Thursday, April 11, 2013

SUNYI DAN SEPI

SUNYI DAN SEPI
Lamanya tak membebel di alam maya ni... (sebab semakin banyak dan kerap membebel di reality..hehehe) Nak buat macam mana, kalau terlalu banyak nak perlu di ‘handle’ tapi orang yang meng’handle’ nya buat dunno... arrrgghhhhh penat giler dengan orang2 cam ni.
Tapi akhirnya.... down giler aku jugak.... Skrg mood masih lagi down. Rasa meluat yang tinggi pada orang2 tertentu di tempat kerja tapi aku masih teruskan kerja walaupun hati ni................merana (boleh guna ke perkataan ni???) Conclusion ** Frustration is conquering my heart** I)
Tapi KERJA ITU IBADAH, kena ingat tu. Semua perbuatan kita ini untukNya. Moga hati ku ini juga dipelihara olehNya.
Sememangnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jika perkara ini tidak terjadi mungkin aku masih di sini. Pendamkan semua untuk kerja yang semakin hampeh ni. Jika tak jadi begini, aku mungkin tak terfikir lagi untuk gerak lebih jauh. Untuk luaskan lagi pengetahuan dan perluaskan skil aku ada... (ada skil ke????)
Sekarang dalam proses untuk memantop kan pengetahuan aku kearah yang lain. Moga perkara yang ingin aku lakukan akan jadi kenyataan. In Shaa Allah. Ya Allah permudahkan segala urusan.
Things to do:
1st  - Mantapkan pengetahuan ke arah ‘itu’
 

Friday, March 22, 2013

Kurang Tidur Boleh Tambah Berat Badan

Kurang Tidur Boleh Tambah Berat Badan

Bookmark and Share
Sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat cuba mencabar tanggapan yang menyatakan tidur yang kurang menyebabkan individu mudah kurus apabila mendakwa amalan itu sebaliknya boleh menambah berat badan seseorang.

Sejak bertahun lamanya, pakar berat badan menekankan kepentingan mengambil makanan berkalori rendah dan senaman yang secukupnya.

Namun, kajian terbaru Universiti Chicago menunjukkan faktor ketiga bagi mengawal berat badan - mendapat tidur yang secukupnya pada waktu malam.

Malah, dua kajian yang disiarkan semalam mendapati, sukarelawan yang terbabit dalam penyelidikan dengan tidak mendapat tidur mencukupi, mempunyai sejenis hormon yang kadarnya tinggi dan mencetuskan rasa lapar.

Mereka juga dikesan mempunyai sejenis hormon pada paras rendah yang menyebabkan seseorang itu berasa kenyang.

"Sehubungan itu, kami mengesyorkan mana-mana program pengurangan berat badan turut memasukkan faktor mendapat tidur yang secukupnya sebagai salah tips berguna," kata pakar tidur universiti berkenaan, Dr Esra Tasali, yang turut terbabit menghasilkan kajian itu.

Satu kajian membabitkan 18,000 dewasa yang dikeluarkan bulan lalu oleh Pertubuhan Kajian Obesiti Amerika Utara mendapati, mereka yang menikmati tidur kurang empat jam semalam, adalah 73 peratus lebih mudah untuk obese atau gemuk berbanding mereka yang tidur tujuh hingga sembilan jam lamanya.

Kajian terbaru yang dikeluarkan semalam turut menemui hasil hampir sama apabila membabitkan penyelidikan ke atas 1,024 sukarelawan.

Daripada jumlah, 14.9 peratus responden yang tidur hanya lima jam mencatatkan hormon ghrelin yang meningkatkan selera makan.

Mereka yang kurang tidur turut mencatat penurunan hormon leptin yang menyebabkan seseorang itu berasa kenyang.

Dalam kajian itu, penyelidik mendapati tahap optimum tidur bagi tujuan mengawal berat badan adalah purata 7.7 jam.

"Tindakan mengurangkan waktu tidur hanya membuatkan selera makan meningkat dan makan berlebihan."
Kurang Tidur Boleh Tambah Berat Badan10 out of 10 based on 148088176 ratings. 10229 user reviews.
 
 

CUBA BENDA BARU

 Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...