Thursday, June 23, 2011

MC DAAAA....

Hari ini, terpaksa MC. Bangun pagi tadi tetiba sakit kepala teruk sangat. Kemudian badan sakit-sakit lak. Kepala pusing, badan lenguh2... masuk bilik air, muntah-muntah lak. Mungkin angin la.. or mungkin badan memang sampai takat dah... masuk la musim tak larat ni.

Lagipun mungkin juga sebab aircond kat opis tu yang sejuk giler... Angin jer dah tak boleh dok dah kat meja... Pakai ler baju sejuk tebal pun, tangan & kaki masih macam masuk fridge. Dasat sungguh aircond baru tu... Aircond kat opis rosak dah lama dah.. dah bertahun2 kitaorang panas tapi bila dapat aircond baru, mak oii... sejuk la pulak. Bila tengok aku, ada la sorang tu cakap aku ni dah macam 'approching winter'. Cuba hang dok tempat aku, baru la hang tau winter ke tak.!!!

Tapi tak pa aku leh rehat...hahaha mimpi ler sebab dari kul 8 tadi selepas hantar anak2 ke nursery, aku masih buat kerja non-stop... ni baru stop sebab nak pi klinik. Tapi on pc dulu, then mula lak menaip apapantah ni... akhirnya aku tetap tak rehat gak nanti.

Tuesday, June 21, 2011

5S---- Apa dia????

Hari ini 21 Jun 2011, tak tau mimpi apa ntah, tetiba jer buat 5S. Apa dia 5S tu. Rata2 orang tau (Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu & Shitsuke). Sapa yang kerja kilang macam aku ni sure tau la apa dia 5S tu. Memang berguna la, even untuk kehidupan seharian ni.. tambah2 lak tempat yang berserabut tu. Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Siapa yang tak mau tempat duduk kemas dan selesa.

Dan arini dalam sejarah, aku mengemas meja aku. Bagi clear semua document... even banyak documents yang aku perlu tapi disebabkan beberapa suara sumbang, aku pun berkemas ler arini. Tak percaya boleh tengok gambar meja aku sekarang.

Clearkan. Sampai aku sendiri pun tak caya ler ini meja aku,. Bukan apa. Meja budak2 regulatory ni memang berserabut dengan documents. Kebanyakannya document atas meja kitaorang bukan untuk filing... kebanyakan keja2 tak siap yang mesti disudahkan. Kalau buat filing nanti tak ingat. So kebiasaan, seleraklah meja dengan document2 pending ni. Even budak paling suka berkemas kat opis aku pun meja dia penuh timbunan2 kertas2.

Dulu, meja aku cam ni la... sorri le fren (sebab ni meja dia, hahaha). Ni sebagai contoh untuk korang bayangkan sebelum kerja2 mengemas aku start. Selerak, serabut kan (SS lagi..). Aku sebenarnya lupa nak amik gambar sebelum.. so meja member aku jadi mangsa ler. Tapi meja atas tu aku yang punya..ok.

Actually tipu jer.. ngelat buat 5S. Aku punya 5S adalah Sisih Sembunyi Simpan  Semua Sorok. Hahaha... 5S gak kan.. sebab tu boleh clear dalam masa sejam...Tapi jangan pandang sebelah mata.. sekurang2 ada 1S jugak.. Sisih.

Doa aku,.. maintain ler sampai sebulan sekurang2nya. Boleh maintain.. confirm boleh maintain tapi tolong ler jangan bagi kerja kat aku dalam masa sebulan ni. Sebab... sebab... bila ada kerja, ada document. Ada document  tak ada 5S dah ler...uhuksss

Wednesday, June 15, 2011

Happy Advanced Father's Day...ABAH

Last Friday, masa Fatin dok sibuk mengkaler paper (ntah apa ntah dia lukis)... Mama tanya: Kakak buat per?

"Kakak buat kad."
"Untuk Saper"
"Tak ada apa-apa.. Saja jer"

Pastu Mama terus dapat idea. "Kakak tau tak, next week Father's day. Kakak buat kad untuk Abah, nak tak?

"Father's day tu apa?"

"Hari bapa. Untuk celebrate Abah, macam kakak celebrate Hari Guru kat sekolah dulu."

"Nak..nak.. kakak nak buat kad untuk abah"

Jadi, petang tu pergi tesco beli barang rumah, terus belikan kad2 warna warni untuk kakak. Balik rumah dah tak sabar dah dia nak buat, even mama ni kelam kabut dengan adik. Kebetulan pulak dekat dah waktu sembahyang nak habis... Lepas solat, terus prepare dinner untuk semua. Lepas tu la baru ada peluang nak berkreatif.

Pengarah kreatif mesti la MAMA kan. Tukang gunting, tukang kaler...kakak ler. Abang menyibuk gak nak buat tapi lepas makan terus tido.. tak sempat nak buat apa. Jadi, untuk abang terpaksa la pengarah kreatif jer yang buatkan.

