. Elak rumusan lipstik matte

Lipstik matte selalunya dibuat dengan minyak atau emolien paling sedikit dan ini akan memudahkan tekstur bibir menjadi kering dengan cepat. Sebelum memakai lipstick, pastikan anda memakai pelembap bibir atau lip balm dahulu.

4. Sapukan SPF sebelum memakai mask

Bukan hanya wajah, bibir juga perlu disapu SPF (krim pelindung matahari) untuk menjaga kelembapan dan melindunginya dari pancaran kasar matahari. Sinar berbahaya ini akan menyebabkan rasa terbakar pada kulit yang kering. Sekaligus boleh menyebabkan bibir menjadi luka.

5. Jangan pakai mask berulang kali

Mask yang dipakai berkali-kali bukan hanya boleh menyebabkan kulit bibir menjadi kering malah merbahaya kepada anda. Ini kerana bakteria, kotoran, peluh, dan air liur akan terkumpul di dalam mask dan boleh mendatangkan penyakit. Sebaiknya, tukar mask setiap empat jam sekali bagi mengelakkan kamu dijangkiti bakteria dan kekotoran.

Tuesday, October 13, 2020

CHEESETART MONTOK - PALING SEDAP

 

Cheesetart blueberry, strawberry adalah kesukaan anak-anak. Lagipun, memang sendiri pun peminat cheese, jadi semua benda ber’cheese’ menjadi kegilaan. Kalau tak try resepinya pun, pergi kedai mesti beli punya segala jenis makanan bercheezy-cheezy.

Tapi bila ada kesempatan, tak salah nak try. Lagipun jimat sikit bila semua anak-beranak berebut nak makan. Kalau beli, dapat la sorang satu je, kalau buat, boleh makan berulang-ulang.

Satu resepi boleh dapat dalam 30-40 biji tartlet, jadi banyak tu. Cream cheese nya pulak boleh picit ikut suka. Kadang montok, kadang penyek. Ikut dan  tangan nak piping cheese tu.

Ni Antara resepi yang paling kerap aku guna bila nak buat cheesetart. Boleh ikut sebab memang sah jadi. Orang tak reti macam aku pun boleh buat. Sekarang turun dah kat anak-anak.

Antara gambar sememeh anak-anak buat. Jadi kenangan. Dari tak reti jadi reti, dari reti biar jadi pandai pulak nanti yer.






 

CHEESE TART BUNCIT

Resepi Oleh : Azalifah Zakiah

Diambil daripada blog: Azlita Masam Manis

 

Shell Tart

 

125 gm margerin

50 gm gula icing

1 sudu teh esen vanilla

1/2 biji kuning telur ~ gred A

250 gm tepung gandum

5 gm susu Nespray full cream

1/2 sudu besar air sejuk ~ dari peti ais

 

Cara:

Pukul margerine dan gula icing hingga sebati

Tambahkan 1/2 biji kuning telur, esen vanilla, susu full cream, air sejuk dan tepung

Uli sebati dengan senduk kayu

Tekan doh dalam acuan tart 4.5 cm

Buang lebihan doh tepi acuan

Cucuk bahagian tengah dengan garfu

Buah hingga habis adunan dapat dalam 50 ~ 60 keping

Bakar dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 170 C api atas dan bawah selama 20 ~ 25 minit.

 

Cheese

500 gm cream cheese (cheese di keluarkan dari peti ais 15 minit awal )

30 gm butter

100 gm gula icing

1 biji telur gred A (kocok perlahan dahulu )

20 gm non dairy Whipping Cream

Sedikit esen vanilla

 

Cara

Satukan cheese, butter dan gula icing dan putar hingga lembut dan gebu

Masukkan telur

* telur yang kita dah kocok tadi masukkan 1 sudu besar demi 1 sudu ( anggaran 3 sudu besar sahaja jangan lebih )

Kemudian putar sekejap aje

Jika adunan agak pekat atau kental, tambahkan sedikit whipping cream non dairy. Jika adunan sudah lembut tak perlu letak Whipping Cream

* Jika masukkan whipping cream jangan putar guna mesin, hanya gaul dengan senduk atau spatula aje. (Whipping cream tak perlu di putar )

Susun shell tart dalam tray

Letakkan filling di tengahnya

* filing terpulang nak letak apa, bluberry, strawberry, kiwi, Nutella

masukkan cream cheese dalam piping bag

Gunting hujungnya besar sama besar dengan besar lubang shell.

Letakkan cheese dengan memeggang piping bag secara menegak

Letakkan cheese secara membunjut dan menggunung.

Kalau nak lagi buncit , letak lagi tingi dan penuh

Bakar selama 10 ~ 15 minit api atas dan bawah suhu 170 C

Tart masak bila kita sentuh dengan jari, cheese tidak melekat pada tangan


CUBA BENDA BARU

 Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...