Info dipetik dari blog My Help Desk
4 Kejahatan Ibu Bapa Terhadap Anak
Info ini saya rujuk dari majalah MIDI. Semoga apa yang terkandung di dalam posting saya kali ini dapat dijadikan panduan untuk kita semua terutamanya kepada mereka yang telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak. Sekurang-kurangnya terdapat 4 jenis kejahatan yang sering dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka iaitu
1. Kejahatan Pertama – Memberi Nama Yang Buruk Kepada Anak
Kejahatan yang terjadi apabila seseorang ibu atau bapa menilai kekurangan anaknya dan memaparkan setiap kebodohannya. Lebih jahat lagi jika ia dilakukan di hadapan teman-teman si anak.Termasuk dalam kategori ini ialah memberi nama yang buruk kepada si anak.
Rasullullah S.A.W sangat menekankan agar ibu bapa memberi nama yang baik kepada anak-anak.
Rasullullah S.A.W bersabda
“Sesungguhnya kalian akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama-nama kalian dan nama ayah kalian, maka perbaikilah nama kalian.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)
Jadi adalah sebuah bentuk kejahatan apabila ibu bapa memberi dan memanggil anak dengan sebutan yang buruk, apatah lagi dengan tujuan menghina diri si anak.
2. Kejahatan Kedua – Tidak Adil Dalam Pembahagian Kasih Sayang
Memberi perhatian lebih kepada anak kesayangan dan mengabaikan anak yang lain ialah salah satu bentuk kejahatan ibu bapa kepada anaknya. Sikap ini merupakan salah satu faktor pendorong kepada putusnya hubungan silaturahim anak dengan ibu bapanya dan pangkal permusuhan antara saudara.
Puncak ketidak adilan dan kezaliman terhadap anak adalah apabila ibu bapa tidak dapat memunculkan perasaan kasih sayang terhadap anak yang mempunyai kekurangan, contohnya kekurangan dari segi rupa paras, kepintaran dan anggota badan. Padahal, kekurangan-kekurangan itu bukanlah kemahuan si anak, apalagi ia bukanlah satu bentuk dosa atau kejahatan
Setiap kekurangan pada diri si anak sepatutnya menjadi pendorong kepada ibu bapa untuk lebih mencintai dan membantunya
Rasullullah S.A.W bersabda
“Semoga Allah mengasihi orang tua yang membantu anaknya atas kebaikan.” (Hadis Riwayat: Ibnu Hibban)
3. Kejahatan Ketiga – Mendoakan Keburukan Kepada Si Anak
Boleh jadi kebencian terhadap si anak, menjadikan seseorang ibu atau bapa tidak kering lidah memaki, melaknat dan menyumpah kata-kata kecelakaan kepada si anak.
Sesungguhnya perbuatan ibu bapa tersebut amat bodoh kerana setiap kata-kata negatif itu merupakan satu doa buat si anak yang boleh saja dikabulkan Allah.
Rasullullah S.A.W bersabda
“Ada tiga doa yang dikabulkan: doa orang teraniaya, doa musafir dan doa (keburukan) orang tua atas anaknya.” (Hadis Riwayat: Tirmidzi)
Doa keburukan ke atas si anak boleh menjadi hukuman kepada ibu bapa. Maksudnya, jika ibu bapa asyik memaki anak dengan mengatakan beliau anak derhaka, boleh jadi ia akan menderhaka kepada ibu bapanya di kemudian hari.
4. Kejahatan Keempat – Tidak Memberi Pendidikan Kepada Anak
Bentuk perhatian tertinggi ibu bapa kepada anaknya adalah memberi pendidikan yang baik. Ia merupakan perintah Allah yang diberikan secara umum kepada ketua keluarga tanpa memperhatikan latar belakang pendidikan dan kelas sosial si bapa.
Setiap bapa wajib memberi pendidikan agama kepada anaknya supaya dapat menjadi benteng dari kejahatan dunia dan memberi pendidikan dunia untuk membolehkan si anak berdikari dalam menjalani kehidupan.
Perintah mendidik anak disebut secara umum oleh Allah s.w.t dalam firmannya
“Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya daripada manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim: ayat 6)
Jadi, adalah satu bentuk kejahatan ibu bapa terhadap anak jika mereka tenggelam dalam kesibukan dunia sehingga lupa memberikan pendidikan kepada si anak terutamanya pendidikan mengenai agama seperti solat.
==> Selalu kita fikir anak2 yang selalu buat salah dengan ibu bapa, tapi tak pernah kot terfikir kita sebagai ibu bapa pun ada buat salah jugak
Aku memang baran tapi aku tak suka cakap yang bukan2 dengan anak2. Cukup kalau aku tengking, jerit macam gorilla dengan anak2 aku. Mungkin sebab didikan mak dulu memang tak pernah cakap lebih kurang dengan anak2 dia.
Orang cakap apa ibu bapa cakap tu satu doa untuk anak2.. jadi kalau dah mak bapak pun suka panggil anak “Anak haram / Budak ni nak mampus dengan aku / Macam monyet / Baik bela beruk dari bela hangpa…. dll,” Bukan satu doa ke? Satu pernyataan yang pada aku menyedihkan. Kalau aku jadi anak pun aku tak respect dah mak bapa tu. Tapi benda ni la yang jadi kat masyarakat kita.. Kerap kan kita dengar orang cakap macam ni dengan anak2.
Cakap pasal respect pun… Aku harap la ibu bapa saling membantu untuk pupuk respect dalam diri anak2. Ni tak, kekadang bila mak melenting sket.. bapak lak memandai jer cakap.. Mak tu tak tau apa… Jangan peduli mak! Habis tu macam mana ler anak2 nak hormat dengan mak tu kalau si bapak pun asyik condemned mak diorang.
Apapun, anak2 tanggungjawab ibu bapa nak didik. Kalau ibu bapa pun kena dididik macam mana nak didik anak. Fikir2 kan la…
SENDIRI MAU INGAT LA..
p.s: Cakap kat mulut nak didik anak berlandas agama tapi diri sendiri pun tak mengikut landasan yang betul… Habis macam mana????
Every day, I wakes up and Thank you Allah for still waking me up. There are happiness, sadness, joy and passion in my heart. And I would like to write about it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CUBA BENDA BARU
Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...
-
Al-Insyirah adalah Surah yang ke-94 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri dari 8 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makiyyah. Terjem...
-
SYUKUR - ALHAMDULILLAH Syukur kerana Allah masih memberi peluang kehidupan pada Kami sekeluarga. Mohon permudahkan segala urusan, jauhi seg...
2 comments:
good info.. tq
yer.. utk pedoman kepada kita ibu bapa.
Post a Comment