JANGAN BAYAR BIL ASTRO

Kabinet tidak luluskan permohonan Astro naikkan tarif perkhidmatan

bharian.com.my 1-7-2011

2011/07/01

KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, isu tarif itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Kabinet berpendapat Astro tidak sewajarnya menaikkan apa pun tarif berkaitan perkhidmatan mereka pada waktu ini. "Saya bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ianya diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Angkasapuri di sini, hari ini. - BERNAMA
 
 
++++ GOOD NEWS+++ SO BULAN NI JANGAN BAYAR ASTRO

Comments

Popular posts from this blog

SAKIT ITU RAHMAT, DUGAAN ITU NIKMAT

Kejahatan Ibu Bapa Terhadap Anak

Jangan terpedaya dengan produk tiruan @ tidak berdaftar