5S---- Apa dia????

Hari ini 21 Jun 2011, tak tau mimpi apa ntah, tetiba jer buat 5S. Apa dia 5S tu. Rata2 orang tau (Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu & Shitsuke). Sapa yang kerja kilang macam aku ni sure tau la apa dia 5S tu. Memang berguna la, even untuk kehidupan seharian ni.. tambah2 lak tempat yang berserabut tu. Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Siapa yang tak mau tempat duduk kemas dan selesa.

Dan arini dalam sejarah, aku mengemas meja aku. Bagi clear semua document... even banyak documents yang aku perlu tapi disebabkan beberapa suara sumbang, aku pun berkemas ler arini. Tak percaya boleh tengok gambar meja aku sekarang.

Clearkan. Sampai aku sendiri pun tak caya ler ini meja aku,. Bukan apa. Meja budak2 regulatory ni memang berserabut dengan documents. Kebanyakannya document atas meja kitaorang bukan untuk filing... kebanyakan keja2 tak siap yang mesti disudahkan. Kalau buat filing nanti tak ingat. So kebiasaan, seleraklah meja dengan document2 pending ni. Even budak paling suka berkemas kat opis aku pun meja dia penuh timbunan2 kertas2.

Dulu, meja aku cam ni la... sorri le fren (sebab ni meja dia, hahaha). Ni sebagai contoh untuk korang bayangkan sebelum kerja2 mengemas aku start. Selerak, serabut kan (SS lagi..). Aku sebenarnya lupa nak amik gambar sebelum.. so meja member aku jadi mangsa ler. Tapi meja atas tu aku yang punya..ok.

Actually tipu jer.. ngelat buat 5S. Aku punya 5S adalah Sisih Sembunyi Simpan  Semua Sorok. Hahaha... 5S gak kan.. sebab tu boleh clear dalam masa sejam...Tapi jangan pandang sebelah mata.. sekurang2 ada 1S jugak.. Sisih.

Doa aku,.. maintain ler sampai sebulan sekurang2nya. Boleh maintain.. confirm boleh maintain tapi tolong ler jangan bagi kerja kat aku dalam masa sebulan ni. Sebab... sebab... bila ada kerja, ada document. Ada document  tak ada 5S dah ler...uhuksss

Comments

norh said…
uih..hebat noh...ni setelah dapat kata2 semangat dr si 'dia' ka? ha ha ha ha
Shima... semangat sebab si dia tu tak ada 3 hari.. tu yg semangat terbakar tu... tapi bila yang 'tu' mai, mula la jiwa kacau..hehehe

Popular posts from this blog

SAKIT ITU RAHMAT, DUGAAN ITU NIKMAT

Kejahatan Ibu Bapa Terhadap Anak

Jangan terpedaya dengan produk tiruan @ tidak berdaftar