RINDUNYA KAT ABANG

 MUHAMMAD FAREES ZUHAIR,


Rindunya mama kat abang... Rasa macam dah lama tak jumpa abang. Walaupun mama macam biasa kul 7.30 pergi office tapi rasa tak cukup jer arini. Something is missing. 

Selalu pagi2 kul 6.30, mama dah buat susu untuk abang. Kejutkan abang bangun tido.. walaupun payah nak suruh abang bangun, tapi setiap hari sekolah, mesti mama paksa jugak abang bangun. Mandikan abang, pakaikan baju sekolah. Paksa pulak pakai kasut... dan selalunya abang akan tunggu mama depan pintu "Nak mama pakaikan."

Mama ni banyak keja lain la... nak angkat beg kakak, adik & abang sekali masuk dalam kereta. Angkat barang2 mama lagi... Kelam kabut pagi-pagi. Jadi selalunya pakaikan kasut last2 sekali mama buat sebelum mama dukung adik.

Tapi hari ini, pukul 4 pagi abang dah abah kejutkan. Bangun nak ikut abah pergi Melaka. Abang ni tinggalkan mama, kakak dengan adik. Abang ponteng sekolah hari ini. Angkat barang2 dalam kereta macam ada jer benda missing... barang2 abang nak ke nursery tak bawak sebab abang tak pergi nursery. Kakak pulak nangis sebab abang dengan abah tinggalkan dia. Kakak cakap abah janji nak bawak dia. Tak boleh la sebab ari ahad kakak sekolah.

Kul 8 pagi, mama sampai opis, mama called abang. Dah sampai Shah Alam. Tak lama lagi ler nak sampai Melaka. Tengah hari tadi abang sampai, Abang pulak call mama suruh cari tempat kereta lembu... Sedih betul; ler...Called mama sebab tak dapat cari lembu...

Sekarang dah pukul 3 petang... Mama rindunya kat abang.... cepat lah balik...


Pak Lawak
p/s: Bila kat rumah, penat layan dia ni.. bila tak ada rasa sunyi pulak

Comments

norh said…
mesti best noh rindu anak.. :)
merindu ni tak best la...esok balik la dia...

Popular posts from this blog

SAKIT ITU RAHMAT, DUGAAN ITU NIKMAT

Kejahatan Ibu Bapa Terhadap Anak

Jangan terpedaya dengan produk tiruan @ tidak berdaftar