Kakak decide buat bunga. Abang pulak, Mama pilih theme animal, sebab abang suka binatang kan. macam kakak memang dah ada idea sendiri nak buat bunga. Mama ajar sat jer terus dia yang buat sendiri. Bila dah potong lekat ikut suka hati dia ler. Abis lekat tu, dia mintak buat reben... Ayoyo..mama lak tak reti ler buat reben guna kertas. Try 2 - 3 kali tak jadi elok, last2 ambil reben betul. Ambik ko...Senang citer. Tulis lak, kakak suruh tuliskan sebab tulisan dia tak cantik..hehehe

So, hasilnya.... (Mama terpaksa adjust sket bagi nampak elok sket) Anyway, Kakak punya kad dah cantik dah.

Untuk Abang, Mama buat semua kecuali kaler. Esok pagi, dia bangun.. Mama suruh dia kaler dan tulis nama dia. Hasilnya.. ok ler untuk budak 5 tahun yang memang malas nak pegang pensil ni...hehe

Hasil kreativiti Fatin & Farees untuk Hari Bapa

Yang ni abang punya. Luar gambar gajah

Dalam lak gambar ikan

Yang ni kakak Fatin yang punya!!

Budak pompuan mesti ada bentuk love--love ni

Kad dah siap... Ingat plan untuk weekend ni sempena Hari Bapa. Tapi excited nyer pasai.. Pagi tu jugak depa bagi dah kad ni... So Abah..Happy Advanced Father's Day. We Love U...

Tuesday, June 14, 2011

Berlambak.....Malas

Masih di dalam edisi M....

Kemalasan yang melanda bukan disebabkan tahap kerajinan yang kurang cuma terlalu banyak kerja2 lain yang terpaksa dibereskan.

Balik dari KL, dengan cuti 4 hari... Kerja2 di opis berlambak2. Nak catch, mungkin terpaksa tidor opis seminggu baru sudah. Jadi kena buat apa yang termampu.

Balik rumah pulak, rumah macam tongkang pecah. Baju2 balik dari KL saja pun tak berlipat lagi, baru sempat basuh je. Berlambak jugak nak siapkan ni. Musim cuti sekolah pun dah habis. Dengan fatin pun setiap malam mula sibuk mentelaah kerja sekolah dia. Kalau tak for sure dia tengok tv jer... tak siapkan kerja sekolah cikgu bagi. Dengan abang pun sama. Kerja tadika pun berlambak jugak.

Kesimpulannya... aku masih kepenatan

Thursday, June 9, 2011

I'm coming home

I'm back. Not back to online journal just back to Sungai Petani, my home.

Mood..masih moody... tenggelam timbul dengan perasaan seronok bercuti yang masih tak habis-habis lagi.. disulam pulak dengan mood tak seronoknya nak buat kerja2 harian. Dan yang paling tak seronok adalah waktu pagi nak pergi kerja.

Wah, sekarang bukan main malasnya. Nak kata cuti lama.. tak jugak. Bukan cuti bersalin pun... Kalau cuti bersalin mungkin la kan... tapi ni cuti 3 hari jer..

entahlah...tapi ada banyak benda nak cerita kat sini..kena tunggu. Meter mood masih di aras low. Tambah lak dair petang tadi sakit kepala.. loya2..(aihh...ada apa2 ke nih?) Jangan ler anak bari nak belajar berjalan ni.

chow dulu...

Thursday, June 2, 2011

AWAY

Going back to hometown... Yeah..Yeah..Yeah!

Cuti sampai 7hb, nak bawak anak2 jalan-jalan ronda kotaraya. I will be leaving tomorrow... mungkin pagi sebab kenduri akad nikah Mushareffa Beck, my lovely cousin akan dibuat sebelah petang. So here i go..Effa... jangan ketaq lutut yerrr,... hehehe

Dan adik beradik ku sekalian... I'm coming home too.

Wednesday, June 1, 2011

Thoughts of you...

Watch your thoughts, for they become words.



Watch your words, for they become actions.


Watch your actions, for they become habits.


Watch your habits, for they become character.


Watch your character, for it becomes your destiny.


-- Author Unknown

 
p/s: Better watch yourself, for it becomes YOU... guest so.
 
Sometimes kita rasa kita betul tapi orang kata kita salah.  Tapi ada juga masa kita rasa kita salah tapi orang cakap 'don't worry, bukan salah kita'. Sometimes kita rasa kita bagus, tapi orang pulak cakap kita teruk. Sometimes bila ada masa kita rasa teruknya hidup, but there is always somebody says, 'Be happy, ada ramai lagi orang teruk dari kita'.
 
Happy, sad, down and up... it definitely life. Because you're living that only you can feels.
 
Our greatest glory is not in never falling, but in rising every time we fall.



-- Confucius


p/s lagi: Sebelum melalut lagi teruk..ends,,,,,,,,,,,,,,,,,

CUBA BENDA BARU

 Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...