Wednesday, October 7, 2020

ICONIC MOVIE CATCHPHRASES


Hari ini terbaca 20 most iconic movie catchphrases  dan automatik terkenang kisah zaman dulu. Selalu ke panggung wayang tengok movie. Lepas kahwin baru jarang terus nak tengok wayang. Satu sebab dah ada anak. Susah nak bawak ke panggung, gelap-gelap gelita tu. Nanti anak menangis, semua mata memandang pulak. Dua sebab masa...bukan senang dah nak ber "Me Time" or "Our Time" dengan suami. Banyak masa habis bersama-sama anak je. Tambah pulak, sekarang bukan main cepat online. ASTRO ada, Internet lagi la cepat. Jadi lebih convenient untuk keluarga nak tengok waktu mana pun, nak tengok cerita apa pun. Balik dengan artikel MSN ni, dalam 20 list ni, ada 3 yang betul-betul diingati sampai sekarang. 


“My mom always said life was like a box of chocolates. You never know what you're gonna get.” – Forrest Gump (1994)

In other words, phrase ini boleh bawa maksud "Life is full of surprises; you never know what will happen next. All we can do is to hope to get the best of it"

2) Of coz ingat sampai bila-bila. Semua sequence / siri nya dah tengok, dan masih menanti yang baru. Gila betui dengan star wars sampai berangan nak beli set miniature. Nasib kena marah dengan mak dulu, kalau tak mungkin waktu ni anak2 pulak bagi hilang. Mau meraung laa..bukan set tu murah pun

“May the Force be with you.” – The Star Wars franchise (1977) 

 Sekarang ramai yang guna ayat ni untuk wish all the best kepada kawan-kawan = Used to wish someone luck with a difficult endeavor.


3) Tengok beberapa kali jugak la cerita sebab ada Tom cruise. Hensem kan. Jalan cerita pun best. 

“Show me the money” – Jerry Maguire (1996)
  
Other meaning ==  Someone wants to know how much they will be paid for something or want to see evidence that something is valuable or worth paying for.

And I still hoping to see the money...Ahakss😍😄

Tuesday, October 6, 2020

ADAKAH SUPPLEMEN SATU KEPERLUAN?

Suplemen, adakah perlu kita ambil?

Bilakah waktu yang patut kita mula ambil Suplemen?

Kenapa kita memerlukan Suplemen?

Betulkah Suplemen ini berkesan untuk tubuh badan?

Adakah Suplemen ini selamat dimakan?


Sebelum memilih suplemen di kedai, ada banyak sebenarnya persoalan timbul dalam kepala. Macam-macam perkara yang mahu difikir untuk memastikan apa yang kita makan itu berkesan ataupun berbaloi. Tambah pula suplemen sekarang bukan murah harganya. Malah, ada yang mencecah ribuan sebotol. 

Orang mengambil Suplemen sebagai tambahan untuk memastikan mereka mendapat nutrien penting yang mencukupi dan untuk mengekalkan atau meningkatkan kesihatan mereka. Tetapi tidak semua orang perlu mengambil makanan tambahan.

“It’s possible to get all of the nutrients you need by eating a variety of healthy foods, so you don’t have to take one,”  “But supplements can be useful for filling in gaps in your diet.” petikan daripada consultant berdaftar dan registered dietitian NIH (National Institute Heath NIH)

 Suplemen sebagai makanan tambahan mungkin akan memenuhi keperluan pengambilan nutrien badan kita tetapi suplemen tidak mampu atau tidak boleh dikatakan sebagai ubat memulihkan sebarang penyakit.

"Jangan Ambil Suplemen untuk merawat penyakit"

Tiada bukti mengatakan suplemen mampu merawat penyakit

Suplemen paling popular di kalangan kita mungkin adalah multivitamin atau Vitamin C. Kegunaan / fungsi vitamin secara amnya boleh dilihat dalam jadual di bawah (diambil dari google wikipedia = Vitamin)


Jenis vitaminFungsi
Larut dalam lemak :
Vitamin A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
Vitamin DPertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
Vitamin ESangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
Vitamin KBagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
Larut dalam air:
Vitamin C
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12)Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.


Sama ada kita perlu beli atau makan suplemen bukan satu keputusan yang mudah pada masa kini. Bukan setakat harga yang tinggi tapi suplemen juga susah nak dipercayai ketulenan nya. Ada banyak makanan tambahan di pasaran yang kita sendiri tak tahu sama ada telah diuji komposasi dan keupayaannya membekalkan nutrien yang kita perlu.

Ada yang claim natural produk tapi dicampuraduk pula dengan bahan terlarang, bahan aktif untuk mempercepatkan keberkesanan. Jadi bagaimana kita sebagai pembeli tahu sama ada pilihan suplemen kita itu bijak.

1- Tanya doktor / farmasi

Bila jumpa doktor atau farmasi boleh je tanya vitamin apa atau brand apa yang sesuai untuk anda. Mereka akan tanya untuk apa kita nak makan suplemen dan bagi idea kita cari suplemen yang patut kita makan

2 - Cari maklumat 

Untuk memudahkan mencari maklumat yang boleh dipercayai, NIH mempunyai helaian fakta mengenai suplemen di laman Dietary Supplement Fact . Pangkalan data percuma ini membolehkan anda mencari ramuan beribu-ribu makanan tambahan. Ini merangkumi maklumat dari label mengenai dos, tuntutan kesihatan dan peringatan.

3 - Check pendaftaran produk 

Kita boleh check pendaftaran produk di laman Bahagian Regulatori Farmasi Negara  Check ubat anda




CUBA BENDA BARU

 Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...