"Kakak buat kad."
"Untuk Saper"
"Tak ada apa-apa.. Saja jer"
Pastu Mama terus dapat idea. "Kakak tau tak, next week Father's day. Kakak buat kad untuk Abah, nak tak?
"Father's day tu apa?"
"Hari bapa. Untuk celebrate Abah, macam kakak celebrate Hari Guru kat sekolah dulu."
"Nak..nak.. kakak nak buat kad untuk abah"
Jadi, petang tu pergi tesco beli barang rumah, terus belikan kad2 warna warni untuk kakak. Balik rumah dah tak sabar dah dia nak buat, even mama ni kelam kabut dengan adik. Kebetulan pulak dekat dah waktu sembahyang nak habis... Lepas solat, terus prepare dinner untuk semua. Lepas tu la baru ada peluang nak berkreatif.
Pengarah kreatif mesti la MAMA kan. Tukang gunting, tukang kaler...kakak ler. Abang menyibuk gak nak buat tapi lepas makan terus tido.. tak sempat nak buat apa. Jadi, untuk abang terpaksa la pengarah kreatif jer yang buatkan.
Kakak decide buat bunga. Abang pulak, Mama pilih theme animal, sebab abang suka binatang kan. macam kakak memang dah ada idea sendiri nak buat bunga. Mama ajar sat jer terus dia yang buat sendiri. Bila dah potong lekat ikut suka hati dia ler. Abis lekat tu, dia mintak buat reben... Ayoyo..mama lak tak reti ler buat reben guna kertas. Try 2 - 3 kali tak jadi elok, last2 ambil reben betul. Ambik ko...Senang citer. Tulis lak, kakak suruh tuliskan sebab tulisan dia tak cantik..hehehe
So, hasilnya.... (Mama terpaksa adjust sket bagi nampak elok sket) Anyway, Kakak punya kad dah cantik dah.
Untuk Abang, Mama buat semua kecuali kaler. Esok pagi, dia bangun.. Mama suruh dia kaler dan tulis nama dia. Hasilnya.. ok ler untuk budak 5 tahun yang memang malas nak pegang pensil ni...hehe
Hasil kreativiti Fatin & Farees untuk Hari Bapa |
Yang ni abang punya. Luar gambar gajah |
Dalam lak gambar ikan |
Yang ni kakak Fatin yang punya!! |
Budak pompuan mesti ada bentuk love--love ni |
Kad dah siap... Ingat plan untuk weekend ni sempena Hari Bapa. Tapi excited nyer pasai.. Pagi tu jugak depa bagi dah kad ni... So Abah..Happy Advanced Father's Day. We Love U...
1 comment:
nice2!
Post a Comment