Every day, I wakes up and Thank you Allah for still waking me up. There are happiness, sadness, joy and passion in my heart. And I would like to write about it.
Wednesday, July 6, 2011
STRESS NYA HIDUP KERJA
Awat la mood masih tak berapa elok. STRESSSSSSSSSSSSSS.
Dengan aircond yang sejuk semacam di opis ni semakin hari semakin nak demam jer rasanya. Baru ganti 2 minggu tapi rosak lak nak adjust temperature. 16 Celcius????????????????? Sejuk sangat la. Sapa la order aircond rosak kat opis ni.
Tak kisah ler.. demam2 pun keja kena buat. Kat rumah semakin sibuk sebab se kecik semakim lasak. Panjat sana sini.. abang tak leh harap lagi. Makin adik panjat, makin dia pun lompat (suka bukan main adik dah boleh memanjat cam dia) Kakak lak balik sekolah petang, nak siapkan pergi ngaji pulak. Lepas ngaji kena lak siapkan kerja sekolah yang kekadang berlambak-lambak. PENAT. Rutin hidup makin pantas. Aku sendiri pun kena cepat bergerak.
Kat opis pun sama. Dengan kebizian dan kekalutan untuk preparation audit dan filing. Dengan masalah2 orang2 yang semakin lama semakin tak comply dengan GMP. Dengan masalah orang2 baru yang mempersoalkan SOP. Pening nya kepala. Makin demam pulak setiap kali sampai opis. Tapi keja tetap keja. Keja kena buat. Kalau tak buat, kita yang salah. Itu amanah yang sepatutnya kita pegang sebab kita yang terima untuk kerja tu. Tanggungjawab yang kita ambil bila kita terima offer kerja ni. Susah ke tak kena buat jugak. Tapi nak ke opis pagi2, aduhai....malasnya. Nak melaram, idak ler... pakai jer baju yang ada... melaram cuma bila keluar dengan suami..hehehe (ye ler tuh.... kekadang dengan dia pun pakai jer apa yang sempat)
Tetiba teringat lagu Sudirman lak.. Punch card.
Sudirman - Punch Card Lirik
Dulu biasa lewat tapi kini kena cepat
Bangun mesti awal tak ‘da masa nak berkhayal
Masuk bilik mandi, capai tuala, berus gigi
Siram serba ringkas semua kerja mesti pantas
Pakai apa saja yang tercapai oleh tangan
Di hadapan cermin jangan lagi nak berangan
Bersolek ala kadar asal kemas boleh saja
Bukan nak melaram kita cuma nak bekerja
Punch Card, o cepat X 4
Di jalanraya ramai orang berpusu-pusu
Ingin ke pejabat ikut tepat pada waktu
Makan tengah hari bila saja sampai waktu
Selesai bekerja kita pulang empat suku
Punch Card, o cepat X 4
(CNP from blog : http://salmiahehehe.blogspot.com/2010/06/sudirman-punch-card.html
p/s: Memang sebijik cam keadaan aku sekarang ni..hehe. Pandai ler arwah sudirman ni buat lagu yang memang kena dengan kehidupan masyarakat sekeliling. Dan aku masih Stress
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CUBA BENDA BARU
Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...
-
Al-Insyirah adalah Surah yang ke-94 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri dari 8 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makiyyah. Terjem...
-
SYUKUR - ALHAMDULILLAH Syukur kerana Allah masih memberi peluang kehidupan pada Kami sekeluarga. Mohon permudahkan segala urusan, jauhi seg...
3 comments:
saya ni berkali-kali ganda stressnya...hu hu
dah kerja tempat yang sama... kena cari tempat lain ni... hatyai???hehehe
keja kat hatyai? jadi tukang urut ka? ha haha
Post a Comment